PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, September 17, 2010

Majlis Pertunangan Saya

Aish~ Aku dah berdebar-debar dah ni.
Kejap-kejap aku tengok jam.
Kejap-kejap aku betulkan tudung.
Kejap-kejap aku tengok make up aku dah cair ke hape.
Rombongan wakil pihak lelaki dah sampai.
Ada kat ruang tamu tu.
Tengah dok balas-balas pantun.
Aku dah panas + berdebar-debar + cuak + macam2 perasaan lagi.
Dah macam rojak dah dalam hati aku ni.
Lepas semua dulang hantaran daripada pihak aku dibawa keluar, aku duduk atas katil.
Siap sedia sekejap lagi wakil pihak lelaki nak sarungkan cincin.
Tiba-tiba aku nampak student aku (Ah Chong --> kompom la bukan nama sebenar), amik cincin tunang aku dari atas dulang hantaran.
Aku dah cuak!
Boleh2 dia gi amik cincin tu n said "teni xia"
Adoi....
"Ah Chong! Give it back to me! Give back my ring!" aku dah start nak kuar suara tarzan dah ni.
"teni xia" muka slamber je dia dok ulang2 teng xia tu sambil jalan-jalan.
Orang dah la ramai kat ruang tamu tu, dengan baju aku ni lagi, payah nak melangkah besar2.
Aku dah memang nak naik hangen ni....
Tiba-tiba.....

"Assalamualaikum....Atuk! oh Atuk!" suara Upin Ipin dari handphone aku...ada sms la tu.. Nasib baik aku terus terjaga bila handphone aku berbunyi. Kalau tak, mau menangis aku bila cincin tunang aku, student aku bawak lari. Dan...nasib baik jugak la semua tu hanyalah MIMPI... Kalau tak, mahu terkujat gak aku tetiba je kena bertunang.. Wahaha~

nasib baik la ini semua hanyalah mimpi~ ihihi~

1 comment: