PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, November 2, 2011

Khas Buat K.A.M.U

Khas Buat Kamu ; Kesayanganku.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.

Hatiku lompong dan kosong.
Tiada lagi gelak tawamu,
Tiada lagi sendu tangismu,
Tiada lagi tingkah nakalmu.

Tiada lagi riang,
Tiada lagi marah,
Tiada lagi jeritan,
Tiada lagi sahutan.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.

Tiada lagi dia,
Tiada lagi mereka,
Tiada lagi kamu,
Tiada lagi keluargaku.

Aku rindu t-shirt dan jeansku.
Aku rindu menu tengahariku.
Aku rindu kelas dan kolam renangku.
Aku rindu mereka dan kamu.

Aku mahu kamu tahu,
Bahawa aku kini terasa sangat kehilangan.
Aku kehilangan KAMU.

No comments: