PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, December 19, 2008

KANAK-KANAK KURANG UPAYA : PENERIMAAN DAN TEKANAN YANG DIALAMI DI KALANGAN KELUARGA

PENGENALAN

Secara amnya, kanak-kanak kurang upaya didefinisikan sebagai kanak-kanak istimewa yang mempunyai kesukaran atau ketidakupayaan fizikal, mengalami kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah laku atau kedua-duanya. Kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan dan penjagaan yang lebih dan khusus untuk memenuhi potensi mereka. Terdapat 8 kategori ketidakupayaan yang telah disenaraikan. Ia merujuk kepada Mental Retardation, Learning Disabilities, Communication Disorders, Physical Disabilities, Behaviour Disorders (Emotional Disturbance), Visual Impairments, dan Exceptional Gifted (Mohd. Sharani Ahmad, 2004).

Penerimaan dalam konteks spiritual dan psikologi manusia pula sering dirujuk sebagai pengalaman atau merasai sesuatu situasi tanpa apa-apa perkara atau intention yang mampu mengubah suasana tersebut. Penerimaan juga merujuk kepada reaksi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak disukai dan tidak boleh diubah, atau apabila perubahan hanya boleh terjadi dengan risiko yang tinggi. Penerimaan boleh mengimplikasikan satu-satunya kekurangan luar (lack of outward), dan tingkah laku mencuba di perubahan yang mungkin. Ia juga digunakan secara spesifiknya untuk mendefinisikan pengalaman tahap kognitif atau emosional seseorang individu (atas talian :
http://en.wikipedia.org/wiki/Acceptance).

Tekanan pula dari sudut psikologikalnya merujuk kepada sebahagian daripada respon fizikal dan mental terhadap situasi yang sukar diterima di antara realiti atau gambaran pengalaman peribadi dan jangkaan peribadi seseorang. Menerusi definisi ini, tekanan atau stress merupakan respon yang mengandungi kedua-dua komponen respon fizikal dan mental (atas talian : http://psychology.wikia.com/wiki/Stress).

Memiliki anak kurang upaya membentuk pelbagai reaksi dan penerimaan di kalangan ahli keluarga. Begitu juga dengan tekanan yang bakal dihadapi oleh ahli keluarga tersebut. Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, namun kemudahan dan akses yang disediakan untuk golongan kurang upaya masih kurang diberi perhatian. Hal ini secara tidak langsung membentuk perasaan bimbang di kalangan ibu bapa dalam mengurus dan memikirkan tentang masa depan dan nasib anak kurang upaya mereka. Tanpa kita sedari juga, kita mungkin terlupa untuk memikirkan perasaan dan nasib anak kurang upaya itu sendiri.

Kesedihan merupakan reaksi biasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa apabila mengathui bahawa mereka memiliki anak kurang upaya. Dalam melalui proses kesedihan (grieving), ibu bapa biasanya menjadi marah, tertekan atau tenggelam dalam kesedihan dan dipenuhi dengan rasa bersalah. Kadang kala mereka bertindak untuk menafikan bahawa mereka memiliki anak-anak kurang upaya, dan menafikan bahawa tidak ada apa-apa yang kurang terhadap anaknya sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Reaksi tersebut adalah sesuatu yang normal. Ia akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku ibu bapa serta penerimaan mereka terhadap anak-anak kurang upaya. Pada tahap ini, ibu bapa sangat memerlukan bantuan dan sokongan untuk membantunya dalam melalui keadaan tersebut.

PERMASALAHAN YANG SERING DIHADAPI

Dalam menguruskan anak-anak kurang upaya, terdapat pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa. Antara masalah yang sering dihadapi oleh golongan ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya ialah kesukaran anak itu menguruskan dirinya sendiri. Amalan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang suka membantu kadang kala tanpa kita sedari, telah membentuk sikap kebergantungan yang tinggi di kalangan anak-anak kurang upaya kepada orang-orang di sekelilingnya. Sikap ini secara tidak langsung tidak menggalakkan anak itu untuk berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran tanpa bantuan sesiapa. Sedar atau tidak, kanak-kanak tersebut akan terus bergantung dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya untuk menguruskan dirinya. Di Barat, masyarakat di sana sangat mengambil berat tentang komuniti kurang upaya ini. Namun, mereka lebih menggalakkan golongan kurang upaya untuk berdikari dalam menguruskan diri mereka sendiri.

Selain itu, antara masalah yang sering dialami oleh golongan kurang upaya dan keluarganya ialah kemudahan-kemudahan untuk golongan ini, dan akses untuk menggunakannya. Tidak banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan masyarakat kurang upaya. Misalnya kemudahan bersukan dan berekreasi. Begitu juga dengan kemudahan hospitaliti dan kemudahan perubatan. Berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama orang sumber yang memiliki 2 orang anak kurang upaya, si ibu telah menunggu hampir 2 tahun untuk mendapatkan keputusan mengenai jenis ketidakupayaan anaknya. Kita juga dapat melihat senario di mana terdapat juga sebilangan masyarakat Malaysia yang tidak mengambil berat dan kurang peka tentang golongan kurang upaya. Kemudahan-kemudahan seperti kawasan letak kereta khas mahupun tempat duduk khas untuk golongan ini sering digunakan oleh golong yang sempurna tubuh badannya. Secara tidak langsung, ia menyukarkan golongan kurang upaya untuk menggunakannya.
Situasi di atas juga telah mendorong kepada pengabaian hak golongan kurang kurang upaya, tanpa kita sedari. Hal yang lebih memberatkan keadaan apabila anak itu sendiri turut diabaikan dan dinafikan haknya di dalam sistem kekeluargaan. Senario ini bukanlah aneh dan mustahil untuk berlaku. Apa lagi sekiranya ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka tidak sesempurna anak-anak yang lain. Situasi ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut yang tidak menerima rangsangan dan galakan yang sepatutnya daripada orang-orang di sekelilingnya. Pengabaian dan penafian hak juga akan menyebabkan anak-anak kurang upaya tidak mendapat hak kemudahan untuk belajar dan merangsang diri mereka dengan sewajarnya.

Sungguh pun begitu, permasalahan utama yang timbul adalah penerimaan dan corak gaya ahli keluarga dalam menangani tekanan dan menyesuaikan diri mereka dengan situasi tersebut. Pengurusan sistem kekeluargaan yang berkesan juga amat perlu untuk mengelakkan daripada berlakunya pengabaian hak ke atas anak-anak yang kurang upaya, mahupun anak-anak yang lain. Bagi ibu bapa yang bekerja dan berkemampuan, mungkin tidak akan mengalami masalah yang berat. Namun bagi ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi (SES) yang rendah, ia agak membebankan. Ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, dan memiliki anak-anak kurang upaya akan lebih mudah terdedah kepada tekanan atau depresi.

3 comments:

dila said...

info yg bguna...tp warna n style tulisan menyukarkan pembaca....sy pun student ums...tapi lom graduate lg n we are same course...hehe

Mimi said...

erm. pening baca sebab tulisan flowery T__T

CiK HaNi LaLaLa said...

dila : salam..org bru je prasan msj awk....sori......
mimi & dila : org dah tukar setting blog org dah...ohoho~