PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, May 23, 2011

BEST KE TAK BEST BELAJAR JAUH-JAUH??

Assalamualaikum...

Cik Hani telah disoal oleh kazen Cik Hani, Cik Aton mengenai belajar di perantauan.
Ada pro & kontra. Masa Cik Hani blaja kat Sabah tu pun memang macam2 dugaan. Ada seronok nye jugak blaja jauh2 ni..Hmm..penat la nak explain pepanjang...ce bace je kat bawoh ni...

Belaja jauh best sebab :
- Bulih balik lewat malam (ahaha~ main point tu)
- Bulih makan lewat ikut suke.
- Bulih main game sampai lewat malam.
- Bulih dapat kawan yg pelbagai background n yang sekepala n then mapley sampai ke malam.
- Boleh tengok wayang dengan kengkawan reramai.

**amende aku mengarut ni? okay, sila serius!!

- Bila duduk jauh2, baru kita belajar erti rindu dengan family.
- Bila duduk jauh2, time ni la nak belajar masak tanpa kene bebel, kene komen, or kena kutuk. [ siyes!! Cik Hani blaja masak time kat Sabah and time dah duduk bujang kat umah sewa ni..ehehe~]
- Bila kita jauh, paling penting kita belajar berdikari. Time ni la kita nak belajar hidup susah. Kalau tak, sampai bile2 kite masih harapkan mak yang buat. Kan?
- [Kazen Cik Hani tanya camne basuh baju..hihi~] Basuh baju gune tangan la darling...Bubuh baju dalam baldi, tuang sabun, tuang air, rendam jap, pastu berus, n then bilas, pastu jemur la sayang...


Tipu la cakap kalau tak takut blaja jauh2. Masa kes student UMS yang duduk Kingfisher (kolej luar UMS) kena culik and rogol, haruslah takut. Bila one of my friend kena rogol & bunuh, harus la takut kan? Tapi kita kena kuatkan semangat. Jaga diri elok2. Jangan keluar sorang2. Paling bagus kalau ada lelaki time kita keluar ramai2. Tapi jangan la kuar dengan mamat yang kau baru kenal pastu nak terus percaya dengan dia kan? Ohoho~ Kena pandai2 jaga diri. Kalau taknak hidup susah, baik tak payah kuar dari perut mak dulu kan? Hidup tak penah rasa susah tak chill la darling. Kata nak belajar dari pengalaman kan?

Apa yang penting, kita nak belajar. Ikhlaskan diri untuk belajar. Kita kena ingat n kenang susah payah mak ayah kita nak besarkan kita, sediakan keperluan, bagi pendidikan, sampai masa kita kena balas balik dengan berikan kesenangan pada diorang. Salah satu cara nak senang, belajar la rajin2 dari sekarang so that nanti dapat keje yang bagus2, gaji yang bagus2, kenal dgn orang yang bagus2, kawen dgn orang yang bagus2. Kan?

Tipu la kalau tak rindu dengan family kan? Nak-nak lagi Cik Hani ni anak mak. Rapat dengan Ummi. Memang hari-hari mesti tepon ummi. Paling lama tak tepon pun 2 hari pastu nanti mesti masing2 pelik apesal tak tepon. Sebab tu Cik Hani pakai postpaid mase dok sabah. Kikikiki~

SOOooo...Pada Cik Maizatun Ibrahim :
Kuatkan hati, jangan risau sangat. Pergi dulu belajar kat situ. Mana tau nanti jatuh hati dengan tempat tu macam Yong jatuh cinta dengan Sabah. (^^,)Y Chill La Darling~

Saturday, May 21, 2011

Ran Mouri, Shinichi Kudo, dan Conan Edogawa.

Ran sering menyangka bahawa Shinichi sering mengabaikannya, dan selalu sibuk dengan urusan luar sehingga terpaksa menjauhkan diri dan tidak berjumpa. Keadaan itu membuatkannya sedih. Namun, tanpa dia sedari, Shinichi sering berada di sisinya dengan menjadi Conan, yang sering melindunginya, menjaganya, dan mengambil berat tentangnya. Kadang kala kita tidak sedar orang yang kita sayang juga sebenarnya mengambil berat tentang kita.

Saya belum benar-benar bersedia untuk melepaskan dia pergi. Maaf.
Saya juga belum benar-benar bersedia untuk menerima awak. Maaf.

Friday, May 20, 2011

Kado Ulangtahun Khas Untuk Ayah.

:: Khas untuk Ayah ::

Bila aku sedih,

Aku cari Ummi.

Bila aku gembira,

Aku kongsikan dengan Ummi.

Bila aku marah,

Aku ceritakan dengan Ummi.

Bila aku kecewa,

Aku menangis dengan Ummi.

Malah,

Bila aku mahu wang,

Itu juga aku pinta dari Ummi.

Seolahnya aku lupa dengan kehadiran Ayah.

Kasihan Ayah.

Maaf.

Tiada niat meminggirkanmu.

Tiada niat menjauhimu.

Tiada niat melupakanmu.

Malu membatasiku.

Perasaanku juga membatasiku untuk terus mendekatimu.

Tanpa kau ketahui,

Tanpa aku juga sedari,

Sejauh mana pun aku pergi,

Sepantas mana aku berlari,

Urat darahku tetap mengalir darahmu.

Malah, kita juga berkongsi udara yang sama.

Selamat Hari Lahir.

Semoga Ayah panjang umur.

Semoga Allah terus mengurniakanmu kekuatan & kesihatan yang berpanjangan.

Semoga Allah juga terus memberimu ketabahan & kesabaran melayani kerenah anak-anakmu.

Selamat Hari Lahir.

From :

Anak-Anak Ayah Yang Sudah Besar Tapi Masih Berperangai Macam Anak Kecil. (^^,)

Tuesday, May 17, 2011

Entry Geli-Geli Menyampah~

Assalamualaikum..

AMARAN!! Entry ini berunsur geli-geli menyampah. Kalau anda menyampah, sila jangan teruskan pembacaan, hanya klik ikon [x] di sebelah atas bahagaian kanan anda.
TERIMA KASIH (^^,)Y

****************************************************************

Cik Hani baru je lepas telefon chenta hati Cik Hani..huhuhu~ Hmmmm...actually dah lama gile x dapat contact dia sbb dia bizi sgt...naseb baik Cik Hani tak curang...ehehe~ So tadi agak happy la bile dapat tepon dia...Even dia dah tidur tadi tapi dia angkat gak..(thanx awak~)

So Cik hani bgtau la yang Cik Hani ada photoshoot esok kat Putrajaya..Maka, seperti biasa, sesi dialog akan bermula :

Cik Hani : awak, esok saya ada photoshoot tau~
Dia : Hmm..xpe..saye pun ade..esok saya ada photocopy.
Cik Hani : (-_____-") [orang siyes dia memain plak]

Then, next dialog :

Cik Hani : eiii...penat tau cakap dgn awak ni...dah la susah nak called. nasib baik saya tak nanges.
Dia : Laaa...awak nak nanges kenapa plak?
Cik Hani : sebab susah sangat nak kol awak la...
Dia : Staff saya nak called saya pun susah gak, xde plak diorang nanges..
Cik Hani : (-________-") [sabar je lah dgn mamat ni tau~]

Adess~ Sabar je la kan...Hmm..
Sebenarnya Cik Hani pun dah macam tak berapa yakin dengan relationship ni.
Ntah la...rasa macam kitorang makin jauh je...
Xpela...ada jodoh Cik Hani dengan dia, ada lah nanti Allah tunjukkan jalan kan?
Sabar je lah Cik Hani~ (^-^)
Align Center

Sunday, May 8, 2011

Lagi Entry Padat Maksima!!

Assalamualaikum~

Yoo~ lame gile Cik Hani tak hupdate blog ni...Syiannn dia kena tinggal sensorang...Xpe la Cik Blog kan? Kirenye naseb kite sama la, asyik ditinggalkan je kn? Wahhh~ spekulasi sangat ta ayat tu...Kikki~ Dah naseb~ Si dia asyik bz n makin bz, makanya saya ditinggalkan sendirian..wuwuwuwu~ At the same time, most of my friends cakap, Cik Hani kena buka hati untuk terima orang lain dalam hidup Cik Hani. Jangan terlalu tumpukan pada dia je..Hmm...xtau la...setakat kawan2 tu okay lagi la kot..Ntah la...Malas nak pikir...kikiki~ Buat sementara waktu ni memang Ci Hani tgh rapat dgn a few guys yang agak okay la..hmm..ntah la...abaikan je la topik ni~

Another story : Aritu ade member ajak pegi Hi-Tea Party. Too Bad Cik Hani x tangkap even satu gambar pun..Sedih kan? Even dat time Cik Hani menang lucky draw, diorg punye photographer je yg tangkap gambar. Dat time Cik Hani pakai skirt labuh kaler grey + dress putih + shawl putih, sebab theme kaler putih. Ada friend of my friend ni, (also pnah jumpe Cik Hani kat skolah), sangat terkujat tgk penampilan Cik Hani coz mase jumpe kat skolah dia nampak Cik Hani rock sangat, tetibe mase hi-tea jadi ladies plak..kikiki~ Gile malu...keh3~

Next story : Hmm...perasan x sape minah budget cun yg jadik background blg Cik Hani ni? Minah budget cun tu Cik Hani la..AHAHAHA!!! Tu sebenarnye gambar mase photoshoot SWAP aritu...Kitorg photoshoot kat BB n ni la first time Cik Hani join photoshoot. Memang best gile sebab talent sume gile2~ Keh3~ Disebabkan Cik Hani tak buat header yg nampak terang2 setepek muke Cik Hani, nahh~ Cik Hani bubuh setepek sebesar2 alam muke Cik Hani jadik background blog Cik Hani..kikiki~ Sape yang sakit mate sbb tgk muke awek perasan ni, Cik Hani mintak ampun ek? Keh3~

Last story : Hmm..Cik Hani dalam perancangan nak sambung Master (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) kat UM. Please wish me luck and they accept my application. At the same time, doakan la Cik Hani punye scholarship pun senang nak approve sebab kalau x, sakit wehhh~ nak bayar yuran~ huhuhuhu~

::+:: pen off ::+::

Thursday, May 5, 2011

Siapa kata 'Couple' TAK BOLEH?

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couple lah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!


Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

http://syahirul.com/nikah-khitbah-tiket-untuk-bercouple/

hehehe~ sekadar berkongsi bahan bacaan~ Wallahu'alam \(^-^)/