PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, April 18, 2012

PTPTipu? PTPTN?

Assalamualaikum.

Sana-sini sibuk orang update pasal isu pemansuhan PTPTN. Haish~ (--"). Cik Hani sokong tak bantah pun tak. Cik Hani bukanlah anti kerajaan mahupun penyokong kuat kerajaan. Cik Hani lebih kepada badan berkecuali. Ahakz~ Tetapi apa yang Cik Hani karutkan ni lebih kepada pendapat sendiri. Tak puas hati or tak setuju, anda boleh klik [x] kat sebelah atas kanan anda. (..*) Bukan berlagak tapi kan dah bagitau ini sekadar PENDAPAT PERIBADI Cik Hani. By the way, Cik Hani juga merupakan salah seorang daripada beratus ribu peminjam PTPTN.

Okay~ Kita mulakan dengan macam mana Cik Hani boleh pinjam PTPTN ni. Keluarga CIk Hani bukanlah asal dari keluarga yang senang. Allah turunkan ujian ke atas keluarga Cik Hani dan Dia ambil semula apa yang Dia pernah bagi kepada kami dulu (kekayaan, kesenangan). Waktu tu, keluarga Cik Hani memang takde saving langsung. Memang susah. Cik Hani pulak dapat tawaran sambung belajar kat Sabah. Bukan murah harga tiket flight. (--"). Atas usaha parents Cik Hani, dapatlah jugak pergi ke Sabah. (THANX UMMI & AYAH). Masa tu memang takde option lain melainkan PTPTN. Cik Hani tahu interest dia memang tinggi (masa tu 3%) tapi sebab dah terdesak, ambil je la. Kalau tak memang x dapat la nak belajar kat situ. Uhuhuhu~ Cik Hani nak minta biasiswa Anak Perak tak dapat sebab ummi je orang Perak and kitorang baru dalam 4 tahun kot duduk Perak masa tu. Nak minta biasiswa Anak Johor lagi la x dapat sebab duduk Johor pun berapa tahun je even ayah Cik Hani orang Johor. Disebabkan Cik Hani lahir kat Sabah so nak try la mintak biasiswa Yayasan Sabah sebab sebelum ni kalau anak-anak tentera (even Semenanjung) yang lahir kat Sabah boleh dapat bisiswa tu. But, too bad, tahun tu diorang dah tutup dah regulation tu. So, last choice, PTPTN la.

Masa tu Cik Hani dapat dalam RM3500.00 1 semester. RM1500.00 tu yuran yang selebihnya untuk belanja. But, Cik Hani akan bagi ummi Cik Hani dalam +- RM1000.00 every semester untuk dia pakai. Yelah. Itu bukan duit kita. Duit tu untuk belanja time belajar. So, Cik Hani bagi je la pada ummi. Nanti dah hujung2 sem dah tak cukup duit baru mintak..Wahaha~ SOoo...CIk Hani sangat TAK faham pada student2 yang boleh melaram dengan duit PTPTN. Tak rasa bersalah ke? Cik Hani guna duit PTPTN tu sekali je utk beli laptop je. Pastu memang bagi Ummi je. Ohohoho~

Bila Cik Hani dah kerja. Gaji Cik Hani kecik je. Memang cukup2 makan je. Masa tu Cik Hani check, start Cik Hani praktikal lagi diorang dah cas dalam RM50.00 sebulan. adess~ Cik Hani cuma mampu bayar RM50.00 sekali je sebab Cik Hani betul2 sempit. Duit gaji ngam2 je dengan bayar rumah segala bagai n bagi ummi. Cik Hani anak sulung and semua perempuan. So Cik Hani bertanggung jawab untuk tolong family. Sedih kan. Bukan Cik Hani tak sedar yang makin lama hutang tu makin bertimbun...Uhuhuhu~ Naseb badan~


*********************************************

SOOooo..kalau nak tanya pendapat. Pada Cik Hani, PTPTN TAK WAJAR DIHAPUSKAN. 
BERAPA KELUARGA MELAYU YANG ADA SIMPANAN SENDIRI UNTUK ANAK-ANAK SAMBUNG BELAJAR? 
BERAPA RAMAI KELUARGA MELAYU YANG ADA MASALAH KEWANGAN TAPI ANAK-ANAK TERINGIN NAK SAMBUNG BELAJAR? 
BERAPA KELUARGA MELAYU YANG MAMPU HANTAR ANAK-ANAK BELAJAR KAT UNIVERSITI (IPTA/IPTS) GUNA 100% DUIT SENDIRI?

Boleh kira dengan jari kot. Kita kena sedar kalau PTPTN tu takde, memang confirm ramai anak Melayu yang terkandas nak sambung belajar. Cik Hani tak setuju kalau nak mansuhkan PTPTN. SANGAT TIDAK SETUJU. Tapi kalau nak mansuhkan kos pentadbiran, kiranya kita bayar berapa banyak yang kita pinjam, itu CIK HANI SANGAT SETUJU. 
INSTEAD OF MANSUHKAN PTPTN, BETTER MANSUHKAN KOS PENTADBIRAN SAHAJA. 

(..*)Y  SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments: