PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, January 18, 2011

Aku tidak mahu kamu tahu

Aku tidak mahu kamu tahu

Siapa kata kamu tidak cantik?
Cantik itu sangat subjektif.
Kamu mungkin tak secantik dewi remaja,
Tapi kamu tetap manis & manja di hati aku.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Bergembiralah bersama insan2 yang ada disisimu.
Hargailah masa bersama mereka selagi mana ada waktu.
Tiada ku ragu akan pekerti dan perilakumu.
Aku cuma takut andai aku kehilangan kamu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau kamu degil, kamu masih mahu menerima teguranku.
Walau kamu keras kepala, kamu masih merajuk dengan gurauanku.
Walau kamu pemarah, kamu masih menangis bila terluka.
Aku tetap akan suka kamu bila kamu terus begitu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau siapa pun kamu,
Walau apapun yang kamu lakukan,
Aku juga ikhlas sayang kamu,
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Setegar mana hatimu redha andai Allah menghapuskan semua perasaanmu itu,
Setabah itu jugalah aku harap aku akan menerima semua peraturan yang Allah takdirkan.


[karya balas untuk Aku Ikhlas yang diilhamkan oleh Allah]

No comments: