PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, November 26, 2008

aPE KaTE HaTi?

HaTi...

"Nah, ambil benda ni..”

“Apa ni?”

“Hati aku…”

“Hati kau??”

“Hmmm…"

"Kenapa kau sudi kasi pada aku?”

“Sebab kau sebahagian daripada aku..Kau lebih dari seorang kawan.”

“Terima kasih. Ianya amat bererti buatku...Aku terlalu menghargainya.”

“Oh ye ke? Tapi maaf..”

“Untuk ape?”

"Sebab.. Aku tak beri sepenuhnya..Cuma sebahagian aje..”

“Maksud kau?”

“Aku pernah beri pada orang lain jugak, tapi aku tak pernah beri sepenuhnya...Aku takut nanti aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga dengan sebaiknya...Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata, dan sebagainya... Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri.”

“Mistik?”

“Ha’ah.. Kelakarkan bunyinya! Mungkin..tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup aku. Rentak perasaan yang aku beri... Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.... Tapi jika ia dipersiakan, hati ini akan malap... Mungkin juga akan mati terus untuknya.... Ia bukan benda percuma... Hati ini hanya diberi kepada insan yang terpilih.” “ Aku insan terpilih?” “Ya, kau insan terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan... Ia terlalu sensitif... Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku.”

“Musuh?"

“Ya, mungkin terlalu kejam untuk aku perkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-ubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.”

“Mana hatimu yang sebahagian tu?”

“Ada orang yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti...Dan jika kau nak tahu… Setiap hati manusia ada nilainya yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang lama dan mungkin seumur hidup untuk melupakannya dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah…”

pERcaYaLaH kEPaDa KaTa HaTi~

No comments: