PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Saturday, December 20, 2008

aRTiKEL YaNG SaNGaT MENaRiK~

artikel ini dipetik bulat2 daripada : http://aeropama.com/keistimewaan-perempuan/

Wanita a.k.a perempuan adalah makhluk ciptaan tuhan paling kompleks di dunia. Tak perlulah aku berikan sebabnya. Rasanya kau orang semua sudah tahu. Kalau kau rajin membaca artikel, buku, jurnal dan blog, kau akan dapat lihat bukan 5, bukan 10, bahkan beratus-ratus sebab kenapa perempuan di iktiraf sebagai makhluk yang paling kompleks. Jauh lebih kompleks dari perkiraan fizik tentang hukum quantum.

Bukan niat aku untuk merendahkan perempuan, bahkan bukan niat aku untuk membenci mereka. Sedangkan aku amat memuja perempuan terutamanya ibu-ibu aku dan nenek aku. Bagi aku perempuan ini terlalu istimewa. Kerana keistimewaan merekalah, di sini aku mahu menceritakannya.

Kenapa aku mengatakan perempuan ini istimewa? Jawapan kepada persoalan ini telah aku perolehi atas kegemaranku melihat dunia sekeliling; memerhatikan gelagat manusia, tingkah laku dan percakapan mereka. Boleh aku katakan, di dunia ini, perempuan dan apa saja yang berkaitan dengan mereka pastinya mendapat tempat yang jauh lebih istimewa dari lelaki.
Ya! Aku tak tipu. Aku bagi contoh mudah. Perkhidmatan web sosial dalam internet seperti
Friendster, Myspace dan sebagainya. Kalau kau adalah lelaki, berapa banyak jemputan yang kau terima tak kiralah dari perempuan atau lelaki sepanjang kau berkecimpung dalam perkhidmatan web sosial? Bandingkan dengan berapa banyak kau sendiri menjemput perempuan menjadi rakan kau? Jika kau perempuan, letak saja gambar dengan ‘pose’ yang sedikit menarik hari ini, pastinya keesokan hari bila kau log masuk ke dalam akaun kau, berlambak jemputan yang kau terima. Aku berani bertaruh, lebih separuh darinya datang dari lelaki bukan?

Sama juga kalau kau menulis blog. Kalau kau (penulisnya) adalah wanita, memang mudah kau nak dapat pengunjung. Letak saja gambar kau (yang menarik la) pada profil, memang orang akan datang berkunjung. Kalau kau tulis artikel, dan kau letak satu gambar perempuan seksi, pastinya akan ramai pengunjung membaca artikel kau. Aku tak tipu. Ini adalah hakikat.
Ok. Baru-baru ni aku membaca artikel dari
aisyahrozi.com (dia ni memang agak terkenal dalam blogsphere), ‘Stop Call Him Abang’. Memang menarik. Aku suka. Dan aku terfikir kata-kata beliau “To girls out there, if he’s not your blood related brother, your step brother, your foster brother, or your brother-in-law, or maybe your cousin, don’t call him Abang. Stop calling people Abang. Geli, ok. GELI.”. Oh… Sebagai lelaki aku rasa agak malang sebenarnya jadi lelaki ni. Orang panggil kita abang, nampak geli pula. Tapi kalau kita (lelaki) panggil perempuan K.A.K.A.K, tak geli pun.

Dulu masa zaman diploma aku suka menonton cerita PUNKD yang di host oleh Ashton Kutcher. Ada satu episod, tajuknya ‘NAKED’, si mamat ni masa permulaan episod mempertikaikan kenapa lelaki bogel, itu adalah satu perkara yang menjijikkan tetapi kalau perempuan bogel, owh! itu adalah syurga dunia, cantik! FYI, aku bukan penyokong nudisme. Sekadar cuba membuatkan anda berfikir.

Kadang-kadang masa aku keluar melepak dengan kawan-kawan, biasa kelihatan para perempuan berjalan berpimpin tangan sesama mereka. Perkara itu normal. Kami (aku dan rakan-rakan) cuba lah mempraktikan cara tersebut. OMG! Geli wei. Rasa macam G.A.Y. Agaknya kenapa ya? Adakah kerana budaya atau memang pemikiran manusia telah di ’set’ sebegitu. Lelaki pimpin tangan lelaki = Gay, perempuan pimpin tangan perempuan = not lesbian. Gay = geli & jijik gila!, Lesbian = OK tak apa, biasalah tu, sedikit geli.


menarik kan artikel ni?
ihihihi~
siyesly, saye suke bace artikel orang n tolong promo kan dalam blog saye..
jadi mane2 blogger yang mara n tak suke, saye mintak maaf k...

No comments: