PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Thursday, January 27, 2011

Kesian Ummi~

Kesian ummi.

Mereka buat dia menangis,
Dia tetap senyum.
Mereka buat dia kecewa,
Dia tetap ketawa.
Mereka lupa jasa dia,
Dia tetap tenang.
Mereka buang dia,
Dia tetap sayang.

Kubu apakah yang berada di hatimu ummi?
Sehingga masih tabah diperlakukan sebegitu?
Sekuat manakah tembok kasihmu ummi?
Sehingga sanggup diperlakukan sebegitu?
Setinggi manakah menara sabarmu ummi?
Sehingga rela diperlakukan begitu?

Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Aku tak sanggup melihat ummi bersedih lagi.
Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Dia juga manusia biasa.
Berikanlah senyuman, hadirkanlah kegembiraan.
Kerana dia satu-satunya ummi yang aku ada.

[pesanan untuk diri sendiri & mereka yang mungkin lupa jasa bonda, ibu, ummi, mama, emak, mummy atau apa sahaja panggilannya]

No comments: