PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Thursday, April 12, 2012

MASTERCHEF MALAYSIA 2

Assalamualaikum..

Dah lama gila Cik Hani tak update pasal masak-memasak ni kan... 
(Budget Masterchef Malaysia la ni..kui3~)
Okay...harini Cik Hani nak kongsi resipi baru.
Biasalah resipi bujang Cik Hani biasanya menggunakan bahan2 yang sangat mudah.
Resipinya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UDANG MASAK SAMBAL SARDIN

 

BAHAN-BAHAN :
UDANG
SARDIN (TIN KECIL)
CILI BOH / CILI GILING
* CILI PADI
* BAWANG MERAH
* BAWANG PUTIH
* HALIA


CARA-CARA MEMASAK :
 1) Bersihkan udang.
(Cik Hani xtau bape gram sebab Cik Hani beli pakai piring je kat pasar malam kerinchi tu..wahahaha~)

2) Potong bahan2 yang bertanda *.

3) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * dan cili boh sehingga naik bau.

4) Masukkan sardin, masukkan sedikit air.

5) Potong sardin tu jadi ketulan kecil (jangan sampai hancur sebab nak tumis agak lama).

6) Kacau sampai sebati sampai ikan dia jadi lembut dan agak likat

7) Masukkan udang.

8) Gaul sampai sebati (biasanya time ni sardin tu dah jadi macam sambal dah..ohohoho~)

9) Hidangkan.


***************************************

Simple kan resipi ni. Mudah, sedap, dan ringkas.

SELAMAT MENCUBA.

No comments: