PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, October 25, 2011

Ni baru entry Cik Hani yang bukan COPY & PASTE~

Assalamualaikum...

Ok la FINE! Kali ni Cik Hani buat entry yang sebetul-betulnya entry. (kikiki~) To be honest, entry copy paste yang paling latest tu (cerpen) Cik Hani pun x abes baca lagi...(pukk~ ketok kepala sindri~)

******************************************

Semalam merupakan hari yang paling stress buat Cik Hani. Cik Hani on leave semalam so nak settle kan la semua urusan2 rasmi yang membabitkan pejabat kerajaan ni..Sebab Cik Hani dah beli rumah, so banyaklah yang kena sign kat Pejabat Tanah la, nak uruskan KWSP la...haishh~ memang penat. Plak tu nak kena balik KL aritu jugak sebab esoknya (harini la tu) Cik Hani kerja. So, dengan yakinnya, Cik Hani pun pergilah Imigresen dulu sebab nak buat passport. Dah semangat ni dengan isi borang siap, bubuh gambar sekali dgn copy of IC. Sampai je borang tu kat tangan pegawai tu, dengan muka macam menghadapi masalah negara, terus dia cakap kat partner dia "Dia lahir kat Sabah." (dat time muke dia memang cam masalah besar sangat la). Pastu :

Kakak pegawai : Mak orang mana?
Cik Hani : Perak.
Kakak pegawai : Ada bawa sijil kelahiran?
Cik Hani : Takde. Tinggal kat KL (-____-") [sambil cakap dalam hati : mana ada orang bawak surat beranak gi jalan2]
Kakak Pegawai : Okay, nanti bawak sijil kelahiran ori dgn fotostat, IC mak ori dgn fotostat, pastu baru kita boleh proceed.
Cik Hani : IC mak?
Kakak pegawai : Ha'ah sebab mak orang Perak kan?

(Lokasi kejadian : Imigresen Manjung, Perak)

Masa tu boleh chill lagi, ingatkan nak report je sijil tu dah hilang sebab ummi kata sekarang ni sijil kelahiran dah boleh siap satu hari, tak payah angkat sumpah cam dulu. So, yoo yoo oo la pegi Jabatan Pendaftaran (Manjung) sebab konon2 nak dapatkan birth cert arini jugak kan. Sampai sana :


Cik Hani : Kak, saya nak buat balik birth cert saya sebab dah hilang, boleh siap harini x?
Kakak kaunter : Depends, ada yang siap harini, ada yang amik masa 2 minggu (sambil tangan ambil borang kaler hijau putih)
Cik Hani : Ok. Hmm...Saya lahir kat Sabah.
**terus kakak tu tengok Cik Hani and said ....**
Kakak kaunter : Kejap ek. Minta IC.
** a few minute after**
Kakak kaunter : (sambil bagi borang fotostat) Nanti beli wang pos RM5, pakai pos express, pos kat alamat ni (sambil bagi kertas kecil), nanti diorang akan sent balik birth cert tu ke sini nanti adik amik kat Manjung la.
Cik Hani : (-____-") memang x boleh dapat harini ke?
Kakak kaunter : memang kompom lebih dari 2 minggu sebab data tu takde kat Malaysia, eh. takde kat semenanjung malaysia.
Cik Hani : (-____-")

Dah kalut-kalut settle kan sume urusan2 pejabat tu, Cik Hani pun cepat2 beli tiket ETS dari Batu Gajah ke KL Sentral. Yang bengangnya, ngam2 Cik Hani sampai kul 6.25pm, dan2 tu ETS tu jalan. Memang bengkek sungguh la sebab takkan diorang tak check bilangan passenger yang naik dari situ. Kan diorang pakai sistem online. Selebihnya, cam mane Cik Hani balik KL Cik Hani malas nak cite since Cik Hani dah penat n bengang sangat.. (-____-")

*****************************************

Untuk entry kali ni, Cik Hani nak say Thank You to Red Tea Blog yang sudi singgah and komen entry Cik Hani (walaupun entry tu entry copy paste je..huhu~). Thanx sebab sudi singgah and sudi bubuh blog Cik Hani yang picisan ni kat blog roll kat your side bar (betul ke orang panggil tu blog roll ek? keh3~). Gile terharu, blog yang picisan ni pun ade jugak yang sanggup nak follow & bubuh link kat blog list diorang. Ade sesape lagi ke yang bubuh link blog Cik Hani kat blog korang? Cer bagitau~ Cer bagitau~ Boleh la Cik Hani gi melawat-lawat.. (^^,)Y

No comments: