PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, February 21, 2012

Bila kita harus mengalah.

Assalamualaikum..

Maaf..dah lama sangat Cik Hani x jengah blog ni...Sian dia..By the way, as my description for my blog, sila maafkan owner blog ni yang tengah kemaruk buat entry kecewa..huhu..

Ada masanya kita harus mengalah dengan ketentuan. Sekuat mana kita cuba melawan tapi bila Allah kata Kun Fayakun, kita tetap tak mampu nak melawan ketentuan Dia.

Ya, kadang kala kita perlu melawan untuk mempertahankan hak kita. Tapi sejauh mana kita yakin yang Allah dah tetapkan itu hak kita? Kalau bukan?

Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah ayat 216).

Memang susah nak lepaskan orang yang kita sayang. Susah. Orang akan cakap sabar, sabar, dan sabar. Tapi bukan senang kita nak sabar dan terima hakikat yang dia bukan untuk kita.

ALLAH itu Maha Mengetahui. ALLAH itu Maha Mengasihani. Kadang kala diturunkan ujian yang kita fikir kita dah tak mampu nak tanggung. Tapi tanpa kita sedar, Dia dah titipkan kekuatan dan kesabaran dalam hati kita. Kita cuma perlu redha.

Mungkin dia bukan jodoh kita di dunia. Tapi siapa tahu dia sebenarnya jodoh kita di syurga. Tak guna simpan kemarahan dan dendam tu. Bila kita berjaya buang semua tu, maafkan kesalahan mereka dan nilai semula juga kesalahan dan kekurangan kita, kita akan sedar dan rasa lebih lega. Macam mana kita nak bahagia dan hargai sesuatu perhubungan tu kalau hubungan kita dengan Dia pun masih rapuh?

Cik Hani bukanlah orang yang baik dan mungkin juga x layak untuk memberi nasihat secara mendalam berkaitan dengan agama. Tapi ini sekadar nukikan dan peringatan untuk Cik Hani sendiri supaya Cik Hani redha dan melepaskan sesuatu yang mungkin bukan hak Cik Hani.

Semoga ALLAH akan kirimkan sesorang yang benar2 sesuai dengan Cik Hani Kalau tidak di dunia biarlah di akhirat sana nanti. (^^,)

No comments: