PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, July 26, 2011

My preference

I prefer to fight, angry, laugh, and cry with my student rather than fight, angry, laugh, and cry because of your fake love. Lalalala~ ♥

Monday, July 25, 2011

Dyspraxia - What is it and how we can assist.

by Kits4Kids Foundation on Monday, July 25, 2011 at 1:18am
Developmental dyspraxia is surprisingly common in both children and adults. As a “hidden disability” it is not immediately obvious to onlookers that the child or adult who is affected has any special needs. Indeed, many will have been unfairly labelled as lazy, clumsy, forgetful, disorganised, disruptive and out of step with their peers.
What exactly is Dyspraxia?
Dyspraxia is an impairment or immaturity of the organisation of movement. It is a lifelong condition that can affect small and large muscle movements and generally results in a lack of body coordination and poor awareness of the body in space - hence lots of accidents, feelings of failure and low self-esteem.
Physical activities:
  • Hard to learn – the individual movements are hard if not impossible to coordinate and combine, particularly for complex activities which also involve travelling such as running, riding a bike or driving a car
  • Harder when the activity is out of sight, such as fastenings on the back of clothes or when using toilet tissue
  • Difficult to remember and generalise – this is why people with dyspraxia can appear to have learned a skill one day and forgotten it the next
  • Movements appear hesitant and awkward
  • Difficulty carrying out everyday activities that others take for granted, such as tying shoe laces or using a knife and fork
Communication:
  • Speech may be immature or unintelligible in the early years
  • Language may be impaired or late to develop
  • Verbal dyspraxia - for some children the primary difficulty is making and coordinating the precise movements necessary for the production of spoken language - this can occur in isolation or together with general motor coordination difficulties
  • Handwriting is often very challenging for people with dyspraxia
Organisation:
  • Difficulty planning and organising thoughts
  • Difficulty foreseeing problems and thinking through alternatives
  • Difficulty planning for and remembering personal and school activities
Social & Emotional:
  • Difficulty listening in group conversations
  • Difficulty understanding facial expressions and social norms with poor ability to pick up on non-verbal messages
  • Poor performance in activities that others enjoy, such as playing football or leaning to swim can isolate people with dyspraxia from their peers
  • Perception of self as ‘lazy, clumsy, naughty’ – this often results in low self-esteem and behavioural problems For some people, dyspraxia is not picked up early in childhood so they carry this “hidden” disability into adult life. Adults with dyspraxia may find themselves employed in jobs far below their capabilities and they may have ongoing problems with everyday tasks such as cooking and domestic chores.
How common is Dyspraxia?
Dyspraxia is thought to affect up to 6 percent of the UK population – many experience severe difficulties with everyday practical activities, social relationships and organising their thoughts, language and actions. As a result they can appear disorganized, lazy, clumsy and rude. Everyday tasks such as dressing, eating, toileting and writing are distressing and difficult and as a result children and adults with dyspraxia have consistently low self-image and self esteem.
People with dyspraxia feel they have failed at so many things, no matter how hard they try – in fact it is society which has failed them by taking so long to recognize their condition and to put into place social, medical and educational facilities to help them. And although dyspraxia can cause problems in the classroom, it’s no indication of academic ability and people with dyspraxia can be very bright.
How would I recognize a child with dyspraxia?
Early recognition of the symptoms of dyspraxia can make a big difference to the lives of children and those around them.
How can parents and teachers help children with Dyspraxia?
Early recognition enables the special educational and social needs of the child with dyspraxia to be identified, and there is much that can be done to help alleviate the distress of children who struggle with the condition. If you suspect your child has dyspraxia, talk to your GP and Health Visitor: they can refer your child to a paediatrician or a Child Development Centre. The appropriate psychologist, physiotherapist, speech and language therapist or occupational therapist can then assess your child for dyspraxia.
What about the future?
Although dyspraxia cannot be cured, symptoms in children and adults can lessen if they are given appropriate treatment and practical support to minimise the day- to- day difficulties that they experience. Awareness and understanding are key to taking away the stigma of dyspraxia, and a positive approach can help to boost self-esteem and to ensure that people affected by the condition can reach their full potential.

Saturday, July 23, 2011

Chocolate Ganache

Motif sangat kan tetiba nak post pasal coklat ganache kn? kikiki~ Cik Hani jumpa resipi ni kat discussion board facebook MyResipi posted by Haryana Liana
********************************
Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache. Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud ‘cushion’. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan.

Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air,susu cair (evaporated milk),susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa.Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:
1.Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2.Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3.Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4.Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Jika anda mahu topping atau glazing yang cair,anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal ,sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah,coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat.Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Bahan-bahan :
300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.


Bahan-bahan :Untuk ukuran loyang 9 inci atau 22 cm diameter

180 ml krim pekat/krim putar
230 gm coklat masakan, dicincang
2 s/b gm unsalted butter

Monday, July 18, 2011

................. (-________-") .................

Tipu lagi la ni~ (-________-")

Entry Milo Padat Maksima (tapi tak berapa padat la)

Assalamualaikum.

Hmm..last update ritu mase wordless wednesday yang lepas. Biasalah, weekend Cik Hani as usual, memang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang 'bermanfaat'. Ahahaha~

Lil' short update :

Khamis & Jumaat : Cik Hani tak hengat Cik Hani buat ape..Yang penting Cik Hani kerja macam biasa. Hehe~ Ohh...dah ingat, Jumaat malam jumpe one of my photog frenz, Syah a.k.a Kerusi Sepi n makan ayam golek kat pantai dalam. Yummy~ Jumpe sebab nak bagi tiket Urbanscape dia.

Sabtu : Pagi tu kat sekolah Cik Hani ada workshop from our internal Occupational Therapy (Rina). Malam tu plak Cik Hani pergi Urbanscape 2011. Oh..lupe plak nak bagitau. Cik Hani dapat 20 keping tiket Urbanscape FOC from my very gojez's roomate Hajar. Dia kan kerja kat TM..so senang2 je la dapat tiket free. Malam tu Cik Hani, Adik Cik Hani (Cik Bibu Chan) and My Baby pergilah Urbanscape tu. Nothing much to shared. Ok la event tu pada orang yang betul2 minat. Gambar pun Cik Hani tangkap sekeping je..ahaha~

Ahad : pergi kenduri kat umah Mak Chu kat Kerling. Makan durian, nasi, ikan masin (ikan masin? ahaha~ my feberet~) daging masak kicap, pisang, puding custard, buah-buahan, lagi ape ek menunye? lupe plak..ohhh~ ikan patin masak tempoyak from our best chef : MY DADDY~ lalala~ pastu malam gi date. Wahhh~ D.A.T.E? ahahaha~ masih berkabung lagi dah pergi date dengan orang len plak? Ahahahaha~ tu nanti lah Cik Hani cerita ek siapa empunya gerangan tuan hamba yang menemani beta pada malam ahad yang lepas..lalalala~

:: Lots of L.O.V.E ::

Sunday, July 10, 2011

Allah masih sayangkan kita.

Allah masih sayangkan kita
Kerana itu Dia titipkan dia untuk kita.
Gembira sebentar kemudian berakhir dengan tangisan.
Mungkin kerana dengan kehadiran dia, kita makin jauh daripada-Nya.

Allah masih sayangkan kita.
Kerana itu, Dia tunjukkan kepada kita tingkah laku sebenar dia.
Segala penipuannya dibentangkan di hadapan kita.
Hanya dengan itu, kita tidak tersilap langkah di kemudian hari.

Allah masih sayangkan kita.
Kerana itu Dia turunkan ujian dan kesedihan.
Kita menangis mencari kekuatan, memohon untuk diberikan ketabahan.
Oleh itu, Dia anugerahkan kita dengan ketenangan melalui doa yang kita pohon.

Allah masih sayangkan kita.
Andai tidak, Dia akan membiarkan kita terus hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara.
Kerana Allah masih sayangkan kitalah, diturunkan ujian untuk kita.

Allah masih sayangkan kita.
Allah masih sayangkan kita.
Percayalah.
Allah tidak akan turunkan ujian/dugaan/kesedihan kalau kita tak mampu nak tanggung.
Allah masih sayangkan kita.

Entry khas untuk Pemanipulasi hati wanita!

Benci kau, kau, dan kau!
Benci kau wahai si pemanipulasi hati wanita!
Bermanis mulut menabur janji.
Meniang angan memasak mimpi.

Bengang betul Cik Hani harini. ARGHHH!!! STRESS!!

Arini Cik Hani and lagi 2 orang housemates gi la kenduri abang roommate Cik Hani kat Ijok. So, dah sampai tu one of my housemate tanyalah pakwe dia datang ke tak. So dia jawab :

F : I dah tak nak hide anything, I dengan xxx tu dah takde pape dah. Dia dah kahwin last month!"

Kitorang semua like WHAT!! Memang terperanjat gile. 4 tahun kot diorang kapel. Memang bangka* betul mamat tu. Kitorang semua memendam perasaan je. My housemate (A) cakap dia rasa macam 2nd time heart broken again. My roommate plak (H) memang dah speechless gile. Cik Hani plak lagi sket je nak nanges.

Pastu kitorang start la makan ape semua sambil tu F citelah the whole case. Tak payah la Cik Hani explain kat sini sebab memang sakit hati gile dengan cite pasal mamat tu. Siap kelentong kata ada kursus segala bagai padahal gi kahwin siap tangkap gambar kat pantai dengan muka tak bersalah okay! Memang *&^%&*( la...Kitorang siap dah buat listing lagi..Memule gi Port Dickson belasah R (ex pakwe si F ni), pastu gi Kajang belasah A (ex pakwe si A ni) and then gi Melaka belasah si J (my ex pakwe).

Hadoi..Ape la nasib kitorang ni. My housemates and I semua mengalami nasib yang hampir sama. Memula si A ni yang kena. Tetibe je gaduh ke hapa ntah dengan pakwe dia, eh..ex pakwe dia A pastu terus break up. Rupenye si A ni dah ada awek lain. Menyirap gak la bila tau. Pastu Cik Hani plak melalui episod yang sama. My ex plak, Cik Hani baru je dapat tau dia dah bertunang. Mak aih...luluh hati, jantung, hempedu semua la. And then, F plak mengalami drama slot Akasia. F lagi kesian. Dah 4 tahun kapel kot. F ni plak memang jenis baik and setia (from my point of view la). Dia tabah sangat bila macam tak dapat contact ke, last minute cancel dating ke, dia memang strong la. Tapi last2 dapat tau R tu dah kahwin. Tu pun from blog adik R. Memang sedih sangat la. Padahal last week ke last 2 week tu diorang baru je jumpa. Memang sia* la mamat ni. Haish~

Ntah la...agaknya satu rumah Cik Hani ni kena mandi bunga la. Ahaha~

Semoga Allah mengurniakan kami ketabahan dan kekuatan untuk menempuh hari mendatang.
Semoga juga Allah menitipkan sesorang yang lebih baik, sudi menerima kami seadanya, dan mampu membimbing kami ke jalan-Nya.
Amin~

Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Cerita Gembira

Assalamualaikum.

Wahhh...semenjak kecewa ni, rajin plak Cik Hani menghupdate blog...keh3~
Takde la..sebenarnya sebab bulan June memang Cik Hani sibuk gile dengan macam2 event + masalah2 yang perlu diselesaikan. Kikiki~ Bulan June merupakan bulan kelahiran Cik Hani and sepatutnya mendatangkan kebahagiaan & kegembiraan but it turns up jadi bulan yang sangat mencabar dalam hidup Cik Hani. Ahaha~ Takpe..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Back to my story, last month Cik Hani dapat surprise from my best buddy. Gile BEST!!! Memule tu nak marah gak la sebab dia lupa birthday Cik Hani. Siap tanya Cik Hani "Eh, birthday ko minggu ni minggu depan ek?" time Cik Hani tepon dia. (-_____-") So, dia plan nak celebrate la birthday Cik Hani ari Jumaat nye tu.

So, malam tu Cik Hani amik la dia kat umah dia. Dia masuk je keta "Weh, gi opis aku jap. Ada barang aku tinggal la. Nanti nak buat keje." Cik Hani pun yoo oo je bawak la keta gi opis dia. Masa tengah drive tu jadik la dialog ni :

A : "Wehh..aku ingat nak belikan ko patung Cookie Monster tapi cam payah plak nak bawak naik motor."
CH : Takpelah..Sekarang ni orang nak Tamagotchi plak. Boleh? (sambil ketawa terkekeh-kekeh)
A : Amende tu? Ada jual kat mana?
CH : Ala..cyber pet la..kat Toys' R Us ade jual..Bayarkan separuh pun xpela..Nanti balance orang bayar..(sambil ketawa lagi)
A : Ngade la ko.
CH : Tau ke harga dia berapa? RM 89.90 tau.
A : .....(speechless..huhu~)

Bila dah sampai opis dia, Cik Hani tunggu je la dalam kereta. Tetiba dia datang balik bawak turun 1 kotak putih besar! Gile comel!! Excited ni terus bukak dalam kereta jugak. rupa-rupanya dia tempah ni untuk Cik Hani :


Ada 25 ketul (ketul?) cupcakes cookie monster ni. Wahaha!! Gile SUKE!!

Comel kan best buddy Cik Hani? So, malam tu kitorang kuar jalan2, gi karok & yang paling penting gi beli Tamagotchi! Wahaha!!! Suke! Suke! Suke! Ni la Tamatgotchi Cik Hani :

ahahaha~ seronok! seronok! seronok!

I Sayang U Lebih la FRENZ!
(^^,)

Pening Kepala Dengan C.I.N.T.A (Entry ini sangat panjang)

Assalamualaikum.

Geli tak baca tajuk entry ni? Ahahaha~ Yo yo oo je tajuk kan? Tapi memang betul pun. Pening kepala Cik Hani pasal cinta ni. Kalau ada yang pernah baca entry Cik Hani sebelum ni, rasanya korang dah tau kot yang orang yang Cik Hani sayang sebenarnya dah bertunang 3 tahun lepas but Cik Hani baru je dapat tahu 13.6.2011 ritu. So now, Cik Hani tengah dalam mode kecewa la ni. Huhuhu~

However, ada sorang guy (S) ni, Cik Hani rapat gitu2 je la. Masalahnya, baru 4 hari kenal dah ajak kahwin. Gile ke hape? Dia tak tau lagi perangai kepala batu + samseng kampung dusun Cik Hani ni. Nak dijadikan cerita, satu hari tu kitorang gaduh besar. On the next day, dia nak balas dendam, dia nak malukan balik Cik Hani depan kawan2 dia. Masa tu plak Cik Hani baru lepas nangis sebab berperang dingin gak dengan Mr. J. Orang dah la memang tengah sedih & stress. Cik Hani ni plak, nanges kejap je pun mata dah bengkak & merah macam dah nangis berjam2. Malam tu pun kitorang jumpa la. Tetiba dia nak ungkit balik pasal kitorang gaduh besar ritu tu. Cik Hani ngamuk la, pastu mula dia cakap yang bukan2 pasal Cik Hani. Dia siap cakap kalau Cik Hani wat perangai camni, sampai ke tua Cik Hani tak kahwin. Like do I care? Hello, my jodoh is not in your hand la dude. Pastu dia siap cakap dia nak kahwin so pasni jangan ganggu dia lagi. WTF!!! Dia yang start sms Cik Hani segala bagai, pastu dia nak cakap konon2 Cik Hani yang kacau hidup dia. Please la jantan. Desperate sangat nak malukan I ke sampai nak make up cite camtu? Dia ingat Cik Hani akan merayu2 jangan tinggalkan Cik Hani ke? Ohh please~ I'm not that type of lady. In fact, kita takde pape hubungan pun. Cik Hani bengang, Cik Hani terus blah daripada kedai tu. Terus tepon baby Cik Hani (uu...ade baby tau~).

On the other side, previously, kitorang pernah la kuar tengok wayang dengan kawan2 dia sekali. Tengok cite KL Gangster. After the night yang Cik Hani ngamuk kat kedai makan tu, a few days after dat, one of his friends (A) yang pernah kuar sekali masa tengok wayang tu called Cik Hani. Cik Hani agak terkujat la. Tapi Cik Hani anggap biasa2 je la since kenal so anggap cam kawan je la. Time tu, si S dah tak contact Cik Hani. Sekali tu kunci kereta Cik Hani hilang (dalam rumah..choyy sangat kan?) So diz guy (A), tolong hantar and amik Cik Hani from The Summits since malam tu Cik Hani dah janji dengan member2 lain untuk tgk Transformer. As reward, next round Cik Hani tengok Transformer again dengan dia plak. Nak dijadikan cerita, mamat ni (A) pegi cerita dengan (S) yang dia keluar tengok wayang dengan Cik Hani. So si S ni cam bengang la. Terus telefon Cik Hani nak ajak keluar tengok Transformer 3D plak. Hadoi..Pasal benda kecik camni pun nak gaduh2 bengang2. Padahal bukannya ada papa pun. Cik Hani pun pelik la dengan si S ni. Padahal dulu dia yang beria sangat nak malukan Cik Hani depan kawan2 dia. Pastu siap pesan jangan ganggu dia lagi. Now, bila Cik Hani keluar dengan kawan dia, dia nak bengang plak. Padahal 2 2 Cik Hani anggap as kawan biasa je.

Hadoiyai..kalau muka I ni cantik cam Lisa SuriHANI ke, sopan cam Gadis Melayu Rina Salleh ke, xpela jugak. Ni dengan perangai cam samseng kampung dusun ni pun terpaksa mengharungi drama slot akasia ni. PENING!

Monday, July 4, 2011

What Goes Around Comes Around

Someday you'll cry for me like I cried for you.
Someday you'll need me like I needed you.
Someday you'll miss me like I missed you.
Someday you'll love me but I won't love you. Anymore. (^^,)Y

Sunday, July 3, 2011

Rasa Mahu Menangis~

Congratz to Aini for your engagement. Sekarang ni Cik Hani tengah bertungkus lumus nak siapkan hand made wedding card utk dia. Ohohoho~


Sekitar majlis pertunangan Aini :

- Majlis yang saaaangat simple. Tak payah susah2 nak pikir and buat berdulang-dulang barang hantaran segala bagai.
- Pihak lelaki 1 dulang (cincin + duit). Pihak perempuan 3 dulang (kek, buah, & coklat). Hantaran Aini pun Cik Hani yang gubah sesikit & modify from her sis punye kotak hantaran. Sempoi gila. (sorry tak dapat nak tunjukkan bukti..excited sampai lupe tangkap gambar..ahaha~)
- Aini pakai baju kakak dia, shawl from my collection, make up by me. Tu pun jenuh paksa dia pakai fake eyelashes tapi dia tak nak. Ohohoho~
- Rancangan asal, pihak lelaki datang 1 kereta sahaja but end up dengan 4 biji kereta. Kui3~
- Asalnya tak nak buat kenduri besar2 pun but agains, its end up dengan 1 khemah, nasi jagung, ayam masak merah, soto ayam, tembikai, cheese & chocolate cakes, kenduri doa selamat lepas maghrib & majlis pertunangan lepas isya'.

tak payah cakap banyak, tgk gambar2 ni...

tak berkenan sangat gambar ni sebab muka Cik Hani cam berlagak gile...Dah la pakai shawl tak iron..adess~ (-____-")

santek kan... (^^,)

Aini & Her Fiancee

I wish her happiness forever~

One happy family at home.

**credit to photographer..err..Timmy ape ke nama dia ek..adesss~ takpela..nanti tanya Aini balik..kikiki~


Date of Engagement : 25 June 2011
Date of Wedding (InsyaAllah) : 01 October 2011

p/s : ape kaitan dgn tajuk entry ni? macam xde kaitan je...kikiki~

Kini Aku Sudah Bersedia

Assalamualaikum..

Fuhh..fuhh...tiup dulu habuk2 yang ada kat blog ni..Cian dia..huhu~
Biasalah, dengan sibuk yang memanjang cam autobots yang menjaga keamanan dunia, camtu jugak la Cik Hani bz dalam bulan Jun ni. Memang macam2 hal yang terjadi, tapi tak sempat and tak sedia untuk share dengan semua orang.. (^^,)

Cik Hani sekarang dah memegang status single kembali. Huhuhu~ Dah lama kitorang 'kawan' tapi on 13.06.2011 baru Cik Hani dapat tahu dia dah bertunang 3 years ago and he supposed to get married 2 years ago. Hancur berderai kot hati. Sampai Cik Hani tak tau nak bagi respons cam mane. Dah seminggu Cik Hani dapat tahu berita tu barulah Cik Hani rasa betul2 sedih and kecewa. Barulah terfikir nak menangis. Huhu~

Tapi Alhamdulillah. Allah masih sayang Cik Hani. Ramai kawan-kawan Cik Hani yang memberi sokongan. Entahlah. Mungkin Cik Hani belum cukup baik untuk dia kot. (^^,) Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Penyayang. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Special thanx to my frenz Khai & Ejal, yang sudi back up sampai nak belasah si dia siap bagi pilihan nak suh belasah dengan kayu ke parang. Huhu~ Thanx to Aini gak yang sudi mendengar & memberi sokongan.

[CASE CLOSED]

************************************************