PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, November 28, 2011

Redha

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..

Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..

Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
by Khairul Anwar Rosnan II

Wednesday, November 23, 2011

Aku HARUS...

Aku harus KETAWA terus untuk LUPA KAMU.
Tapi, aku TIDAK BERJAYA.

Aku harus MAKAN terus untuk LUPA KAMU.
Tapi, aku TIADA SELERA.

Aku harus TIDUR terus untuk LUPA KAMU.
Tapi, jikalau aku 'TIDUR' TERUS?

Aku harus SIBUK terus untuk LUPA KAMU.
Berjaya! Hanya untuk 30 minit.

Aku harus NANGIS terus untuk LUPA KAMU.
Seperti empangan pecah pula bila TANGISAN TIDAK MAHU BERHENTI.

Aku harus DOA terus untuk LUPA KAMU.
YA ALLAH, KAU YANG MENURUNKAN DUKA, MAKA KAU JUGALAH SELAYAK & SEMAMPUNYA MENCABUT KEDUKAAN DI HATIKU INI.

Ya. Aku harus BERHENTI INGAT KAMU terus untuk LUPA KAMU.
Aku MESTI.

wordless wednesday [B R O K E N]



Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

(mode : unpredictable)
(status : penat dengan semua ni)
(reason : you)
(hope : no more tears)

Tuesday, November 22, 2011

Bola & Parking

Assalamualaikum..

SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA UNTUK MALAYSIA!!
HURRAY!!!! MALAYSIA MENANG SEMALAM!!!!

Semalam dengan semangatnya konon nak tengok la final bola sepak Malaysia lawan Indonesia. Sambil tu nak jemur kain sekali [sewel...ade ke tengok bola sambil jemur kain (-___-")]. Baru jemur bape helai baju, tetiba Indonesia dah gol. APEKAH? Lepas tu, disebabkan takut terlepas waktu2 genting, Cik Hani sanggup menyangkung depan tv tu. Punyalah lama Cik Hani tunggu, dah la tengok sorang2 je...Member umah ni xde semangat kesukanan langsung..Ade ke dia bantai tengok cerita Korea kat laptop. Sampai la minit ke 35, Malaysia GOL! Wahahaha~ Steady je gol tu. Pastu cepat2 jemur baju, pastu terus baring depan tv. Asakan demi asakan antara 2 pihak ni. Memang suspen gila. Tetiba gelap. Cik Hani tertidur rupenye masa dah nak abis bola tu. Time tu rasanya minit yang dah nak ujung2 je sebelum masa tambahan.

So Cik Hani pun bangun, tutup tv and gi mandi. Time mandi dengar lagi diorang jerit gol. Bayangkan, gila kuat diorang jerit. So Cik Hani tau kompom Malaysia gol lagi ni. Budget 2 - 1 je la. Dengan semangatnya senyum n gi tidur sebab budget bola dah abes. Sekali tadi pagi Cik Hani dengar Malysia menang 4 - 3. Wahhhhh!!! Sikit punye lebar Cik Hani senyum sepanjang drive gi kerja tadi. Kikiki~ Tahniah Malaysia!

*************************************************

Hmmm...SoOo...Ape kaitan dengan parking plak? Korang nak tau tak tempat kerja baru Cik Hani sekarang ni tetiap hari kena bayar parking. Masa 2 minggu pertama Cik Hani parking, Cik Hani tak pernah bayar sesen pun. So, Academic Head tegur la dia cakap kang kena saman kang. Cik Hani ketawa je la. Lek-lek on the day itself Cik Hani kena saman. HAMPEH. So now, hari2 Cik Hani kena spare at least rm2.50 untuk parking. tu pun x cukup sebenarnya. Haishh~ Mau kopak duit aku hari2 bayar parking je. (-_____-") Dulu masa kat Bangsar relax je parking tepi jalan. Now....... (=_______=")

Monday, November 21, 2011

Apekah?

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Hari Isnin Yang Biru (Monday Blues)..Keh3~ Cik Hani kena kerja semalam so takdelah biru sangat hari ni..wahahaha~

Btw, seperti yang diketahui umum (budget orang nak tau sangat la cite pasal ko ni Hani?) Cik Hani dengan jayanya telah memegang status single. Hal ini disebabkan oleh keluarga dia yang menentang hubungan kami (terasa seperti membuat teks pidato Bahasa Melayu..keh3~). So, di kala hati masih dibalut kedukaan, muncullah seorang mamat ni (jumpa kat tempat kerja baru ni lah). Memula okay je..Mamat ni agak berani sebab pas sembang a few minutes, dia pas kertas pada Cik Hani kata ada someone bagi pesanan but ekceli dia tulis no. hp dia. Memule Cik Hani buat bodoh je tapi pastu dia datang balik suh miss call. Cik Hani pun kol la. Pastu start la sms. Tapi makin lama Cik Hani sms nampak dia ni jenis yang agak memaksa. Dia ada tendency untuk jadi seorang yang agak bossy in my life. WTF? Kau baru je kenal aku kot. (-____-") memang la sebelum ni Cik Hani pernah la terserempak dengan dia & kawan2 dia, tap xdela Cik Hani nak gedik2 pergi tegur diorang dulu ke hapa kan. Setakat senyum2 je la. Mamat ni boleh plak wat luahan perasaan thru sms. Dia kata dia dah lama suke kat Cik Hani. Pas a few sms Cik Hani dah tak reply, dia kata Cik Hani sombong. OK FOOINEEE~So, Cik Hani explain la yang Cik Hani masih tak stabil dari segi emosi. When the time reach, I will sms him by myself. I thought he will be understand la my situation. Then he reply, ok. I understand. BUT, less than 1 hour afta dat, dia sms balik, awak ada masalah ke? ADOIII mamat ni~ Cik Hani kan dah cakap yang Cik Hani takde mood nak keep replying his sms. Sabar je la. Ni tadi dia tanya lagi harini kerja ke x...Sorry la dude, I AM SOOOOO NOT IN MOOD TO KEEP REPLYING YOUR SMS.

Sunday, November 20, 2011

Kisah cinta aku?

Sayang,
Walau kau kucinta untuk selamanya,
Kita tidak bisa berdua bersama,
Dan jika kau kasih jangan tanya mengapa,
Kerna hatiku merana dan ku jua duka.

Berakhirlah kisah cinta yang terlarang,
Kita cuma manusia hanya bisa merancang,
Sebak di dada masih terasa hingga kini,
Untuk dia kunyanyikan lagu ini.
(isabella - joe flizzow & amy search)


All Cried Out (T-T)

[Allure]
All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying
But the rain will hide my crying, crying, crying
And you
Don't you know my tears will burn the pillow
Set this place on fire
'Cause I'm tired of your lie
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear me cry
(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure,
My heart never knew such pain
(And you) You leave me so confused
Now I'm all cried out, over you.

[112]
Cryin' over you, yeah

Never wanted to see things your way,
Had to go astray
For why was I such a fool (Why was I such a fool)
Now I see that the grass is greener
Is it too late for me to find my way home,
How could I be so wrong?

[Allure]
Leaving me all alone
Don't you know my tears will cause an inferno
Romance up in flames,
Why should I take the blame?
You were the one who left me neglected (I'm so sorry baby)
Apology not accepted
Add me to the broken hearts you've collected
(I) I gave you all of me (Gave you all of me)
How was I to know,
You would weaken so easily
(I) I don't know what to do (I don't know what to do)
Now I'm all cried out (All cried out)
Over you

(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure,
My heart never knew such pain
And you

[112]
You left me so confused

[Allure]
Now I'm all cried out
Now I'm all cried out
Over you

Friday, November 18, 2011

Aku Putus Cinta?

Saya akan senyum supaya awak fikir saya sedang bahagia, saya akan ketawa supaya kamu tak nampak saya menangis, saya akan meninggalkan kamu dalam keadaan paling bergaya walaupun ia membunuh saya, saya akan senyum. (ahsfantasy24)

P/S : Ayat2 putus cinta dia sangat kencang dengan penerangan yang sentap~ (^^,)Y

Wednesday, November 16, 2011

Aku Maafkan Kamu

Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


BUAT KAMU :

Aku cuma mahu kamu tahu yang AKU SUDAH MAAFKAN KAMU.

Tiada apa lagi yang tinggal antara kita melainkan KENANGAN.

ENTRY BEST!!! (updated)

Ni la antara entry2 menarik yang Cik Hani baca harini..Suke3~ Entry Diorang BESTTTT~



Last but not least, paling menusuk ke qolbu Cik Hani, entry luahan hati paling latest dari Cik Tea kita..
Red Tea: Sekali Aku Sayang: Sekali aku sayang... Selamanya aku akan sayang... Aku pelik.. eh takdelah pelik sangat... Aku tidak pernah putus hubungan dengan cara tak...

Diorang sangattttttt sempoi time menulis...kikiki~

Monday, November 14, 2011

Entry Padat Maksima (dalam mode kecewa)

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni. Minta maaf sangat2 sebab banyak hal yang terjadi dalam waktu yang singkat ni...Memule nak cerita pasal yang happy2 dlu (walaupun story ni dah basi).

Entry 1 :
Cik Hani dengan selamatnya telah bertukar jawatan daripada seorang Cikgu Pendidikan Khas kepada Cik Pensyarah..Keh3~ Baru nak masuk 3 minggu kerja dah berlagak! (kate Cik Hani kepada dirinya sendiri). Tapi honestly, Cik Hani lagi suke tempat kerja yang lama. Walaupun hari2 terpaksa 'berperang' dengan bebudak tu. However, student kat tempat kerja baru Cik Hani ni, ingatkan Cik Hani ni junior diorang. Nampak sangatlah Cik Hani ni terlalu kudut & sengal2 ubi. Takde tokoh nak jadi lecturer langsung..kikiki~ Anyway, wish me luck untuk menempuh alam pekerjaan yang baru ni.

Entry 2 :
Cik Hani pegi Singapore..Miahaha~ (gile berlagak padahal gi Singapoe je..(-___-"))
Yang buatkan Cik Hani rasa bangga sangat tu sebab Cik Hani memang bermasalah gila nak buat passport juz sebab Cik Hani lahir kat Sabah..Apekah? Kata 1 Malaysia.Heh~ Cik Hani bertolak ke Johor naik bas, hari jumaat malam, n kazen Cik Hani yang amik kat Larkin and hantarkan pegi Tropical Inn..(btul ke nama hotel tu?). Sampai kat hotel dah dekat pukul 3 - 4am.Gile sejuk hotel tu..Dah la dalam bas tu rase macam duduk kat dalam peti ais..Ni even kat depan pintu bilik hotel pun dah beku. Pastu call Kak Poii ni dia tak angkat..adesss~ dah sejuk bedi dah ni. Last2 call Elle. Nasib baik Elle angkat, kalau x memang tidur la depan pintu bilik tu. Basically, even kena tunggu dalam keadaan yang sejuk beku dalam tempoh yang agak lama, trip ni memang enjoy GILE!! BTW, lupe nak bagitau ekceli ni trip untuk Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC). Biasalah, Cik Hani kan hardcore abg RAM..keh3~

Entry 3 :
Tanggal 11.11.11, tatkala orang lain sebok nak kawen time tu, one of my BEST uncle telah pergi menghadap Ilahi dalam usia yang sangat muda and tidak kami jangka. SEDIH SANGAT2...Dia disahkan kena viral infection, juz right after hw came back from Germany. Dia seorang yang sangat funny, friendly, & easy going. Allahyarham Cik Yem telah meninggalkan 4 orang anak perempuan yang masih kecil dalam jagaan ibunya (a.k.a my aunty la..). Sedih sangat2. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN~ Al-Fatihah~

Entry 4 :
KHAS UNTUK KAU (walaupun aku tahu kau tak baca!)
Juz go away from my life.
Stop pretending. Stop making excuses.
I am strong enough
and I don't need your fake attention, fake sympathy, FAKE LOVE!.
Enough! I am juz too tired to stand with you anymore!
STUP*D BIG LIAR!

Sunday, November 6, 2011

Kesian budak ni (T-T)

WELLINGTON, New Zealand (AP) — A 3-year-old girl comforted herself with her favorite toy and ate cheese, leftover lasagna and milk for two days after her mother died unexpectedly in their New Zealand home.

The girl's uncle, Pete Silbery, told The Associated Press on Friday that Shylah Silbery managed to open the fridge and comfort herself with a teddy bear named "Possum" after Lauren Silbery, 28, died.

The family last spoke to Lauren Silbery on Oct. 19, he said. Two days later, they were worried enough to call a friend who lived near her Wellington home. The friend could see the girl inside the home, but not the mother, prompting the family to call police, Pete Silbery said.

Police coaxed Shylah to drag a coffee table to the door so she could reach the lock and unlock the door, before she told them, "Mummy won't wake up," Silbery said.

"I can only imagine her in there for that long, trying to wake Mum up as well," he said.

Shylah spent several days in a hospital recovering from dehydration and diaper rash.

"She's doing OK now. She's still bubbly," he said. "When we lowered the coffin into the grave at the cemetery, though, she pointed at it and said 'Mummy's in there.' It was pretty heartbreaking."

Authorities are awaiting the results of an autopsy but don't believe Lauren Silbery's death was suspicious, Wellington police spokesman Victoria Davis said.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday (terlewat)

Khas Buat K.A.M.U

Khas Buat Kamu ; Kesayanganku.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.

Hatiku lompong dan kosong.
Tiada lagi gelak tawamu,
Tiada lagi sendu tangismu,
Tiada lagi tingkah nakalmu.

Tiada lagi riang,
Tiada lagi marah,
Tiada lagi jeritan,
Tiada lagi sahutan.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.

Tiada lagi dia,
Tiada lagi mereka,
Tiada lagi kamu,
Tiada lagi keluargaku.

Aku rindu t-shirt dan jeansku.
Aku rindu menu tengahariku.
Aku rindu kelas dan kolam renangku.
Aku rindu mereka dan kamu.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.
Aku kehilangan KAMU.

Tuesday, November 1, 2011

Rahsia Adik-Beradik (COPY & PASTE - FACEBOOK)

RAHSIA PERANGAI ANAK =)

♥ Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

... Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.