PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, November 22, 2011

Bola & Parking

Assalamualaikum..

SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA UNTUK MALAYSIA!!
HURRAY!!!! MALAYSIA MENANG SEMALAM!!!!

Semalam dengan semangatnya konon nak tengok la final bola sepak Malaysia lawan Indonesia. Sambil tu nak jemur kain sekali [sewel...ade ke tengok bola sambil jemur kain (-___-")]. Baru jemur bape helai baju, tetiba Indonesia dah gol. APEKAH? Lepas tu, disebabkan takut terlepas waktu2 genting, Cik Hani sanggup menyangkung depan tv tu. Punyalah lama Cik Hani tunggu, dah la tengok sorang2 je...Member umah ni xde semangat kesukanan langsung..Ade ke dia bantai tengok cerita Korea kat laptop. Sampai la minit ke 35, Malaysia GOL! Wahahaha~ Steady je gol tu. Pastu cepat2 jemur baju, pastu terus baring depan tv. Asakan demi asakan antara 2 pihak ni. Memang suspen gila. Tetiba gelap. Cik Hani tertidur rupenye masa dah nak abis bola tu. Time tu rasanya minit yang dah nak ujung2 je sebelum masa tambahan.

So Cik Hani pun bangun, tutup tv and gi mandi. Time mandi dengar lagi diorang jerit gol. Bayangkan, gila kuat diorang jerit. So Cik Hani tau kompom Malaysia gol lagi ni. Budget 2 - 1 je la. Dengan semangatnya senyum n gi tidur sebab budget bola dah abes. Sekali tadi pagi Cik Hani dengar Malysia menang 4 - 3. Wahhhhh!!! Sikit punye lebar Cik Hani senyum sepanjang drive gi kerja tadi. Kikiki~ Tahniah Malaysia!

*************************************************

Hmmm...SoOo...Ape kaitan dengan parking plak? Korang nak tau tak tempat kerja baru Cik Hani sekarang ni tetiap hari kena bayar parking. Masa 2 minggu pertama Cik Hani parking, Cik Hani tak pernah bayar sesen pun. So, Academic Head tegur la dia cakap kang kena saman kang. Cik Hani ketawa je la. Lek-lek on the day itself Cik Hani kena saman. HAMPEH. So now, hari2 Cik Hani kena spare at least rm2.50 untuk parking. tu pun x cukup sebenarnya. Haishh~ Mau kopak duit aku hari2 bayar parking je. (-_____-") Dulu masa kat Bangsar relax je parking tepi jalan. Now....... (=_______=")

No comments: