PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, September 15, 2010

Perihal Lelaki

Salam.

Arini aku nak bercerita perihal lelaki2 yang berada di sekeliling aku.
Haip~ ini bukan bermakna yang aku ni kaki jantan ke, desprado ke, atau playgirl.
Ini cuma berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai lelaki2 yang berada dalam lingkungan kehidupan aku.

***************************************

1. Lelaki Ego & Tak Sensitif
Ni perihal kawan baik aku. Aku dengan dia memang kamceng tapi kitorang tak kapel. Aku tak tau la dia ni betul2 ngeng atau pura2 ngeng. Memang tak sensitif atau pura2 tak sensitif. Ego tahap KLCC gak mamat ni. Baru2 ni kitorang gaduh. Aku tak tau la dia ni sedar ke tak yang aku dah kecik ati dengan dia. Ke aku sendiri je yang terase kitorang gaduh, tapi dia tak rase pape pun? Haish~ parah gak camni. Yelah~ Takkan aku tetibe nak mintak maap dengan dia sedangkan terang2 bukan salah haku..haish~

2. Lelaki Pura2 Jual Mahal
Ni lagi satu kisah. Dia ni pun rapat dengan aku gak. Kes dia ni plak, jeles bila member dia yg sorang ni (girl) nak rapat dengan orang lain. Wahai incek, kalau dah terang2 yang u jeles bila dia rapat dengan orang lain, kompom2 la u suke kat dia. Lagi nak pura2 jual mahal ke? Kalau dia pegi kat orang lain baru la u menganga. Kalau dia pun dah bagi hint2 yang dia pun suka kat u, watpe la u nak jual mahal? Konon2 nak jaga air muka la tu..wahaha~ perlu ke u nak jual mahal bila u sedar yang u suka kat dia n dia pun suka kat u? haish~ pelik aku dengan perangai member aku yang sorang ni..

3. Lelaki Tak Sedar Diri
Ni plak lain kesnya. Ni kira ada pertalian saudara dengan aku gak la. Dah kahwin, ada anak sorang n sangat comel. Tapi tengah angau kemaruk dengan sorang minah ni. Satu tempat kerja dengan dia rasanya. Siap bergambar sama, mms, sms, sume ade la. Aku dah cuak dah dengan mamat ni. Biar betul? Berani gila siap tunjuk mms n sms dia dengan minah tu pada aku. Yang minah tu pun satu SENGAL! Dah terang2 dia tu suami orang, tak payahlah nak melayan lebih2 sangat. Kalau ko tak layan aku rase takde la mamat ni angau makin teruk! Tak salah aku minah tu kenal wife mamat ni. So? Ko takde rasa bersalah ke bila ko sms mesra2 camtu dengan suami dia sedangkan wife dia ko kenal? Mamat ni pun satu gak. Mencari pasal jugak. Haish~ sabor je la.

4. Lelaki
Hmm..yang ni takde kategori sebab aku respek kat dia. Sebab dia bapak aku. Sure la aku respek kat dia.Ohoho~ Ayah aku dah banyak susah untuk family dia. Aku memang tak rapat sangat dengan ayah aku, tapi aku tetap sayang dia. Susah senang, terlebih terkurang, tu je lah satu-satunya ayah yang aku ada. Takkan ada orang lain yang boleh ganti ayah aku. \(^-^)/

***************************************

So....itulah antara kisah lelaki2 yang berada di sekitar aku. Adik beradik aku semuanya girl. So ayah aku je la satu2nya lelaki dalam rumah aku. Jadi, kebanyakan penilaian aku terhadap lelaki adalah berdasarkan lelaki yang rapat dengan aku [maksudnya kawan2 aku la]..hehe~

No comments: