PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, June 27, 2010

Dalil Cinta

salam.

kesah bermule bile :

aku lepak dpan tv sambil mengadap laptop..kunun2 nak wat assignment la kirenye..tapi last2 sangkut tgk cite Dalil Cinta. hero dia si Fahrin Ahmad & heroin dia si kecik cumil Sharifah Amani.
cite ni sangat cumilll~ sape2 yang terlepas tengok, bleh la aku ringkaskan sket kat cni..

Fahrin ni keje sbgi mekanik, amani ni plak tgh blaja lg..diorg ni berchenta..amani ni agak kasar n keras kepale, si fahrin ni ikut kan je la ragam si amani sbb dia sayang. diorg decide nak kawen. memule mak amani ni xbagi. alasan mak dia senang je, nak masak pun x reti, nak mengemas pun pemalas, ade hati nak kawen. last2 mak dia setuju gak, then diorg kawen. last2 bile dah kawen tu mcm2 la yg jadi. keje diorang ni ari2 makan nasi tapau. last2 kantoi gak dgn mak amani n mak si fahrin ni. agak kecoh la diorg bergaduh..sampai amani ni kuar umah n balik umah mak dia. kunun2 nk buktikan yang fahrin ni xleh hidup tanpe dia la..last2 amani nampak fahrin kuar dgn pompuan lain. dia bengkek la. dah gaduh2, last2 amani decide nak berubah. dia blaja masak dari mak si fahrin ni. ending dia, diorg baik balik.

cerite dia memang la agak stereotype..tapi agak berkesan pade aku..dah lebih kurang je aku dgn si amani tu..dengan perangai kasarnye..memang kene batang idung la..cume aku xde la mengong sangat bab masak n mengemas ni..si amani dlm cite ni lagi dahsyat la sbb dia nak goreng ikan pun xtau..wohoho~ at least aku tau gak nak masak tomyam ke asam pedas ke kan..cume xde la sesedap masakan chef..

hmm..bersediakah aku nak masuk alam perkahwinan & kekeluargaan? ishhh~ x la kot....nanti2 la bru pikir bab kawen ni..seriau plak..wohohoho~

:+: pen off :+:

NO TiTLE aGaiN~

Ku jengah ke dalam hati,
Kosong...
Sunyi...
Berdebu...
Tiada sesiapa di situ..
Ke mana dia menghilang?

Thursday, June 24, 2010

BERSEDiaKaH aKu?

Bersediakah aku?
Bersediakah aku untuk melengkapkan hidupmu?
Besediakah aku untuk membahagiakanmu?

Janji denganku.
Janji denganku yang kau akan membantu keluargaku.
Janji denganku yang kau akan membahagiakanku.
Janji denganku yang kau akan menerima segala kekuranganku.
Dan janji denganku yang kau akan menerima & membalas kasih sayang aku semampumu.

Janji denganku wahai diriku~

Tuesday, June 22, 2010

uBaT BaTuK SuPER DRuG!!

ASSIGNMENT!!!!! Warghhhhhhhhh!!!!!! ToLoNGGGG!!!!!!

adoi...assignment ade yang pending lagi ni...
IEP pun ade lagi yang pending...
tapi batuk ni takmau ilang2 lagi...
dah penat dah batuk ni....kalau baTuk je xpe...
ni batuk sampai pening...adoiii~~
makan ubat batuk kang ngantuk...
dah la ubat batuk tu super drug~ minum, xsampai 10 minit dah ngantuk...
ubat tu wat haku rase penat...adoiii~~
TOLONGGGG!!!!!!

Friday, June 18, 2010

CiK LiN!! PiLiH La SaYE!!

JUNE BLOG GIVEAWAY!!

Ni la first time aku nak join blog giveaway ni. So, aku xde pengalaman la nak menulis2 pasal blog orang ni. Aku lagi suke jadi 'silent reader & fans' je..wohoho~

Tapi apekan daya..kad dia yang cantik tu membuatkan hati aku menggedik-gedik nak join giveaway ni..xpcaye? tengok la adiah yang Lin wat untuk Blog Giveaway ni..


kad ni macam bagi kuase psikik kate "masuklah blog giveaway ni~"

cantik kan? tak puas ati lagi? ade lagi satu kad dia yang betul2 menggegar jiwa raga aku...boleh mengigau malam2 nakkan kad camtu tau...xpcaye? xpe3...tunggu jap...

haa...tengok ni plak~


aaaa!!! aaku jatuh chenta~

tapi kad lurve ni bukan adiah untuk giveaway ni..ni dia wat sebab hati dia tengah ade rame2..al-maklumlah~ dalam hati ade taman la katekan..wahaha~

p/s : jangan mara ye Cik Lin..ihihi~

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : JOIN LA GIVEAWAY NI BERAMAI2~

aPa YaNG TaK KeNE Ni?

TOLoNG!! CERiTE BERMuLa :

Demam? naseb baik la dah kurang...ni masih batuk2 lagi..sakit kot..rase macam nyawa dah di hujung nafas je..wuwuwu~ takutt~~

semalam tetibe dapat migrain attack! x penah kene migrain kot..wuwuwu~

ape yang tak kene dengan tubuh badan saye ni? tolonglah~

Sunday, June 13, 2010

S.E.W.E.L. ketika Cuti Sekolah

Cerita bermula :

memang me'ong btul cuti skula ni..dah la cuti seminggu je..merayap mengalahkan orang sewel..aritu dah bersuka ria kat teluk batik..balik dari teluk batik terus balik kl..sampai kl terus gerak gi johor.sampai kul 7am..ngantuk tu takyah cakap la..nasib baik bukan aku yg drive sbb dah penat sangat..shafik yang drive..dah sampai johor, nak gi melawat mak ejal tapi kene tunggu waktu melawat kul 4.30pm nanti..last2 gi jumpe Aini my twin kat Jusco Tebrau.wahaha~ rindu gile dgn dia..berjalan dengan dia, merayap sampai ke umah opah, belikan adiah utk Afi & Fia, then gi KAROK macam org gile..kul 4am lebih baru balik..wahaha~ kesimpulannya, cuti sekula selama seminggu ini dimanfaatkan sepenuhnya..wahaha~ xpcaye? tgk la bwh ni..wiwiwi~

5/6/2010 : Kuliah DISE
6/6/2010 : Kemas kelas
7/6/2010 : Kemas kelas (celebrate birthday kat sekolah..thanx my dearest colleagues)
8/6/2010 : Celebrate belated birthday ALONE! (wahaha~)
9/6/2010 : Balik kampung
10/6/2010 : Gi Teluk Batik
11/6/2010 : Balik Teluk Batik, balik KL, gerak gi Johor
12/6/2010 : Bersuka ria di Johor,
13/6/2010 : Balik KL balik

(^-^)v

:+: pen off :+:

Saturday, June 12, 2010

PERJaLaNaN YaNG MEMENaTKaN~

Al-kisah bermula :

Aku nak balik KL. So, ayah belikan tiket bas kul 6pm naik kat Seri Iskandar. Setelah bersiap bagai nak rak, dengan mengusung Che Tap, saya pun dengan kalutnya telah dihantar oleh adik ke stesen bas Seri Iskandar. Sampai ngam2 kul 6pm. Bas xsampai lagi. Kul 6.15pm pun bas xsampai lg. Last2 dah dekat kul 6.30pm baru la bas sampai.

Bila dah naik bas, aku pun relax la..Bas tu lalu ke Batu Gajah, bukan untuk mengambil penumpang, tapi HANYA untuk MENURUNKAN penumpang sahaja. Hampeh!! Xpe2..aku relax lagi. Dekat2 kul 7 lebih, baru sampai Ipoh. Tetibe kene tukar bas. Dah la bas xsampai lagi. terpakse menunggu lagi. Cilabis sungguh! Ni sure sampai lambat kat KL. Dah tentu sampai nnt LRT sume tu dah xde.. Ayam goreng betul! Terpakse la tepon adik, mintak tulun amik kan, walaupong dia xtau jalan. naseb baik gugel ade..ohoho~

Sampai Bukit Jalil dah kul 11 lebih..adoi~ dah la nak kene gerak ke Johor malamnye tu..Pas adik amik, gi amik Fendi & Khai kat Pantai Dalam. Pastu kene g amik Shafiq lak..Last2 Shafiq yang drive..xlarat dah kot nak drive lagi..Akhirnye sampai gak JB kul 7 lebih td..Nak merayau2 budak2 ni tgh tido plak...Haishh~ kene la tunggu diorang bangun dulu...

:+: pen off :+:

Friday, June 11, 2010

catatan perjalanan ke teluk batik

salam. bermulanya sebuah kisah :

suatu hari di hari hari, adik saya telah berkata, "yong, ummi kate ayah mat ajak gi tidor telok batik. diorg nak buat bbq skali" wahh...aktiviti cuti sekolah yg terbaik walaupun x brape nak mencabar sangat (ohoho). setelah dengan bangganya pulang ke kampung, bersiap sedia nk gi tidor sane la kunun2 ni, maka sampai la kami di teluk batik. ummi dgn ayah dtg lambat sket sebab kedai xleh nak tutup awal.

sampai je kami kat teluk batik, anak2 ayah mat telah meninggalkannye seorang diri untuk bertarung dengan monyet2 di sana. sampai ati kome tinggalkan ayah mat sensorang.ohoho~ diorang dah mandi untuk round yang ke brape pun ntah la..kitorang sampai diorg tgh nak snorkeling plak..mak su dgn chu pun dah nampak lebih kurang seusia sahaja walaupun mereka telah terlebih usia..wahaha~ lpas snorkeling diorang bantai nak berkayak plak kat kolam (kolam ke?) kat depan chalet tu..maka berkayaklah mereka di situ.

mereka berkayak~

pas makan sket, kami pun dengan excitednye nak gi mandi laut lagi skali. tetapi entah mengape (cehh..ayat skema) aku xde feel sangat nak mandi laut..sebab dah puas mandi laut kat sabah kot. jadi aku mkn la eskrem..wahaha~ enaknyee~

nyum~ nyum~ eskrem limau~

pastu, diorang nak naik banana boat lagi skali. setelah menawar harga diskaun & membuat tawaran lumayan, kitorang naik banana boat dengan jumlah penumpang seramai 9 orang (melebihi penunmpang maksimum = 7org). wahaha~ adik chik kate je brani tetapi cuak..wahaha~

lihatlah kami menaiki bot pisang~

balik dari mandi manda, dah lapor. apelagi bile tgk ayam bakar, ikan keli bakar, jagung bakar, ape lagi ek? hmm..ade hot dog, itik, nasi, gulai tempoyak, dan segala bagai jenis hidangan lagi. wahaha~ sesi berpoye2 di malam hari disambung dengan aktiviti melalak berkaraoke beramai2. walaupun cuace mula berubah dan gerimis, aktiviti ini tetap mendapat sambutan hangat. tidor pukul brape diorang ni pun xtau la. aku hanyut dah di alam mimpi.

pagi esoknye diorang sambung lagi mandi manda. aku seronok je tidor bertemankan che tap di pelukanku..wahaha~ setelah makan, wat kecoh sebab ais yang telah digunakan utk ikan telah digunakan semula oleh kazen ku dalam minumannya (wahaha), maka kami pun bersiap2 untuk pulang. selamat tinggal teluk batik. nanti anak cucu nor datang lagi k.wiwiwi~

Thursday, June 10, 2010

IEP oh IEP

IEP oh IEP...
baru dapat siapkan IEP one of my student..
sorry la Chu, a.k.a Kits4Kids Principal.
lambat siapkan IEP ni.
if i explain y i finish it late, later people will said i juz make a reason.
(^-^)v

i email it 2 u k..

Tuesday, June 8, 2010

mari menyanyi~

Pergilah Ayu - The Fabulous Cat

Kosong hidupku tanpamu
cerminku membayang bayanganmu
pameran kasihku layu
tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
sakitku mencintaimu
deritaku merinduimu
lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
tewasku bila ku ketahui
berita kau sudah berpunya
hancur hatiku
berkeping keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
hilangku bukan untuk menyeksa
bagiku semua tiada berharga
biarku telan semua derita

Chorus 1
Pergilah kau pergi dariku
biar ku jalani hidup tanpamu
tiada cinta dan kasihmu
meski hati merelai

Rap
Mati hariku dikotak sepi
di situ kau mula mahu mengenalinya
langkah ku songsang telah ku sedari
semula ku hias kau jauh dah pergi ya

Putus komunikasi kau elakkan diri
ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

YA ALLLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA PENCIPTA
terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
pada MU kupohon sucikan hatiku
sehingga dapat melaksana kehendak dan rencana MU
AMIN

Chorus 2
Pergilah pergilah ayu
jangan kau hiraukan tentang diriku
pergi kau pergi kau ayu
kuanggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
kau hancurkan harapku
untuk hidup bahgia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
tapi janji kosongmu
tak sudah sudah, entah sampai bila
kau lepaskan saja aku

chorus 2
Pergilah pergilah ayu
jangan kau hiraukan tentang diriku
pergi kau pergi kau ayu
kuanggapkan ini satu tragedi

chorus 1
Pergilah kau pergi dariku
biar kujalani hidup tanpamu
tiada cinta dan kasihmu
meski hati merelai

PERGILAH~

sampai suatu masa,
aku terpaksa jua melepaskan dirimu,
kasih kita terhenti di sini
lepaskan saja diriku
jangan disimpan di dalam hati
andai kasihmu itu tidak lagi untuk diriku
pergilah dariku
tiada lagi sisa cintamu untukku
tiada lagi ruang untukku di hatimu

biarku terus tinggal bersama cebisan rindu
biarku terus hidup dengan sisa-sisa kenangan
biarku terus bernafas dengan serpihan hati yang masih tertinggal

tiada lagi derita untuk kita berdua.
selamat tinggal.
pergilah dari hatiku.


mode : sedih yang masih mampu dibendung.
langkah mengatasi : dengar lagu pergilah ayu by the fabulous cats
kesimpulan : lagu yang sangat best!

KaSiH SEoRaNG aNaK

kadang-kadang kite selalu dengar org akan komplen pasal anak dia,
mdm. A : anak i ni nakal gile, malas nak pegi sekula.
mdm. B : anak i plak keje asyik nak merewang je.

lagi teruk bagi 'ibu bapa instant' (yang lahirkan anak tanpa ikatan yang sah), sanggup bakar n buang anak2 tu sebelum diorg sempat melihat dunia.

tapi kita sedar tak? tingkah laku anak tu dicorak oleh kita dan dipengaruhi oleh persekitaran. cara kita mendidik dan gaya keibubapaan kita yang membentuk anak itu menjadi seperti apa.

langkah seterusnya....

SiLa BaCa NoTa Di BaWaH SeBELuM MEMBuaT SEBaRaNG KENYaTaaN~


(credit to my auntie, Mak Aa.)

note ni ditulis oleh my lil kazen (sara). she asked her father extra pocket money sebab dia dgn adik dia nak beli adiah utk harijadi ibu dia. waaa...sedih gile kot bace note dia...cam terharu sangat..mintak rm2 sebab nak belikan ibu hadiah.. (T-T) (u r so sweetttt sara~)

sape kate budak kecik xtau nak pikir?

moral : pade sape2 yang terpikir utk buang anak korang merate2, atau nak bunuh a.k.a gugurkan bayi korang tu, pikir la balik..bukan salah dia.
TAPI SALAH KORANG/KITA YANG TAK TAU NAK PIKIR.
kita dah buat 1 kesilapan, jangan tambah lagi satu kesilapan dengan nak bunuh budak tu.
tak teringin ke nak dengar @ tengok budak tu wat sesuatu yang unexpected like my kazen was did?

(sorry, ter'emo lebih.sebab terharu dak kecik camni ni pun tau nak pikir n hargai erti kasih sayang).

:+: pen off :+: