PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, August 31, 2011

Entry Bercampur Baur~

Assalamualaikum..

Huuuuihhh~ Lame gak tak hupdate blog ni..Bukan taknak tapi x sempat...Kalau tetibe ade mood or story nak cerita tapi time tu musti xde laptop la, takde internet la kan.....Kalau la ade Blackberry Playbook ke, Motorola Xoom ke, Samsung Galaxy Tab yang baru ke kan, musti hupdate blog hari2 kan? Kikikiki~ (Motifff sangat kan?)

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUAAAAAA UMMAT ISLAM DI DUNIA NI!!!!!
(walaupun bukannye satu dunia baca blog ni..keh3~)

Hari ni patut jadi hari yang paling gembira & best moments untuk semua ummat Islam sebab hari ni kan hari raya. Tapi hari ni jadi hari yang menyedihkan untuk Ummi. Kesian ummi. Hmmm...Pagi2 raya Ummi dah menangis..Sampai bengkak2 mata Ummi..Takpe la..Nak explain kat sini macam tak patut plak sebab tu semua masalah family. Apa yang penting Yong doakan Ummi tabah. Ummi jangan risau sebab Ayah, Adik, Chah, & Yong akan selalu sokong Ummi. (^^,)Y

credit to my awesome lil sis as our photographer

Friday, August 19, 2011

Bila Kecewa....

Assalamualaikum...

Agak lama gak Cik ani tak update blog ni...Tadi Rina dah suruh Cik Hani update blog dah..Ahahaha~ Ade jgak orang baca blog picisan ni kan? Kikiki~ Ingat nak update pasal lelaki playboy pakai kereta persona tapi cam x sempat je sebab jap lagi Cik Hani ade PIC Dinner Meeting kat Flying Chilli's Mid Valley..So sorry Rina...Tak sempat je nak update entry tu sebab gambar tu panjang la nak edit...hak3~

So, kita update entry pasal hati, cinta, & kasih sayang dulu ye...Wahaha~ Sila tampar saya laju2~ Kikiki~ OK..Hari ape ek aritu Cik Hani gi blogwalking kat 1 blog ni...Cik Hani lama dah follow blog dia sebab dia ni sempoi sket cam Azie Azra tapi dia ni versi x pakai tudung la..(Tapi rasenye macam Azie Azra lagi 'kurang' kot...wahaha~ jangan marah Azie). Slumber hadap je dia punye entry n awek ni sangat sempoi. Belajar kat oversea. So, yang buat Cik Hani touching tu dia boleh gigih nak baca entry Cik Hani yang dulu2 & tanya pasal Mr. J (sewel ke hape Cik Hani ni pasal komen pun nak touching kan? kikiki~). Padahal dia x kenal pun Cik Hani. Thanx la Fiki sebab sudi singgah & baca blog picisan lagi mengarut ni...keh3~

Bila baca balik entry2 + komen yang ade kat entry2 sebelum ni, Cik Hani rasa macam disayangiiiiiiiiii sangat...(perasan~ sila muntah dalam toilet~ ahaha~). Siyes, even orang yang kita tak kenal pun cam Gadis Kampung Separa Bandar & Fiki pun boleh bagi semangat pada kita. Kawan2 kita yang sanggup bagi pilihan nak belasah si dia dengan kayu ke parang, ummi/mak/ibu/mama yang sudi mendengar kesedihan kita & memberi nasihat yang dapat merawat luka kita tu..Kita sedar x? Masih ramai yang sayangkan kita. Percayalah. Bila Allah tarik seseorang yang kita sayang, dia akan gantikan dengan seseorang yang lebih baik daripada yang kita sayang. Percaya je dengan janji Dia sebab Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Buka mata buka hati buka minda. Kita akan sedar betapa ramai lagi insan2 yang sayang dengan kita. Kenangan lalu tu lepaskan je. Perit memang perit. Memang x mudah untuk buang semua kenangan tu tapi tak mustahil kn? So chill la~ (^^,)

Thursday, August 11, 2011

HARAM? [UPDATED]

Assalamualaikum..

kenapa kalau malay, muslim girl, bertudung pulak tu, jalan pegang2 tangan dengan boyfie dia yg juga malay n muslim, orang dah x amik kesah pun. semua wat slumber je. tapi kalau da same girl jalan pegang tangan dengan lelaki non-muslim, ianya jadi isu besar yang perlu dikutuk? padahal kan memang jelas kedua-dua situasi tu adalah haram? (-_____-")

************************

Cik Hani tulis macam ni sebab aritu Cik Hani pergi Giant..Ada 2 orang mamat depan Cik Hani + 2 free hair malay girl ni dok jalan2 depan Cik Hani pastu Cik Hani diorang ni dok kutuk2 pasal satu kapel ni. Cik Hani xtau la diorang nampak kat mana tapi diorang kutuk sebab awek tu malay muslim pakai tudung, but her boyfie is non-muslim..maybe chinese kot, ke mat saleh ke, ntah. Macam2 gak la diorang kutuk couple tu..Tapi yang wat Cik Hani bengkek tu, diorang pun jalan2 pegang tangan gak..Pastu ade je kapel malay, lalu depan diorang jalan slumber pegang2 tangan, xde plak kutuk2? Apesal? Kalau kapel sesama malay muslim bleh pegang tangan ke? Kalau dengan non-muslim x boleh pegang tangan la? Otak letak kat lutut agaknya diorang ni. Kan sama je dua-dua tu hukumnya haram. Adessss~ pelik betul! (-_____-")

Panggilan Yang Mengejutkan

Assalamualaikum..

Lame gak tak update blog ni.. Sejak hati dah mula berbunga-bunga balik.. Wahhh~ Statement tak boleh blah...motif sangat kan? Sila jangan percaya~ kikiki~ Dalam kepala hotak ni berlambak dah entry yang terpaksa di pending kan..Ahaha~ Dasar pemalas, ade je alasan ek? Kikiki~ Even Cik Hani still hutang entry LELAKI PLAYBOY MEMANG SUKA PAKAI KERETA PERSONA KE? dengan my frenz (Rina)..Sorry la darling, bz la...keh3~ (^^,) SOOoooo....entry kali ni agak geli geli menyampah jugaklah pada sape2 yang tak suka baca entry pasal chenta-chenta ni. So kalau tak suke, sila la klik [x] kat atas tu yea.. (^^,)

Back to the main point, semalam tetiba Cik Hani menerima panggilan telefon (apesal skema sangat ayat ni?). Disebabkan Cik Hani wat mode silent, so dah 4 kali called barulah Cik Hani perasan. Masa tu tengah mamai-mamai lagi ni..Rupe-rupenye Mr. J yang called. Memang terus terduduk la masa tu..Ingatkan mimpi..Percayalah cakap Cik Hani, mamat ni kalau dia telefon kira macam keramat sangat la..Sebab jangan cakap nak called, nak angkat called pun kengkadang payah gile..Dia cakap sebab dia busy sangat... (-____-") Sebenarnya dah lama Cik Hani tak telefon or sms Mr. J..Previously, even Cik Hani dah tahu dia dah bertunang, Cik Hani still contact and sms macam dulu but kurang sket la...Tapi pas Cik Hani balik kampung ritu, memang pastu dah takde contact dia langsung dah. Maybe dia rasa pelik kot sebab tu dia telefon. Cik Hani agak pelik la sebab boleh plak dia topup n called Cik Hani sedangkan dulu nak suh dia topup ni kena membebel 7 hari 7 malam..tu pun belom tentu dia topup. (-____-")

Kitorang pun sembang2 je la macam biasa, dia kat Langkawi sekarang sebab ada kursus and ari Khamis (arini la~) baru balik Melaka balik tapi dia balik naik flight so dia akan turun kat KLIA. Dia cakap ingatkan nak amik cuti so dat boleh luangkan masa dengan Cik Hani. Sumpah memang terkejut badak dengar dia nak buat camtu. Ada plak la effort nak jumpa sedangkan sebelum ni memang agak sengsara gak la nak set kan date nak jumpa. (-____-") So,terjadilah dialog2 berikut :

Me : Nak turun KL? ok je, hari Sabtu ni saya dengan adik2 nak gi beli baju raya. Kalau jadi turun KL boleh ikut sekali.
Him : Dengan adik2? Seganlah.
Me : (-___-") nak segan apanya? adik dah taulah awak dah bertunang.
Him : Haa?? asal bagitau adik?
Me : Laa...dah dia tanya pasal saya dengan awak, saya explain la. Ummi pun tau la pasal awak dah bertunang ni.
Him : Haa?? Laa...ummi pun tau jugak? Apesal bagitau ummi?
Me : Awak ingat saya cukup kuatkan nak hadapi semua ni sorang2?
Him : Abislah nanti semua orang ingat saya jahat.
Me : Laa...ape masalahnya..Biarkan je la..
Him : Ntahlah, diorang semua tak paham situasi saya. Diorang semua tak tahu kenapa saya bertunang.
Me : Macam mana orang nak faham situasi awak, awak langsung tak nak kongsi.

Afta bersembang2 bla bla bla, dia dah nak letak lah..Dat time ekceli Cik Hani sembang dengan dia dalam tone suara yang biasa je. Takdelah gedik2 macam dulu (wahahaha!!). Dia still cakap love you, miss you what-so-ever..Masa tu fon Cik Hani tetibe off. Pas Cik Hani on kan balik, Cik Hani sms la :

Sori fon tetibe off..take care..

then dia reply :
Xpe,ypntg awk tau Sy sygkn awk.mmuah!slmt btugas k.lju jgk kredit.jauh agkny.y pntg hepi dpt tpn awk.tq

Hmm...pelik kan..Ntah lah..Maybe dia dah rasa yang dia akan kehilangan Cik Hani kot, or maybe dia still hoping yang Cik Hani akan tunggu dia macam dulu. Hmm..ntah la.. 80-90% Cik Hani sebenarnya dah sedia untuk lepaskan dia pergi. Yes.. I need to move on. Cik Hani dah penat menunggu dan terus berharap pada dia lagi.

Monday, August 1, 2011

Kedai Online Gile Kentang

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada SELURUH UMMAT ISLAM di dunia ni (walaupun korang x baca blog Cik Hani ni..miahaha~)

Pada sape2 yang xtau, 26.11.2011 ni InsyaAllah Cik Hani akan join satu fashion show ni. Yang menjadi masalahnya Cik Hani kena cari kasut lebih kurang 5 - 6 inci. Paling cabuk pun heels tu mesti 4.5 inci. Menganga gak la bila diorang request kasut cenggitu. Mane la Cik Hani pakai kasut cenggitu. Wedges banyak la. Sebab tu la jalan macam samseng sebab asyik pakai kasut yang stabil je. haish~ (-____-")

SOoo, adik Cik Hani pun bagilah satu link kedai online ni. Bila bukak site dia, terus rambang mata. Betulllll....banyakkkkk gileeee kasut2 dia. Murah plak tu.. Kira standard la harga dia. Kedai dia ni konsep pre-order. Cik Hani baru tengok album kasut je dah rambang mata. Kalau tengok album yang lain harus berbuih-buih kot mulut ni.. Ahahaha~

Yang bagusnya pasal kedai ni, dia siap ada post satu entry pasal kasut pig skin lining (betul ke ayat tu? miahaha~) Bestttt tengok kedai dia...Cik Hani ingat memang nak rembat 1 (padahal nak 2, 3, 4, 5 pasang kasut) dari kedai tu...wahaha~

Adesss~ nak pilih mana satu ni? Youuuu...belanja I kasut ni 2 bulih? hak3~

sila lah klik ye...kat side bar blog ni pun ada...lalala~ <3