PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, April 22, 2011

Entry Padat Maksima!!

Assalamualaikum...

Dah lama sangat Cik Hani tak mengarut kat blog yang picisan ni (except entry yang penuh dengan makian kepada pak guard itu..keh3~)...kesian blog ni kan..Minta maaf sangat2 pada sape2 yang follow blog ni mesti naik jemu tunggu bile Cik Hani nak hupdate kan? (mode : perasan ade orang nak bace entry dia..lalala~)..

Kebelakangan ni, banyak kejadian/peristiwa/kemalangan yang berlaku di sekitar kehidupan Cik Hani..Cik Hani sebenarnya accident 10 April 2011 aritu...Kereta Viva Cik Hani telah dilanggar oleh Kenari, so Cik Hani telah melanggar kereta Sonata, and kereta Sonata tu plak gi langgar Grand Livina depan dia..ahaha~ Secara ringkasnya,ni la catatan harian kemalangan/peristiwa yang telah berlaku dalam minggu tu :

Ahad 10 April 2011 : Accident kat federal higway jam 3.00pm
Isnin 11 April 2011 : Dapat MC 2 hari, pastu tergunting jari sendiri time nak pasang almari..
Selasa 12 April 2011 : Dapat tau mak Chot (kawan UMS) sakit tenat kat johor. Jam 5.00 pm dapat tau mbah (moyang) Cik Hani meninggal, rush gi Johor, sehelai sepinggang.
Rabu 13 April 2011 : Setelkan majlis pengebumian, tahlil, kenduri arwah, kul 10 lebih, bertolak balik KL, sampai KL dekat kul 4.00am
Khamis 14 April 2011 : Setelkan fixed deposit, pastu attend meeting kat sekolah.
Jumaat 15 April 2011 : Kerja macam biasa. Dada still sakit cause impact from seat belt.

Hmm...cakap pasal sakit dada, past accident tu, gi la PPUM sebab nak check cause dada gile sakit..Nak bernafas pun susah.. Dah la tunggu dekat 3 jam nak setelkan semua tu, pastu boleh2 plak doktor bagi painkiller, panadol, dengan ubat sakit perut..Apekah?? (-_____-")
saya bukan sakit perut la doktor, saya sakit dada.

N then tadi petang dapat berita, yang Oyo (anak Mak Chu Kerling <---- tulis macam la korang kenal kan? hihi~) meninggal sebab accident. Katenye rusuk 7 patah, lagipun termasuk bawah lori. Cik Hani pun xtau sangat cause x sampai hati nak tanya dengan Mak Chu sebab dia tengah sedih sangat...Tulang belakang dia tu...Xpela, jap lagi Cik Hani buat entry khas untuk Oyo ye....

No comments: