PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, February 7, 2011

20 Fakta Gile!!

Assalamualaikum..

Wuihh~ tadi jenjalan kat blog2 yang ada kat Malaysia ni, rata-ratanya, sume buat entry pasal abang Ben Ashaari yang tengah seronok collect 1000 blog untuk gegar blog dia tu..Cik Hani dah baca dari semalam tapi still tak buat lagi entry nye...keh3~ Malam2 sket nanti la kot insyaAllah..

Sekarang ni Cik Hani nak wat taggy..Tak tau la kot2 orang dah ada buat tag yang seumpama ni..Tadi tetibe je tercetus ilham ni...keh3~

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang..Hmm..banyak sangat? Tak banyak la...Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo...Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang..Pastu tag la 5 orang kawan2/sedar mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

Lagi best, korang tinggalkan link entry korang pada Cik Hani, bleh la Cik Hani nak berjalan bersiar-siar ke blog korang sambil baca entry tu..Amacam? Ada bran? kih3~

Soo...Cik Hani mule dulu k...

5 Fakta tentang Cik Hani :
1) Gila, sewel, sengal.
2) Kuat menangis, marah, ketawa
3) Sangat bengap/mengong bile masuk bab2 nombor ni.
4) Sangat sayang dengan teddy bear yang bernama Che Tap
5) Special education teacher kat salah sebuah private school kat KL.

5 Fakta tentang ibu Cik Hani :
1) Insan yang paling rapat dengan Cik Hani
2) Ada facebook & blog juga.
3) Suri rumah sepenuh masa kononnye, tapi sebenarnya tauke cyber cafe..(keh3~)
4) Suka bercakap/bergaduh dengan kucing2 yang ada kat rumah tu
5) Seorang yang sangat best walaupun kuat membebel..(hahahaha!!!)

5 Fakta tentang best frenz Cik Hani :
1) 2 orang ni memang best frenz Cik Hani yang sangattttt best.
2) Rose pernah accident and patah tulang belakang.
3) Aeni pernah patah hati & menangis pasal sorang mamat sengal ni masa lat GEMS Senai
4) Rose nak kawen dalam tahun ni (InsyaAllah)
5) Aeni punye pakwe pandai nyanyi. (kih3~)

5 Fakta tentang Si Dia :
1) Gila, sewel, sengal gak.
2) Dah maju bila dah pandai cakap "Sayang Awak" & "Miss U" (Keh3~)
3) Masih malu & segan nak cakap I Love You.
4) Bawak kereta macam pelesit
5) Agak boros.

Tag 5 orang :
1) Kazenku Cik Ami
2) Kazenku Era Rawk
3) Buddyku Rose
4) Sahabat Blogger Mizz Nina
5) Seniorku Kak Atie

10 comments:

AtieAbid said...

wohoo..kena tag ye. tq2. best gak tag nih. jap lagi kak t buat n paste link kat sini yek..=)

takdenye rimas kalo kena tag. lagi suka adalah. ngeee~~

Ruqaiyah Amanina said...

tq cik hani tag nina
ni link nina
t siar2la ye
hehe
http://mizznina91.blogspot.com/2011/02/20-fakta-gile.html

AtieAbid said...

dah buat dah..

http://atieyiko.blogspot.com/2011/02/20-fakta-gile.html

hehe..

mira . said...

5 fact bout you ,thats i like .sempoi :)

CiK HaNi LaLaLa said...

kak atie & nina : thanx coz join n share link..keh3~

mira : hik3~ malu aii...keh3~ xnk join ke? mesti mira pun sempoi gak.. :)

sembil9n said...

ahahahahahah :D

CiK HaNi LaLaLa said...

wahai encik sembil9n..
mengapakah encik ketawa membaca 20 fakta gile saya?
adalah lebih baik kiranya encik juga mengikut jejak langkah saya dengan membuat entry ini.
sekurang-kurangnya saya tau encik sembil9n pun gila juga..kah3~
(sila baca dalam nada skema..kih3~)

sembil9n said...

xmo buat :P

CiK HaNi LaLaLa said...

heee~ ni mesti takut org len ckp encik sembil9n ni g*la kn? keh3~

nurul ain said...

lawaklah fakta2 gile nie xD