PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, December 1, 2010

Bila Cik Hani Duduk Di Rumah

Hai Hai Hai..
eh...Assalamualaikum..
Kisah bermula bila sekolah Cik Hani cuti untuk seminggu sebab kitorg kena attend conference kat Melaka. Walaupun sekolah kerajaan dah cuti, tapi sekolah Cik Hani blom cuti lagi...ohoho~
(apesal rase skema semacam je ni? hak3~)

Setelah meeting selama 2 hari berturut2, maka tinggal lah Cik Hani sendirian di rumah sebab semua roomates gi kerja..Maka, rancangan memasak di rumah pun bermula..hak3~

Seperti biasa, resepi Cik Hani merupakan RESEPI ORANG BUJANG yang sangat simple dan mengikut tekak Cik Hani..Ianya sangat sesuai untuk orang bujang yang malas memasak, nak2 lagi rumah dia tu xde peti ais (seperti rumah sewa Cik Hani..hak3~)

Arini kite akan memasak Ikan Masin Goreng Sambal.

Bahan-bahannya :
2 ekor ikan masin
1 biji bawang merah
1 sudu sambal ikan bilis Delimas
sedikit sos cili hot n sweet



Mule2, kite goreng ikan masin tu..
Bab memanaskan minyak dan kuali tu, pandai2 la korang wat ek...ohoho~
Setelah siap digoreng, ketepikan dlu ikan masin tu..





Setelah itu, tumiskan bawang merah yang telah siap dipotong mengikut kesukaan korang.Hiris nipis ke, tebal ke, dadu ke, potong bulat ke ikut suke korang la..
Tumis sehingga naik bau.






Lepas tu, masukkan sesudu sambal ikan bilis Delimas.
Kalau xde, ganti dengan sos cili n cili kering pun sedap gak..







Masukkan sedikit sos cili maggi hot n sweet. Sos cili Life pun sedap gak...ohoho~ Tumis sehingga wangi, masukkan sedikit air untuk mengelakkkannya menjadi terlalu pekat..






Kemudian, masukkan ikan masin yang kite dah goreng tadi..
Gaulkan hingga sambal tu menjadi sebati dengan ikan masin tu..






Angkat dan hidangkan ikan tersebut. Walaupun ringkas, hasilnya....walla!!! ohoho~
Sangat sedap dimakan bersama nasi yang panas...ehehe~





Walaupun x sesedap dan secantik masakan Chef Wan, asalkan Chef Hani suke, pun dah ok dah...hak3~ Selamat Mencuba!!

2 comments:

Teratak Bonda said...

sape yang masak..sape yg snap gambo?..

CiK HaNi LaLaLa said...

yong masak, yong la amik gambar...ohoho~