PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, July 10, 2011

Allah masih sayangkan kita.

Allah masih sayangkan kita
Kerana itu Dia titipkan dia untuk kita.
Gembira sebentar kemudian berakhir dengan tangisan.
Mungkin kerana dengan kehadiran dia, kita makin jauh daripada-Nya.

Allah masih sayangkan kita.
Kerana itu, Dia tunjukkan kepada kita tingkah laku sebenar dia.
Segala penipuannya dibentangkan di hadapan kita.
Hanya dengan itu, kita tidak tersilap langkah di kemudian hari.

Allah masih sayangkan kita.
Kerana itu Dia turunkan ujian dan kesedihan.
Kita menangis mencari kekuatan, memohon untuk diberikan ketabahan.
Oleh itu, Dia anugerahkan kita dengan ketenangan melalui doa yang kita pohon.

Allah masih sayangkan kita.
Andai tidak, Dia akan membiarkan kita terus hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara.
Kerana Allah masih sayangkan kitalah, diturunkan ujian untuk kita.

Allah masih sayangkan kita.
Allah masih sayangkan kita.
Percayalah.
Allah tidak akan turunkan ujian/dugaan/kesedihan kalau kita tak mampu nak tanggung.
Allah masih sayangkan kita.

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

yang penting diri kena kuat hadapi dugaan-Nya

Hani Si Blogger Picisan said...

yesszaa... (^^,)
thanx GKSB~

KizZ said...

Woow...Kata-kata yang penuh makna dan emosi....And yes,ALLAH masih sayangkan kita.

Hani Si Blogger Picisan said...

kizz : huhu~ thanx~ yup, Allah masih sayangkan kita. Dia turunkan bahagia pada Kizz by sending someone who truly love u. n Dia turunkan someone who cheat on me so dat I won't forget Him. hihi~