PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, December 7, 2008

LaKu KE PeReMPuan YaNG KuRaNG CiRi2 TRaDiSioNaL?

Actually, i found diz article at gua.com.my. Macam besh plak artikel ni.. So, same2 la kite bace n pikirkan...ahaha~

Di zaman di mana kaum lelaki mendominasi, ciri-ciri kaum wanita yang menarik pada ketika itu domestik sekali. Kepakaran di dapur umpama ujian SPM dalam menentukan kualiti bakal suami yang akan dimiliki. Ini terjadi kerana bakal ibu mertua selalu dihantar menjadi juri dan jika kurang rasa di dalam hidangan, surat sokongan sukar untuk diperolehi. Kebolehan menjahit baju sendiri jugak sangat dititikberatkan oleh si juri kerana dia mahu cucu-cucu dia nanti dapat merasa pakai baju cantik direka ibu mereka tanpa perlu berbelanja besar. Rajin beribadat, ringan tulang, bersopan santun semuanya diambil kira dalam menentukan calon isteri anak lelaki tersayang.

Masa beredar dan kaum wanita zaman sekarang lebih berpelajaran, lebih berdikari dan lebih suka pilih calon suami sendiri. Proses pemilihan pasangan tidak terletak di tangan ibu bapa lagi. Pandangan ibu bapa hanya akan diambil kira apabila kedua pasangan sudah setuju untuk berumahtangga. Persoalannya, adakah ciri-ciri wanita tradisional masih relevan di zaman ini dan masih laku di kalangan lelaki moden? Apakah implikasinya berteman wanita yang tiada kemahiran dalam tugas mengurus rumahtangga? Wanita zaman sekarang punya pilihan kerana mereka berpendapatan sendiri; tidak pandai ke dapur, beli sahaja. Mahu berbaju baru, tunjuk saja yang mana satu. Kepentingan kemahiran domestik sudah diabaikan dan terdapat begitu ramai anak gadis zaman ini yang tidak tahu walaupun menggoreng telur atau cara memasak nasi kosong dengan betul.

Seorang teman yang baru berumahtangga bangga apabila dapat menyediakan suami hidangan makan malam kentang goreng dan nugget ayam. Boleh pengsan ibu mertua jika melihat apa yang dihidang menantu. Yang seorang lagi menangis apabila ibu mertua suruh goreng ikan. Menggoreng ikan memerlukan beberapa tips seperti kunyit perlu ada, minyak perlu cukup panas supaya ikan tidak melekat. Tanpa pengetahuan ini, ikan goreng akan melekat dengan teruk atas kuali yang menyebabkan ikan menjadi sesuatu yang menakutkan di atas pinggan. Lelaki bukanlah makhluk yang rumit tetapi oleh kerana ramai di kalangan mereka telah dimanjakan ibu semenjak kecil, mereka lebih menggemari wanita yang mempunyai kemahiran rumahtangga. Setelah penat bekerja, makanan lazat panas terhidang di meja mengghairahkan. Anak-anak kemas terjaga dan rumah yang bersih melapangkan jiwa. Alasan mereka, kalau hari-hari kena makan di kedai, lebih baik jadi orang bujang je.

Pepatah “setinggi mana pun seorang gadis menuntut ilmu, akhirnya ke dapur jua” berbunyi negatif. Ianya harus ditukar kepada ini “walau setinggi mana pun seorang gadis menuntut ilmu, ilmu di dapur jangan diketepi,” bukankah lebih sedap begini. Sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri dan ibu, jadikan kepakaran rumahtangga itu sesuatu yang istimewa dalam mentadbir keluarga. Seronok dapat menjamu suami dan anak-anak dengan juadah yang dimasak sendiri. Tidak perlulah sampai ke tahap Chef Wan tetapi belajarlah melengkapkan diri dengan satu dua jenis masakan yang digemari suami sekurang-kurangnya. Semua wanita tidak dilahirkan mempunyai kemahiran ini dan mustahil jadi pakar dalam masa dua tiga hari. Oleh itu practice makes perfect. Jangan malas mencuba.

Resepi boleh didapati di Internet; www.gua.com.my juga menampilkan beberapa resepi mudah di ruangan Lifestyle. Bagi ibu mertua atau bakal ibu mertua, berikanlah sokongan dan kurangkan kritikan. Jika anda ingin anak lelaki anda makan makanan yang sering anda hidangkan, jangan teragak-agak untuk memberi resepi yang sebenarnya kepada bakal menantu. Bukannya anda nak buka restoran pun dengan resepi tersebut, jadi janganlah berahsia.

Mempunyai kemahiran domestik tidak menjadikan anda seorang wanita yang lemah, sebaliknya ianya menjadikan anda seorang wanita bekerja yang hebat dan dibanggakan oleh kaum keluarga. Kecantikan seorang wanita itu sering menjadi tarikan utama dalam memikat lelaki tetapi kemahiran domestik merupakan bonus yang dicari-cari oleh lelaki dan kesannya sangat positif dalam melayari bahtera rumahtangga, walaupun pada zaman serba moden ini.

No comments: