PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, March 18, 2012

Entry Padat Maksima untuk tahun ini.

Assalamualaikum.

Haish~ lama gile Cik Hani tak update blog ni. Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak dan menjak2 yang seterusnya, Cik Hani SAAAAAAAAAAAAAAANGAT busy & exhausted. Memang tak sempat nak update blog ni. Jengah memang la tiap2 hari jengah, tapi nak update tu yang xde kekuatan & semangat~ (alasan lapuk~ cheit~). Siap ada student Cik Hani yang suh update blog ni. Haip~ mana korang jumpe blog ni ha? Kantoi la nanti. Dah x boleh nak tulis jiwa2 kat sini. Dear Nizam (Special Education Teacher in Kits4Kids). Kau pun sama, mana kau jumpe blog aku ni ha? Adoi... (- -") Kot iye pun korang baca, jangan la bagitau, malu aii...keh3~


1. Update pertama.
Okay..kita mulakan dengan update yang pertama. November 2011 aritu Cik Hani accident. Masa tu baru balik dari Ipoh sebab pergi celebrate birthday my cousin. Dipendekkan cerita, lagi lebih kurang 2 km nak sampai rumah, Cik Hani accident langgar tiang telekom, tiang tercabut and Cik Hani seret tiang tu sekali masuk dalam parit. Kereta dah ALMOST total lost (sian ViVA merah. Sampai sekarang kat bengkel x siap2. I MISH U). Gear box dia pecah x salah. Gile sedih. Cik Hani plak hair line fractured & dislocated kat pergelangan tangan kiri sebab terhentak kat stereng. Masa kena tu, memang menggeletar badan, time tu tangan kiri terus bengkak on the spot and jari telunjuk tu terus bengkak kaler biru maybe sebab salur darah pun bengkak sekali masa tu. Lepas buat report polis (dah la pak cik polis tu taip report macam nak buat pop corn, satu satu dia taip.), Cik Hani balik rumah dulu, tidur, pagi esoknya baru gi hospital. Time tu tengah cuti umum sebab replacement Awal Muaharam, so terus pergi emergency unit, xray tangan, pastu diorang simen tangan Cik Hani. Nurse tu cakap, pas 2 minggu datang balik, nanti dia xray, kalau retak lagi diorang simen pebuh. Memang tak datang balik la cite nye. Wahahaha~ So balik dengan baju hospital sebab nurse suh tukar baju tadi. Terus Cik Hani dengan Ummi Cik Hani balik umah opah. Turun2 dari kereta siap ketawa2 depan Opah n Mak Cik siap kelentong kata lari dari hospital. Keh3~ Sangat tak senonoh. (- -")

2. Update kedua.
Entry ni nak cerita pasal kawan2 kerja kat tempat baru Cik Hani ni.

i. Na'imah
Ntah betul ke x eja nama dia. Na'imah ni librarian. Garang woo dengan student2 SRI College ni. Dia ni kaki jiwa2 gak la. SUKEEE GILLLLEEEEE ketawa. Pastu bile ketawa, kitorang yang risau takut semput. Adoiyai~ Nai'mah ni plak, kalau tengok movie ke hape, dia yang jadi director n back up sound effect. wahahah~

ii. Safwan
Dia ni Cik Hani panggil dia adik tiri Cik Hani. Sebab Cik Hani garang macam kakak kiri dengan dia. Wahaha. Sebelum ni dia ada la pasangan dia lagi sorang. Zul. Tapi mamat tu dah benti and now kerja kat UM. Zul dengan Safwan ni kategori baik sket la. Sengal2 ubi tapi baik la sket kalau nak di compare kan dengan pasangan Gay sejati tu. Pasal pasangan Gay tu nanti Cik Hani cerita k.

iii. Ilham & Fahmie.
Diorang ni muda lagi dari Cik Hani (aww~ terasa aii ni tua.) tapi sebab macam pendiam sket so diorang ni nampak baik & matured la. Diorang ni dok satu umah sewa dengan si Safwan ni. Ilham pandai masak. Dia masak fish cake pun sedap okayyy~ But, sorry girls, he is taken. wahaha~ Fahmie ni plak, nama dia Firdaus tapi panggil Fahmie. Kikiki~ Tu sume pasal atuk n bapa dia. kui3~ Diorang ni kategori pasangan yang baik. Pasangan? errr...maksudnye kire macam kawan baik la sebab selalu berdua n diorang ni susah gak nak dengar kalau nak merapu tak tentu pasal or even mencarut. Baik okayy.. By the way, I think Fahmie single lagi. But ada potensi. Ahahaha~

iv. Wan & Zizi.
Ni sumpah pasangan gay sejati yang paling sengal Cik Hani penah jumpe k. Diorang ni memang pantang. Pantang berjumpe. Pastu bergabung la masing2 dengan otak yang senget plus meraban tak tentu hala. Banyak kali gak la Cik Hani ngamuk dengan diorang especially dengan si Zizi. Actually nama dia Azizan tapi Cik Hani and Na'imah panggil dia Zizi (sebab masa memule tanya nama dia suh panggil zizi). Wan ni plak, mase memule jumpe, sumpah baik. Diam pastu tak banyak cakap. RUPENYE. HUH~ SENGAL! Bayangkanlah, diorang dua orang ni boleh buat gaya sawan kat depan2 orang masa gi lepak kat Restoran Pelita. Dah la kitorang duduk area tengah2. Siap suh minum nescafe tarik and keluarkan buih2 tu time nak buat2 sawan tu. Apekah. (- -")
By the way, diorang ni bukanlah betul2 gay. Masing2 dah ade awek pun. Cuma diorang ni rapat & sengal. So Cik Hani panggil la pasangan gay sejati.

v. Kumar
Kumar ni lecturer English. Opkos la speaking English cair. Tapi dia lagi suke cakap melayu dengan kitorang. Awek dia Cina. Dia ni kategori berkecuali kat SRI College tu. Dia x minat nak join2 politik office ni. Bagus Kumar! Wahaha~ Dia ni peminat setia Sudirman, Alleycat, Search, Sweet Charity jugak rasenye. Banyak gak la dia minat artis2 rock kapak melayu dulu kala ni. Awesome kan? India minat rock kapak melayu. Kikiki~ Tapi dia tak minat Raja Lawak and yang seangkatan dengannya. Hehe.

Tu la sebahagian dari dunia Cik Hani sekarang. Ada lagi sorang, Puan. Dia ni Academic Head Cik Hani so tak payah la cerita. Kang orang ingat Cik Hani nak bodek dia. huhuhu~

3. Update ketiga
Cik Hani kalau tak buat entry kecewa jiwa jiwa tu bukan Cik Hani namanya. Unless blog ni kena hacked. Miahahaha~ Biasalah, emotionally unpredictable & unstable.

Bila mana aku harus melepaskan kau pergi.
Ya. Aku tahu kenyataan itu.
Aku tahu kenyataan yang kita tak mungkin bersama.
Tapi masih ada cinta yang tersisa di hati.
Bagaimana harus ku melepaskan kau pergi.

Orang berkata :
sabarlah.
tiada jodoh lagi. sabar.
doakan jodoh yang terbaik. sabar je lah.
Ya. Aku tahu apa itu sabar.
Aku tahu itu.
Tapi kamu tahu apa yang aku rasa?
Tidak bukan?
Jadi diam sahaja.

Lebih baik kamu doakan aku supaya jiwaku pulih semula.
Pulih seperti dahulu di kala aku tersenyum seikhlas hatiku.
Pulih seperti dahulu di kala aku tertawa sesungguh hatiku.
Walau aku tahu memujuk hatiku sendiri,
Walau hatiku tahu untuk merawat lukanya sendiri,
Aku masih perlukan masa.
Aku masih perlukan doa.
Sabar & tabahlah wahai hati.

2 comments:

Azreen Azreena said...

hani..suke yg phrase bawah tuh...nk emo jugak....!!

Hani Si Blogger Picisan said...

Ahahaha¬ thanx..banyak lagi entry emo yg mengarut2 kat past entry...keh3¬