PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, September 28, 2010

Posting Khas Untuk Kau!

Ya Allah ya tuhanku!!!!
Apa la nak jadi dengan kawan aku ni?
Ko nak suh aku buat camne lagi?Align Center
Ape yang aku tulis ni ape yang aku rase.
Pade sape lagi aku nak meludah perasaan kalau x pade blog jaha**m aku ni!
Bukannye nak memalukan sape2!
Tolonglah faham! Aku dah penatlah nak jaga perasaan semua orang!

Ake sayang ko sama macam aku sayang kawan2 aku yang lain.

Aku rapat dengan orang lain ke hape ke,
Tak bermakna aku nak buang kau dari hidup aku!

Tapi kenape plak ko nak cakap aku nak jauhkan diri dari kau?
Ko yang mule dulu kan? Bukan ko ke yang senyap je tetiba & xnak tegur aku?

Aku tak paham & tak kenal ko?
Memang aku tak paham & tak kenal kau.
Ada masa ko baik sangat dengan aku, ade mase tetibe nak mara aku tak tentu pasal.
Aku leh pejam sebelah mata and abaikan je semua tu sebab ko kawan baik aku.
Tapi bila jadi camni? Bila tibe2 ko buang aku dari senarai kawan2 ko, ko ingat aku tak kecik ati ke?
Ko ingat senang ke aku nak ilangkan rase marah tu?
Ko ingat senang ke aku pujuk ati aku n ilangkan rase kecik ati aku? It takes time!

Memang ko ego!
Ade ko mintak maap? Ade ko tanye knape tetibe aku senyap je? Ade ko sms tanye aku ok ke x?
Ade? Ade? Xde kn? Ko pakat senyap camtu je kan?
Aku tau ko bleh idup sindri n tak payah bantuan aku lagi dah sekarang.
Ko banyak kawan yang boleh tolong ko.
Setakat ilang sorang kawan macam aku ni, ape de hal sangat kn? Bukannye very big lost pade ko kan?

Good la! As long as aku tau kau happy pun cukuplah.
Sebab aku tau aku bukan kawan yang baik untuk kau!
Aku kan minah kepoh, suke sakitkan ati kau, suke wat ko terase!
Tahniah la sebab berjaya buang aku dari kelompok kawan2 kau!
At least, ko xde la nak kecik ati or terase dgn kate2 aku lg kn?

*******************************
p/s : nasib baik blog ni xramai follower. kalau x, sumpah aku kene kutuk sebab luahkan perasaan kat blog.Tapi ni kan blog aku? Suke ati aku la nak tulis ape pun kan? ngeh3~

Saturday, September 18, 2010

Tadi Ummi Pesan~

Tadi saya jalan2 dengan ummi + adik.
Kitorang gi Ipoh.
Mm..ekceli, kitorang gi Rumah Anak Yatim Baitul Aini kat Simpang Pulai.
Pastu, on da way balik tu singgah la Tesco Pengkalan, makan kat sana.

Tengah2 time makan tu, macam mana ntah boleh terbukak plak cite pasal jodoh2 ni.
Adik bongsu aku ni cakap dia tak penah la kapel dengan orang yang lagi tua dari dia.
Biasanya sebaya atau muda sket dari dia.

Tu yang tetiba ummi aku pesan :
Pegi la ngorat senior kamu~

Pergh! nak tercekik gak aku tetiba mak aku pesan cenggitu...
Wahaha~
Sempoi la mi...ade ke suh anak sindri yang gi ngorat...
Wahaha~

Friday, September 17, 2010

Majlis Pertunangan Saya

Aish~ Aku dah berdebar-debar dah ni.
Kejap-kejap aku tengok jam.
Kejap-kejap aku betulkan tudung.
Kejap-kejap aku tengok make up aku dah cair ke hape.
Rombongan wakil pihak lelaki dah sampai.
Ada kat ruang tamu tu.
Tengah dok balas-balas pantun.
Aku dah panas + berdebar-debar + cuak + macam2 perasaan lagi.
Dah macam rojak dah dalam hati aku ni.
Lepas semua dulang hantaran daripada pihak aku dibawa keluar, aku duduk atas katil.
Siap sedia sekejap lagi wakil pihak lelaki nak sarungkan cincin.
Tiba-tiba aku nampak student aku (Ah Chong --> kompom la bukan nama sebenar), amik cincin tunang aku dari atas dulang hantaran.
Aku dah cuak!
Boleh2 dia gi amik cincin tu n said "teni xia"
Adoi....
"Ah Chong! Give it back to me! Give back my ring!" aku dah start nak kuar suara tarzan dah ni.
"teni xia" muka slamber je dia dok ulang2 teng xia tu sambil jalan-jalan.
Orang dah la ramai kat ruang tamu tu, dengan baju aku ni lagi, payah nak melangkah besar2.
Aku dah memang nak naik hangen ni....
Tiba-tiba.....

"Assalamualaikum....Atuk! oh Atuk!" suara Upin Ipin dari handphone aku...ada sms la tu.. Nasib baik aku terus terjaga bila handphone aku berbunyi. Kalau tak, mau menangis aku bila cincin tunang aku, student aku bawak lari. Dan...nasib baik jugak la semua tu hanyalah MIMPI... Kalau tak, mahu terkujat gak aku tetiba je kena bertunang.. Wahaha~

nasib baik la ini semua hanyalah mimpi~ ihihi~

Wednesday, September 15, 2010

Perihal Lelaki

Salam.

Arini aku nak bercerita perihal lelaki2 yang berada di sekeliling aku.
Haip~ ini bukan bermakna yang aku ni kaki jantan ke, desprado ke, atau playgirl.
Ini cuma berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai lelaki2 yang berada dalam lingkungan kehidupan aku.

***************************************

1. Lelaki Ego & Tak Sensitif
Ni perihal kawan baik aku. Aku dengan dia memang kamceng tapi kitorang tak kapel. Aku tak tau la dia ni betul2 ngeng atau pura2 ngeng. Memang tak sensitif atau pura2 tak sensitif. Ego tahap KLCC gak mamat ni. Baru2 ni kitorang gaduh. Aku tak tau la dia ni sedar ke tak yang aku dah kecik ati dengan dia. Ke aku sendiri je yang terase kitorang gaduh, tapi dia tak rase pape pun? Haish~ parah gak camni. Yelah~ Takkan aku tetibe nak mintak maap dengan dia sedangkan terang2 bukan salah haku..haish~

2. Lelaki Pura2 Jual Mahal
Ni lagi satu kisah. Dia ni pun rapat dengan aku gak. Kes dia ni plak, jeles bila member dia yg sorang ni (girl) nak rapat dengan orang lain. Wahai incek, kalau dah terang2 yang u jeles bila dia rapat dengan orang lain, kompom2 la u suke kat dia. Lagi nak pura2 jual mahal ke? Kalau dia pegi kat orang lain baru la u menganga. Kalau dia pun dah bagi hint2 yang dia pun suka kat u, watpe la u nak jual mahal? Konon2 nak jaga air muka la tu..wahaha~ perlu ke u nak jual mahal bila u sedar yang u suka kat dia n dia pun suka kat u? haish~ pelik aku dengan perangai member aku yang sorang ni..

3. Lelaki Tak Sedar Diri
Ni plak lain kesnya. Ni kira ada pertalian saudara dengan aku gak la. Dah kahwin, ada anak sorang n sangat comel. Tapi tengah angau kemaruk dengan sorang minah ni. Satu tempat kerja dengan dia rasanya. Siap bergambar sama, mms, sms, sume ade la. Aku dah cuak dah dengan mamat ni. Biar betul? Berani gila siap tunjuk mms n sms dia dengan minah tu pada aku. Yang minah tu pun satu SENGAL! Dah terang2 dia tu suami orang, tak payahlah nak melayan lebih2 sangat. Kalau ko tak layan aku rase takde la mamat ni angau makin teruk! Tak salah aku minah tu kenal wife mamat ni. So? Ko takde rasa bersalah ke bila ko sms mesra2 camtu dengan suami dia sedangkan wife dia ko kenal? Mamat ni pun satu gak. Mencari pasal jugak. Haish~ sabor je la.

4. Lelaki
Hmm..yang ni takde kategori sebab aku respek kat dia. Sebab dia bapak aku. Sure la aku respek kat dia.Ohoho~ Ayah aku dah banyak susah untuk family dia. Aku memang tak rapat sangat dengan ayah aku, tapi aku tetap sayang dia. Susah senang, terlebih terkurang, tu je lah satu-satunya ayah yang aku ada. Takkan ada orang lain yang boleh ganti ayah aku. \(^-^)/

***************************************

So....itulah antara kisah lelaki2 yang berada di sekitar aku. Adik beradik aku semuanya girl. So ayah aku je la satu2nya lelaki dalam rumah aku. Jadi, kebanyakan penilaian aku terhadap lelaki adalah berdasarkan lelaki yang rapat dengan aku [maksudnya kawan2 aku la]..hehe~

Saturday, September 11, 2010

MaGiC oN 10.09.10

CREDiT To MY LiL SiS YaNG aDE MaGiC Di TaNGaNNYE~ MuaHaHa~

Tak payah cakap banyak..
Tengok je gambor2 ni..
Tau la korang meriah ke x raye kitorang...miahaha~

*************************************

baby Qis yang sangattt shumill~


Meriahkan raya kami? ehehe~


Cucu2 Tok Nor & Opah Enon~ ohoho~


Kami yang jelita~


Kami yang cumil & ayu~

SELAMAT HARI RAYA!!!

*******************************

to be continued~

Thursday, September 9, 2010

MaLaM RaYE!!

Eh~ dah nak pergi dah Ramadhan ni rupenye..
Hmm...brape lah nilai amalan aku untuk Ramadhan kali ni?

***********************

Bila Ramadhan nak pergi,
Syawal pula yg bakal menghampiri.
Orang sume sebok mengemas, tapi umah aku xde la nak kemas beria sangat.
Ohoho~

Tahun ni mak aku semangat sket..
Dia dok semangat menjahit langsir utk umah aku..
Ye la...dah 3 thn +++ x tukar langsir...wahaha~
Sebelum tu pun, dah dok semangat gi bli set jug baru la, bli bekas kuih raya la..
Aku ikutkan aje lah..
Aku kan sayang mak aku lebih, sure la aku ikutkan je kerenah mak aku tuh~ wohoho~

Semalam, adik2 aku semangat menjahit baju..
Oppss...jahit labuci kat baju...diorang dok semangat meng'alter baju masing2..
Aku relax je...aku juz nk tmbh dat kat baju aku..
Tapi disebabkan aku ni memang buta kayu pasal menjahit ni, aku suh mak aku je la yg buat...
Wahaha~ ye la..dah alang2 dia menjahit langsir n meng'alter baju raye bapak aku, sure2 la aku pun nak tumpang sekaki...

Ni mak aku masih lagi menjahit..
Tapi baju aku dah siap dah la..
La ni, bapak aku plak dok sebok masak kat dapur..
Bapak aku memang superb bab memasak ni..
Ni dia tgh masak sup..power beb sup bapak aku..
Tak percaye dtg la umah aku..wahaha~

Orang dok sebok mengemas & menjahit,
aku dengan jayanya dah macam org kecelaruan.
Tangan ni dah berkaler2 dah..
Biru, merah, kuning, sume ade..
NI sume gara2 dakwat printer yg tertumpah! Adoiii~

Ni aku tgh relax2 dpn pc n update blog...
Jap lg aku nak isi kuih raya dalam balang..
Harap2 penuh la balang tuh...
Wahaha~

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR & BATIN

*************************
malas nak upload gambor~ wihihi~

MaRi MELiHaT~

Saya telah membaca satu artikel yang sangat menarik!

Melihat Dengan Mata Hati

Semoga kita bersama mendapat manfaatnya..

Wednesday, September 8, 2010

KaD RaYE uNTuK SEMua!!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!
[in advance a few days]
MAAF ZAHIR & BATIN
BUAT SEMUA UMAT ISLAM & SAUDARA SESAMA MUSLIM!!

Kepada semua rakan-rakan :
SRI ABIM, JOHOR
MAAHAD AN-NUR, BENUT
MAAHAD PONTIAN, JOHOR
MAAHAD AL-MIZAN, KUALA KANGSAR
SMK LAMBOR KIRI, PERAK
SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKOB, BOTA
SMKA SULTAN AZLAN SHAH, SERI ISKANDAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PSIKOLOGI & KERJA SOSIAL
COURSEMATES PSIKOLOGI KANAK-KANAK & KELUARGA
VTO's COURSEMATE, SEREMBAN
GEMS STC 03, SENAI
COMPANY 5 - HJ MOTOR GROUP
KITS4KIDS FOUNDATION
ALL RAMians
TO ALL MY BELOVED FRIENDS!!
[yang tak termasuk dalam mane2 group ek~ hihi~]

Dah jauh rupanya perjalanan hidup aku..
Semakin jauh aku menelurusi perjalanan hidup ni,
Makin aku sedar yang terlalu banyak hati yang telah aku sakiti secara sedar mahupun tidak.
Maafkan aku. (^-^)/

Tuesday, September 7, 2010

KaLau CiNTa (^-^)v

Kalau CINTA, jangan kacau.
Kalau SAYANG, tak perlu marah.
Kalau IKHLAS, tak minta berbalas.
Serahkan cintamu pada YANG PUNYA CINTA.
(kalau cinta - aliff aziz feat joanna)

Lagu yang sangat menarik lirik dia.
Walaupun lagu ni bukan lagu nasyid atau lagu2 yang berunsurkan kerohanian mahupun keagamaan.
Tapi lagu ni ajar aku erti untuk menyayangi seseorang dengan seikhlas hati.
Tak perlu meminta untuk dibalas rasa sayang itu.
Cukuplah dengan memulangkan kembali rasa sayang itu kepada Yang Empunya & Yang telah menganugerahkan rasa cinta & sayang itu di hati manusia.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rasa cinta & perasaan kasih itu.
Lemparkanlah rasa sayang itu di hati insan2 yang selayaknya.
Taburkanlah rasa cinta itu di hati insan2 yang sewajarnya.
Terima kasih Ya Allah.

Ikhlaskanlah hati dalam memberi kasih sayang sesama manusia kerana rasa sayang itu dianugerahkan oleh Allah untuk manusia dan selayaknya dikembalikan kepada-Nya.

Thursday, September 2, 2010

MeDLEY KeCEWa~

Sayang,
Walau kau kucinta untuk selamanya
Kita tidak bisa berdua bersama
Dan jika kau kasih jangan tanya mengapa
Kerna hatiku merana dan ku jua luka
(isabella - joe flizzow)

Air mata menjadi penawar
Akan ku simpan semua jadi kenangan
Pergilah kasih pergilah sayang
Biarkan saja kenangan berlalu antara kau dan aku
Pergilah sayang.
(pergilah sayang - ella & korie)

wahaha~ seronok gak main gabung2 & rojak2 kan lagu2 ni..muahaha~

GaNGuaN EMoSi vs TEDDY BEaR~

SaLaM SuME~

JuZ NaK BaGiTau YaNG :

saya sedang mengalami gangguan emosi yang maha dahsyat sekarang.
sila jangan mencarik pasal dengan saya.
mohon doakan emosi saya akan stabil semula....wuwuwu~ (T-T)

******************

ANoTHER SToRY

tadi tengah tensen2 ni, bukak la satu website ni...
huk alohh~ cumil gile teddy bear tu..
besor nak m*mp*s!!! gile la comel kot teddy bear tu...
tak percaye? sile la nengok sindri...



besor kan?
ade lagi sampai 3.0 meter...
gile bapak punye besor..wahaha~
(tapi ade ke org nak beli teddy bear 3 meter? creepy kot~ wahaha~)

soo...sape2 yang baik hati..
saye rase emosi saye akan stabil semula sekiranya anda menghadiahkan saya teddy bear ini...
muahaha~ sila la tgk sindri kat website ni

teddy bear besar nak m*mp*s sila la klik..ohoho~

**************

~CERITA TAMAT~