PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, June 11, 2010

catatan perjalanan ke teluk batik

salam. bermulanya sebuah kisah :

suatu hari di hari hari, adik saya telah berkata, "yong, ummi kate ayah mat ajak gi tidor telok batik. diorg nak buat bbq skali" wahh...aktiviti cuti sekolah yg terbaik walaupun x brape nak mencabar sangat (ohoho). setelah dengan bangganya pulang ke kampung, bersiap sedia nk gi tidor sane la kunun2 ni, maka sampai la kami di teluk batik. ummi dgn ayah dtg lambat sket sebab kedai xleh nak tutup awal.

sampai je kami kat teluk batik, anak2 ayah mat telah meninggalkannye seorang diri untuk bertarung dengan monyet2 di sana. sampai ati kome tinggalkan ayah mat sensorang.ohoho~ diorang dah mandi untuk round yang ke brape pun ntah la..kitorang sampai diorg tgh nak snorkeling plak..mak su dgn chu pun dah nampak lebih kurang seusia sahaja walaupun mereka telah terlebih usia..wahaha~ lpas snorkeling diorang bantai nak berkayak plak kat kolam (kolam ke?) kat depan chalet tu..maka berkayaklah mereka di situ.

mereka berkayak~

pas makan sket, kami pun dengan excitednye nak gi mandi laut lagi skali. tetapi entah mengape (cehh..ayat skema) aku xde feel sangat nak mandi laut..sebab dah puas mandi laut kat sabah kot. jadi aku mkn la eskrem..wahaha~ enaknyee~

nyum~ nyum~ eskrem limau~

pastu, diorang nak naik banana boat lagi skali. setelah menawar harga diskaun & membuat tawaran lumayan, kitorang naik banana boat dengan jumlah penumpang seramai 9 orang (melebihi penunmpang maksimum = 7org). wahaha~ adik chik kate je brani tetapi cuak..wahaha~

lihatlah kami menaiki bot pisang~

balik dari mandi manda, dah lapor. apelagi bile tgk ayam bakar, ikan keli bakar, jagung bakar, ape lagi ek? hmm..ade hot dog, itik, nasi, gulai tempoyak, dan segala bagai jenis hidangan lagi. wahaha~ sesi berpoye2 di malam hari disambung dengan aktiviti melalak berkaraoke beramai2. walaupun cuace mula berubah dan gerimis, aktiviti ini tetap mendapat sambutan hangat. tidor pukul brape diorang ni pun xtau la. aku hanyut dah di alam mimpi.

pagi esoknye diorang sambung lagi mandi manda. aku seronok je tidor bertemankan che tap di pelukanku..wahaha~ setelah makan, wat kecoh sebab ais yang telah digunakan utk ikan telah digunakan semula oleh kazen ku dalam minumannya (wahaha), maka kami pun bersiap2 untuk pulang. selamat tinggal teluk batik. nanti anak cucu nor datang lagi k.wiwiwi~

No comments: