PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, April 20, 2012

Saya bukan kucing.

Assalamualaikum..

WHOooooaaaAAAA~ CANTEK NYE BLOG Cik Hani! Wahahahaha!!! Puji blog sendiri..Keh3~
Meriah kan kaler baru blog Cik Hani. Ntah dah berjaman dah gune muke sendiri (yang perasan cantik tu) as layout.. Sekali tadi tetibe rase boring so terus tukar layout walaupun time oficce hours~ Wahahaha!! Suke! Suke! Suke! Siap edit header segala bagai..hak3~ Sape yang terbute mata dia sebab kaler blog ni bagitau Cik Hani ni tau.

Maafkan saya!

Nota Kaki Tangan Perut & Mulut : Walaupun blog ni color dia ceria, tapi hati Cik Hani hanya ALLAH yang tahu.... (..*)Y

Ini Kucing Bukan Batman.

Assalamualaikum...

Hmm..xtau nak tulis hape arini~ Awal2 tahun hari tu berazam nak update blog hari2. Tapi azam dah jadi angan2 je..wahaha~ Disebabkan Cik Hani dah siapkan exam paper untuk bebudak ni, inilah hasilnya bila Cik Hani mule main conteng2..wahaha~


Wednesday, April 18, 2012

PTPTipu? PTPTN?

Assalamualaikum.

Sana-sini sibuk orang update pasal isu pemansuhan PTPTN. Haish~ (--"). Cik Hani sokong tak bantah pun tak. Cik Hani bukanlah anti kerajaan mahupun penyokong kuat kerajaan. Cik Hani lebih kepada badan berkecuali. Ahakz~ Tetapi apa yang Cik Hani karutkan ni lebih kepada pendapat sendiri. Tak puas hati or tak setuju, anda boleh klik [x] kat sebelah atas kanan anda. (..*) Bukan berlagak tapi kan dah bagitau ini sekadar PENDAPAT PERIBADI Cik Hani. By the way, Cik Hani juga merupakan salah seorang daripada beratus ribu peminjam PTPTN.

Okay~ Kita mulakan dengan macam mana Cik Hani boleh pinjam PTPTN ni. Keluarga CIk Hani bukanlah asal dari keluarga yang senang. Allah turunkan ujian ke atas keluarga Cik Hani dan Dia ambil semula apa yang Dia pernah bagi kepada kami dulu (kekayaan, kesenangan). Waktu tu, keluarga Cik Hani memang takde saving langsung. Memang susah. Cik Hani pulak dapat tawaran sambung belajar kat Sabah. Bukan murah harga tiket flight. (--"). Atas usaha parents Cik Hani, dapatlah jugak pergi ke Sabah. (THANX UMMI & AYAH). Masa tu memang takde option lain melainkan PTPTN. Cik Hani tahu interest dia memang tinggi (masa tu 3%) tapi sebab dah terdesak, ambil je la. Kalau tak memang x dapat la nak belajar kat situ. Uhuhuhu~ Cik Hani nak minta biasiswa Anak Perak tak dapat sebab ummi je orang Perak and kitorang baru dalam 4 tahun kot duduk Perak masa tu. Nak minta biasiswa Anak Johor lagi la x dapat sebab duduk Johor pun berapa tahun je even ayah Cik Hani orang Johor. Disebabkan Cik Hani lahir kat Sabah so nak try la mintak biasiswa Yayasan Sabah sebab sebelum ni kalau anak-anak tentera (even Semenanjung) yang lahir kat Sabah boleh dapat bisiswa tu. But, too bad, tahun tu diorang dah tutup dah regulation tu. So, last choice, PTPTN la.

Masa tu Cik Hani dapat dalam RM3500.00 1 semester. RM1500.00 tu yuran yang selebihnya untuk belanja. But, Cik Hani akan bagi ummi Cik Hani dalam +- RM1000.00 every semester untuk dia pakai. Yelah. Itu bukan duit kita. Duit tu untuk belanja time belajar. So, Cik Hani bagi je la pada ummi. Nanti dah hujung2 sem dah tak cukup duit baru mintak..Wahaha~ SOoo...CIk Hani sangat TAK faham pada student2 yang boleh melaram dengan duit PTPTN. Tak rasa bersalah ke? Cik Hani guna duit PTPTN tu sekali je utk beli laptop je. Pastu memang bagi Ummi je. Ohohoho~

Bila Cik Hani dah kerja. Gaji Cik Hani kecik je. Memang cukup2 makan je. Masa tu Cik Hani check, start Cik Hani praktikal lagi diorang dah cas dalam RM50.00 sebulan. adess~ Cik Hani cuma mampu bayar RM50.00 sekali je sebab Cik Hani betul2 sempit. Duit gaji ngam2 je dengan bayar rumah segala bagai n bagi ummi. Cik Hani anak sulung and semua perempuan. So Cik Hani bertanggung jawab untuk tolong family. Sedih kan. Bukan Cik Hani tak sedar yang makin lama hutang tu makin bertimbun...Uhuhuhu~ Naseb badan~


*********************************************

SOOooo..kalau nak tanya pendapat. Pada Cik Hani, PTPTN TAK WAJAR DIHAPUSKAN. 
BERAPA KELUARGA MELAYU YANG ADA SIMPANAN SENDIRI UNTUK ANAK-ANAK SAMBUNG BELAJAR? 
BERAPA RAMAI KELUARGA MELAYU YANG ADA MASALAH KEWANGAN TAPI ANAK-ANAK TERINGIN NAK SAMBUNG BELAJAR? 
BERAPA KELUARGA MELAYU YANG MAMPU HANTAR ANAK-ANAK BELAJAR KAT UNIVERSITI (IPTA/IPTS) GUNA 100% DUIT SENDIRI?

Boleh kira dengan jari kot. Kita kena sedar kalau PTPTN tu takde, memang confirm ramai anak Melayu yang terkandas nak sambung belajar. Cik Hani tak setuju kalau nak mansuhkan PTPTN. SANGAT TIDAK SETUJU. Tapi kalau nak mansuhkan kos pentadbiran, kiranya kita bayar berapa banyak yang kita pinjam, itu CIK HANI SANGAT SETUJU. 
INSTEAD OF MANSUHKAN PTPTN, BETTER MANSUHKAN KOS PENTADBIRAN SAHAJA. 

(..*)Y  SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tuesday, April 17, 2012

AKu Benci Kamu

AKU BENCI KAMU!!!!!!!

andainya aku mampu berdiri di hadapan kamu.
andainya aku punya keberanian untuk berkata sebegitu,
andainya aku dapat luahkan ucapan itu kepada kamu,

tapi,
aku tak mampu.
aku tak kuat
kerana sebenarnya

AKU SANGAT SAYANG KAMU!!!!

walau kamu sering tinggalkan aku
walau kamu asyik sibuk dengan urusan rasmimu
walau kamu jarang menghubungiku
walau kamu sukar mengucapkan sayang & rindu
kamu tetap Bintang Hatiku

Saturday, April 14, 2012

i should STOP trusting YOU

1st stage -
 I trust u. U lied. Busted. I give u chance. 

2nd stage - 
I still trust u 70%. U lied again. Busted. I am angry. I give u another chance. 

3rd stage - 
I trust u 40%. Again u lied. Busted. My heart broke. I still give u another chance. 

 4th stage - 
I trust u 20%. Yet u still lied. Busted. I am speechless and totally in pain. And again, I still give u another chance. 

 Perhaps I should learn to stop trusting and giving u another chance. (..*)

Thursday, April 12, 2012

MASTERCHEF MALAYSIA 2

Assalamualaikum..

Dah lama gila Cik Hani tak update pasal masak-memasak ni kan... 
(Budget Masterchef Malaysia la ni..kui3~)
Okay...harini Cik Hani nak kongsi resipi baru.
Biasalah resipi bujang Cik Hani biasanya menggunakan bahan2 yang sangat mudah.
Resipinya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UDANG MASAK SAMBAL SARDIN

 

BAHAN-BAHAN :
UDANG
SARDIN (TIN KECIL)
CILI BOH / CILI GILING
* CILI PADI
* BAWANG MERAH
* BAWANG PUTIH
* HALIA


CARA-CARA MEMASAK :
 1) Bersihkan udang.
(Cik Hani xtau bape gram sebab Cik Hani beli pakai piring je kat pasar malam kerinchi tu..wahahaha~)

2) Potong bahan2 yang bertanda *.

3) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * dan cili boh sehingga naik bau.

4) Masukkan sardin, masukkan sedikit air.

5) Potong sardin tu jadi ketulan kecil (jangan sampai hancur sebab nak tumis agak lama).

6) Kacau sampai sebati sampai ikan dia jadi lembut dan agak likat

7) Masukkan udang.

8) Gaul sampai sebati (biasanya time ni sardin tu dah jadi macam sambal dah..ohohoho~)

9) Hidangkan.


***************************************

Simple kan resipi ni. Mudah, sedap, dan ringkas.

SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, April 10, 2012

Pasrah. Belum Redha.

Assalamualaikum.

Cik Hani telah bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Mungkin belum cukup kuat.
Tapi InshaAllah mampu untuk berdiri.
Memang tiada harapan lagi untuk meneruskan semua ni.
Cik Hani pasrah.
Belum sampai tahap redha.
Kerana bak kata Lisa Surihani
Redha itu ikhlas
Pasrah itu menyerah
Ya..Cik Hani menyerah.
Masa untuk lepaskan kau pergi.
Pergilah.
 

Giveaway Paling Hebat Di Alam Semesta

Assalamualaikum

Ohhooohoiy~ Punye la lama Cik Hani tak join mana2 contest and giveaway. Tetibe terjebak nak join giveaway ni sebabbbbb........owner blog yang baik hati ni.........nak bagi..............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 ALBUM MAHER ZAIN YANG TERBARU!!

GILE AWESOME!!!!

MAKANYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG BUDIMAN,
MARILAH SERTAI GIVEAWAY INI.

eqbalzack.com Fan Page Celebration Giveaway 

 

Thanx to Cik Gadis Kampung Separa Bandar.

Friday, April 6, 2012

C.E.L.A.R.U

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Hani rasa celaru sikit. Nak buat kerja pun malas. Macam-macam perasaan bercampur baur kat dalam hati ni. Ntah la. Tak tau macam mana nak describe. Nak share dalam blog ni pun dah rasa payah sebab few of my friends even my students pun follow blog ni. Macam x best plak bile diorang tau apa yang Cik Hani rasa. Adess~ Korang punye pasal la ni. Kalau x Cik Hani bodoh2 jujur je tulis apa yang Cik Hani rasa tau~ Ceit~ Salah kan korang pulak kan? Wahaha~ Tapi betul hape..kot iye pun korang follow blog ni, x payah la bagitau aii...malu aii tau~ (Dush~ sepak diri sendiri. wahaha~)

Rasa marah ada.
Rasa sedih ada.
Rasa bengang pun ada.

Tak tahu mahu mula dari mana.
Tak tahu.
Betul-betul tidak tahu.

Benci dengan semua perasaan ni.
Benci dengan pasrah.
Benci dengan menyerah.
Tapi terpaksa akur dengan redha.

Sabar.