PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, January 30, 2011

Jauhi 'Ujub Moden

Assalamualaikum..

Artikel ini Cik Hani temui di dalam majalah, err...naskhah suratkhabar I Luv Islam..Artikel ini sangat menarik dan bagus untuk dikongsi sesama ummah...Semoga kita semua beroleh manfaat daripada sedikit ilmu yang Cik Hani dapat..Artikel ini disalin 100% daripada naskhah tersebut ( I Luv Islam - 14 - 20 Januari 2011, ms 27)

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...."

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


1. Blog & "Followers"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?


2. "Like" di Facebook

Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai berasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.


3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.


4. Komen Gambar di Facebook

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan. [Pada Cik Hani, komen gambar ni, tak payah kire cun ke x cun, kacak ke x kacak, bile org puji kite cun/comel/cute/kacak/bergaya pun mesti kite dah kembang kn? eaay....jangan nak tipu...baik ngaku...kih3~]


5. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di Facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu. malahn jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!


6. Berdakwah di Facebook.

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak merapu. Yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas da'ie!


Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

Wallahu'alam. (^^)7

Thursday, January 27, 2011

Kesian Ummi~

Kesian ummi.

Mereka buat dia menangis,
Dia tetap senyum.
Mereka buat dia kecewa,
Dia tetap ketawa.
Mereka lupa jasa dia,
Dia tetap tenang.
Mereka buang dia,
Dia tetap sayang.

Kubu apakah yang berada di hatimu ummi?
Sehingga masih tabah diperlakukan sebegitu?
Sekuat manakah tembok kasihmu ummi?
Sehingga sanggup diperlakukan sebegitu?
Setinggi manakah menara sabarmu ummi?
Sehingga rela diperlakukan begitu?

Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Aku tak sanggup melihat ummi bersedih lagi.
Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Dia juga manusia biasa.
Berikanlah senyuman, hadirkanlah kegembiraan.
Kerana dia satu-satunya ummi yang aku ada.

[pesanan untuk diri sendiri & mereka yang mungkin lupa jasa bonda, ibu, ummi, mama, emak, mummy atau apa sahaja panggilannya]

Wednesday, January 26, 2011

Perkara yang aku paling benci pasal blog

Assalamualaikum...

Entry akan dimulakan dengan karutan yang berbaur mereng dan sewel..apekah?
Dah lama Cik Hani tak update blog..minta maaf la sebab busy sangat2...
Lagipun Cik Hani mengalami tekanan emosi yang maha dahsyat..Besar kemungkinan Cik Hani mengalami Depression or Bipolar Disorder.. (T-T)
[pepandai je diagnos diri sendiri kan? kih3~]

Dalam tak sempat update blog ni, sempat jugaklah Cik Hani blogwalking, bersiar2 sambil meratah sambal ikan bilis (takde kaitan) ke blog-blog yang ade di muka bumi ni..Tapi, ade beberapa perkara yang akan membuatkan Cik Hani akan klik ikon x pada blog tu...Cik Hani takdelah nak cakap blog Cik Hani hebat gile kan..Follower pun baru 50 lebih je..Tapi bila terkena beberapa perkara ni, wat Cik Hani rase geram sangat nak gi bw balik kat certain2 blog..Antaranya :

1) Music kat blog
Yang ni la paling annoying skali. Dulu memang la Cik Hani pun bubuh gak widget music player ni..Budget cool habes la sebab blog ade lagu, tapi percaya la...TAK COOL LANGSUNG~ Tambah2 lagi kalau lagu tu lagu yang tetibe starting dia macam nak gi perang, bingit sangat2! Ade jugak blog yang Cik Hani bukak je, terus dengar "WELCOME TO **** BLOG" Gile kuat nak mati okay..Dah la masa Cik Hani BW tu tgh2 malam sunyi, mau tak terkujat Cik Hani tetibe kuar suare lelaki cakap mende tu? Kalau player tu ade function pause, okay la lagi kn..Ni bantai yang xde ikon pause, siap ada yang hide lg player tu...Adoii~ memang kompom2 Cik Hani akan pangkah blog tu tanpa sempat visit lelama..Rasenye dah ramai blogger yang sentuh pasal isu ni, tapi ntah la...Dah la memang Cik Hani suka bukak byk2 tabs..Bile tetibe kuar lagu yang kuat2 tu, memang mabuk la nak mencari satu2 blog mane yg kuarkan lagu tu..

2) Disable right click
Pasal ni, Cik Hani sebenarnya takde la kesah sangat...Korang nak disable right click tu, disable je la..Tapi xpayahlah bubuh/keluarkan windows dgn ayat yang bukan2..Lagi bagus kalau xde langsung windows tu..Just disable je la kan? Cik Hani pernah BW kat 1 blog ni, biasa la, disebabkan Cik Hani suke sangat bukak tabs bebanyak niat di hati nak baca next post dia by opening new tabs, tetibe kuar small windows dia mencarut2 "Fu*k u mother Bit*h xxx tuuuttt" (malas nak sambung). Agak2 kalau korang kena camtu, mara x? Tu belom kire yang buat ayat budget2 comel "Sorry, xboleh copy, no, no, no, (^-^)Y" "Hoi!! nak curik gambar aku ke?" Adoi~ kalau taknak orang curik gambar ko, tak payah la bubuh dalam blog..Sedangkan blogger terkenal BEN ASHAARI pun tak disable right click tau..Hanis Zalikha yang cun melecun tu pun takde la gelabah nak mati pasal right click ni kan? Contoh macam blog Cik EPAL tu, dia memang disable right click tapi bile kite nak right click, xde la kuar windows yang ngarut2 kan? Pastu dia bubuh watermark sebesar2 alam kat pictures dia...Kan senang...kalau orang copy gambor dia pun, terang2 ada muke dia..

3) Prinsip follow memollow
Ni pun antara perkara yang Cik Hani agak annoying. Terus terang cakap, Cik Hani SANGAT TAK SUKA konsep, ''I dah follow blog you, so you KENA FOLLOW BLOG I BALIK" OMG...sangat annoying tau..Maaf la pada sape2 yang terasa..Tapi ape sebenarnya tujuan kite berblogging? Nak feymes ke? Follower byk tapi entry tak menarik tak gune gak kn? Cik Hani lagi prefer kalau org tu nak follow sebab entry2 kite, bukan sebab nak suruh kite follow dia balik...Tak salah nak tinggalkan link, memang Cik Hani akan buat kunjungan balas ke blog tu, tapi plzz la jangan suh Cik Hani follow blog korang..Cik Hani akan follow kalau Cik Hani rasa Cik Hani sukeee sangatt blog tu..Lagipun follow tu pun kan salah satu widget gak...Memang la kalau follower ramai nampak cam gempak je kan, tapi kalau entry tak menarik pun tak best gak kn? Sooo...pada sesiapa yang follow blog Cik Hani picisan lagi mengarut ni, thanx banyak2...Cik Hani sangat menghargai sokongan korang tu..Cik Hani doakan korang dapat lebih banyak follower.. :) Tapi kalau pasni ade yang unfollow, xpela...Cik Hani redha.. :p

4) Blog berat gile + widget bukan2

Ni ade gak kaitan dengan konsep follow memollow ni..Dah la suh Cik Hani follow balik, bile Cik Hani gi visit, nak tunggu blog dia loading, mak aih......Sabar je la....memang kengkadang tu, Cik Hani terus pangkah, sebab lama sangat nak tunggu...So sorry la pada mana2 blog yang Cik Hani tak dapat view tu...berat sangat la..Hmm..kengkadang tu, yang bagi berat sebab bubuh widget yang bukan2~ Pada Cik Hani sangatttt mengarut~ Haish~ malas nak cakap..pepandai la tengok & evaluate sume gadget/widget/cekadak yang ade kat blog tu.. (^^)7

Kesimpulannya :
Cik Hani tau blog Cik Hani ni pun bukannya hebat mana pun...Sebab tu la nama blog ni pun Picisan Lagi Mengarut..Sebab memang betul blog picisan pun..Cik Hani suke suki berblogging pun sebab nak redirect pemikiran Cik Hani daripada mengarut n wat keje yang merepek2. Daripada mengarut kat luar, lebih baik berkongsi cerita, meluahkan perasaan kat blog picisan ni kan? Hik3~ (^^)Y Cik Hani tak kisah kalau follower tak ramai, trafik tak tinggi, blog tak ''canggih'' atau ''cool'', sebab pada Cik Hani berblogging ni seronok sebenarnya kalau kena pada cara gayanya..

Saturday, January 22, 2011

Adess~

Assalamualaikum.

Entry ini akan dimulakan dengan tangisan...
Waaaaaa~ Waaaaaaa~
Ape la masalah blog Cik Hani ni...
Tetibe profile dia tak kuar...
Nak follow org pun dah tak boleh dah ni...
Adoi~ Baru nak follow blog Doraemon Lurve tapi profile plak tak kuar...
Cik Hani baru tolong best frenz Cik Hani ni buat blog...
Baru je create blog untuk Rose, nak follow tetibe tak dapat plak~
Adess~ Waaaaaaaaaaaa~ (Nanges lagi~)

Tolong la Cik Hani wehh~

Tuesday, January 18, 2011

Aku tidak mahu kamu tahu

Aku tidak mahu kamu tahu

Siapa kata kamu tidak cantik?
Cantik itu sangat subjektif.
Kamu mungkin tak secantik dewi remaja,
Tapi kamu tetap manis & manja di hati aku.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Bergembiralah bersama insan2 yang ada disisimu.
Hargailah masa bersama mereka selagi mana ada waktu.
Tiada ku ragu akan pekerti dan perilakumu.
Aku cuma takut andai aku kehilangan kamu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau kamu degil, kamu masih mahu menerima teguranku.
Walau kamu keras kepala, kamu masih merajuk dengan gurauanku.
Walau kamu pemarah, kamu masih menangis bila terluka.
Aku tetap akan suka kamu bila kamu terus begitu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau siapa pun kamu,
Walau apapun yang kamu lakukan,
Aku juga ikhlas sayang kamu,
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Setegar mana hatimu redha andai Allah menghapuskan semua perasaanmu itu,
Setabah itu jugalah aku harap aku akan menerima semua peraturan yang Allah takdirkan.


[karya balas untuk Aku Ikhlas yang diilhamkan oleh Allah]

Sunday, January 16, 2011

Aku Ikhlas

Aku nak kamu tahu,

Walau aku tak secantik dan selembut dia,
Aku ikhlas suka kamu, lebih dari yang kamu tahu.

Walau aku sering bersama mereka, bergurau senda,
Aku ikhlas rindu kamu, lebih dari yang kamu tahu.

Walau aku selalu degil, keras kepala, & pemarah,
Aku ikhlas ingat kamu, lebih dari yang kamu tahu.

Walau siapa pun aku,
Walau apa pun yang aku lakukan,
Aku ikhlas sayang kamu, lebih dari yang kamu tahu.

Allah yang campakkan semua perasaan itu di hatiku.
Andai kata suatu hari nanti Allah ambil semula semua perasaan itu,
Aku redha,
Kerana aku ikhlas kenal kamu, lebih dari yang kamu tahu.

[Dedikasi khas untuk mereka yang mungkin tidak sedar bahawa aku betul2 menghargai kehadiran mereka disisi aku]

Thursday, January 13, 2011

Jalinan Kasih - DMENC Feat Lynn Amzah

*korus*
Hiasilah kasih ini
Semaikanlah dalam sanubarimu
Bajailah jiwa ini dengan taqwa
Moga beroleh redha-Nya

Kupanjatkan syukur pada Ilahi
Atas kurniaan yang terindah ini
Perjalanan hidupku lebih bererti
Dengan kehadiranmu di sisi
Telah sekian lama ku dalam gelita
Kini ku temui dirimu nur hidupku

* ulang korus

Menuntun fikrahku berwadah ilmu
Bekalan menempuh ranjau berliku
Kan ku tatang dian pemberianmu
Dengan seluruh jiwa ragaku
Kasihi diriku sayangi daku
Bimbingilah diriku
Menuju Tuhan Yang Satu

* ulang korus

Wednesday, January 12, 2011

Resepi Orang Bujang - Ayam Masak Belacan Ala Thai

Assalamualaikum..

Wahh....entry Cik Hani ni macam menyelerakan je kan...miahaha~ Arini Cik Hani nak kongsi resepi yang Cik Hani & roomate Cik Hani masak, invent, modify, campak2, main bedal, masa weekends aritu...Wahaha~ Macam biasa, resepi orang bujang Cik Hani ni sangat mudah & sesuai untuk orang bujang lagi2 kalau orang bujang tu takde peti ais macam umah sewa Cik Hani ni...kih3~

Bahan-bahan :
Isi ayam (potong kecik2)
Bawang putih (dipotong kecik2)
Cili (nak pedas pakai la cili api)
Serai (dipotong halus2)
Sayur sawi jepun/sawi katik/pak choy.
* Belacan
* Kicap Cair
* Sos Tiram
* Sos Ikan
* Gula

Cara memasak :
Memule, goreng isi ayam tu dlu..Tak perlu masak sampai garing sebab kite nak masak lagi sekali..Untuk resepi asal ni, diorang gune pork..xkan kite nak gune plak kan...ohoho..Kalau xnak gune ayam, gune daging pun bleh..tapi daging tu kena hiris nipis2..Sementara tu, bahan2 yg bertanda * tu boleh la dibancuh..Means, campurkan sume and gaul sampai sebati..



Then, panaskan minyak. Tumis bawang putih & serai.


Masukkan ayam


Bubuh cili (kalau nak pedas, tumis cili ni awal2 skali masa kita tumis bawang putih n serai tadi)


Tuangkan bancuhan kicap & belacan tadi n gaulkan sampai rata.



Masukkan sayur, gaulkan lagi.



Hidangkan.


Wallaa~ sedapppp sangat.....
Selamat mencuba~ \(^-^)/

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)

Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu (AJL 25) thru song : Tolong Ingatkan Aku.

Pada Cik Hani? Cik Hani tak suke!!! Menci lagu tu..Bukan sebab apa tapi Cik Hani tak minat sangat style dia nyanyi~ (sorry Ana) Ohh~ Bencinye!

Keputusan AJL 25 :
Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Nokhtah Cinta
Tempat Ketiga : Hafiz - Nokhtah Cinta
Tempat Kedua : Meet Uncle Hussein Feat Black : Drama King
Tempat Pertama / Juara : Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku

Masa untuk tidur dengan kecewa.
(dah la tengah tak sehat, makin demam Cik Hani tengok AJL 25 ni~)

Wednesday, January 5, 2011

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru (^-^)Y

Assalamualaikum..

Tadi Cik Hani 'berjalan-jalan' ke blog Cik Yuny..Baca la satu entry dia pasal blogger baru..Rase berminat plak nak join..Bukan nak mencari populariti, saje je suke suki nak baca entry orang ramai (ape ayat Cik Hani ni?)..Wahaha~ senang cite, Cik Hani suke baca kisah kehidupan orang lain..Seronok bile ada cerita diorang tu lebih kurang je dengan situasi yang pernah Cik Hani lalui..

Syarat dia senang je, just wat entry and post link tu..Untuk blog yang mempunyai follower kurang daripada 300 je tau..(Cik Hani yang ada 40 lebih follower ni pun dah bangga habes dah..xtau la kalau tetibe dapat follower sampai 2 300 kan? hik3~thanx to all my followerz~ mmuah~). Yang dah ada 301 followers tu pun x payah la masuk ek..hik3~ Untuk maklumat lanjut, sile la baca kat sini ---> Tentang Sesuatu

Hm..Cik Hani cam malas sket nak tag2 kengkawan ni...Tapi benda baik ni baik share reramai kn? ohoho~ So....Cik Hani nak tag :
1. kak atie comel
2. hayani comel
3. si afro yang berambut comel
(sumenye comel..ohoh~)


(gambar : tiada kaitan..hak3~)

Tuesday, January 4, 2011

Cara Nak Lari Time Spotcheck (Aspuri)

Assalamualaikum..

Short update from me : Asal la umah Cik Hani ni makin banyak semut api ni? Geram kot asyik kene gigit je...kalau setakat kene gigit sekor semut je memang la tak heran sangat, ni sampai kaki, betis, peha, bahu, siku, sume kene gigit apeke jad*h nye!! haishh~ sabor je laa...

***********************

Ehehe~ sekarang kite sambung entry pasal kenangan kat sekolah dulu...Masa Cik Hani sekolah kat Perak, dah nama pun duduk aspuri (asrama puteri), for sure la ada spotcheck. N then, dah nama pun bebudak, mesti la benda yg tak boleh bawak tu la yang nak dibawak..Antara barang2 'haram' yang Cik Hani masih ingat :
- walkman
- handphone
- barang perhiasan (silver/emas)
- buku lirik lagu (except lagu nasyid)
- maggi
- perfume
- t-shirt gambar bukan2 (cth gambar couple hero & heroin cite Titanic)
- surat2 cinta
- gambar lelaki (except family - tapi even abang/kazen pun, xleh bawak kalau gambar dia sorang je)
- majalah hiburan, komik, novel.

huish! banyak lagi ni...ni antara yang top & high ranking bebudak suke bawak..Miahaha~

Kitorang bebudak pompuan ni, takde la ekstrem sangat bab sorok2 barang2 ni..Tempat paling senang n biasa nak sorok surat2, gambar, n kertas2 ni : dalam toilet kat celah2 tingkap toilet, kat ceiling, lekat kat kipas, lekat kat bawah meja, bubuh dalam plastik bag n simpan dalam tong sampah..bleh gak bubuh dalam tin biskut..alaa, biskut dalam tin kan ada tray plastik tu, bubuh la kat tingkat paling bawahh sekali..wohoho~ Kengkadang tu, pakai rantai and gelang time cuti balik kampung, pastu bila dah sampai asrama, lupa nak tanggalkan..Apa laagi, bubuh la kat celah2 lipatan baju kurung yang digantung kat hanger..ngeee~ (^^)Y

Kalau handphone, walkman, kaset2, perfume, senang cite benda2 yang agak berbuku, berjisim, bersegi segala bagai ni, kitorang bubuh dalam kasut n then bubuh kat rak kasut (yelah..sape nak check rak kasut kan? ngee~), toreh tilam (lokasi yang betul2 bawah bantal) n bubuh dalam tilam/bantal tu, or bungkus dalam plastik n bubuh dalam tangki air/tangki flush. Lagi senang n pantas, bubuh dalam plastik bag, keluarkan ke tingkap yang paling ujung n bawah skali then ikat. kengkadang tu, tak sempat ikat, campak je ke luar tingkap sebab nanti time gotong royong, kitorang mesti akan amik tangga untuk bersihkan koridor tingkap belakang tu...time gotong royong tiap ari sabtu, amik la balik...wahaha~

klik untuk tumbesaran pesat~ (^^)Y
(jangan ketawa!! Cik Hani lukis pakai paint je..maap le..saya x pandai pakai photoshop~)

next time, kite sambung cite part lain plak ek.. (^-^)Y