PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Thursday, May 31, 2012

Cerita mengarut di KLIA

Assalamualaikum.

Tadi pagi Cik Hani masuk kerja lambat sebab Cik Hani hantar ummi ke KLIA. Punyelah semangat Cik Hani keluar rumah pukul 3.30am, meng-hangkut bersama Ejal my best buddy ke KLIA. Sanggup tu pergi Putrajaya amik mamat tu dulu. Dah nak sampai KLIA dalam pukul 4.30am, telefon handphone Ummi, tapi Ummi tak angkat. Telefon adik, dia angkat. Tapi dengan suara baru bangun tidur. Apekah? (-  -") Rupanya diorang nak gerak dari rumah makcik (di Sungai Buluh) lepas subuh. Ceit!! Rasa bersalah plak dengan Ejal sebab gerak dia pagi2 buta. Nasib baik dia ok. SORRY EJAL~

So, kitorang decide untuk sambung tidur dalam kereta. Disebabkan Ejal panjang. Err..tinggi and comel, so dia tak boleh la nak baring dengan selesa. Setelah tukar posisi 2, 3 kali, Cik Hani suruh dia baring je kat seat belakang. Kan senang. Tapi still dia kena lipat kaki dia..ehehe~ Cik Hani susah nak lelap sebab tertunggu-tunggu diorang sampai. Last-last bila dah nyenyak, boleh pulak polis tu ketuk tingkap suh parking kat tempat lain. (-  -") Cik Hani pergi parking kat bay for taxi driver kat departure hall..Ehehehe~ So, setelah tawaf KLIA tu dalam 2 kali, Cik Hani park kereta kat exit parking Block C n sambung tidur. Ejal memang x sedar hape dah.

Dalam pukul 7.55am camtu, sms adik tanya current location. Diorang baru je sampai rupenya. Start enjin, terus drive and park balik kat bay teksi tapi kali ni park hujung sket. Siap bubuh no. telefon kalau2 polis tu baik hati nak call dulu sebelum saman. Wahahaha~ Bila masuk, menggagau gak la cari Ummi. Bila sampai, Ejal telah menjadi tumpuan. Boleh pulak kazen2 yang lain ingat he is my boyfriend. Apekah~ (-  -") One of my kazen, yang nak pergi umrah tu, sempat lagi menyakat.

Kazen : Yong, kamu dah amik no. tepon dari Yop Ayang? 
(Yop Ayang ni kazen kitorang yang baru je kawen last month)
Cik Hani : No. tepon ape plak?
Kazen : No. tepon orang khemah and sume2 tu. (sambil ketawa mengekek-ngekek)
Cik Hani : vavik. (-  -")

Apa-apa pun, Cik Hani dah mula rindu pada Ummi. Ummi cepat balik kay. Moga terus sihat and mampu tunaikan ibadah dengan sempurna. Doakan Yong, Chah, Adik, Ayah, Fikri, & Ejal kay~

Sayang UMMI~



Monday, May 28, 2012

Houz of Chill La~

Assalamualaikum..

Lately, rasa nak benti keje tu kadang2 membuak2 sangat..Wahahaha!
By the way, Cik Hani harus bersabar, kumpul duit & laksanakan apa yang Cik Hani impikan.
Apa yang Cik Hani impikan? Nak tau? Bacalah..wahahaha!

Masa Cik Hani belajar kat Sabah dulu, Cik Hani pernah simpan impian :

BEFORE 30 YEARS OLD, I MUST HAVE MY OWN CHILD CARE CENTRE.

Tapi, ada satu hari tu, pensyarah Cik Hani cakap, siapa kata awak ambil Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, awak kena buka tadika? Banyak benda lain yang awak boleh buat selain daripada tadika. Misalnya butik baju kanak-kanak ke hape ke kan?

So, masa tu Cik Hani terfikir, betul jugak. So Cik Hani tercari-cari apa yang Cik Hani nak buat untuk perancangan masa hadapan. At the same time, cita-cita nak bukak centre sendiri tu masih disimpan. Sampailah baru ni, Cik Hani terjebak dengan part time kelas Art & Craft. OWHH~ MEMANG AWESOME KELAS TU!! Disebabkan Cik Hani sangat sukeeeeeeee dengan art & craft ni, Cik Hani bercadang nak buka kafe or coffee house. Daffurk? Apa kaitan coffee house dengan art & craft kan? Wahahaha.

Cik Hani dah berangan nak cari kedai 2 tingkat, atas tu buat kelas Art & Craft dan tingkat bawah tu coffee house. Bila parents hantar anak-anak pergi kelas art & craft (biasanya dalam 1 jam je) so parents boleh la minum kat coffe house bawah tu kan? Miahahaha!! AWESOME!! Untuk menambahkan ke-awesome-an impian tu, Cik Hani sekarang tengah sambung belajar sambilan Diploma in Food Preparation & Culinary Art. Perghhh!!! Berbunga-bunga hati ni bile teringatkan impian tu. Wahahaha!!

Nak bagi lagi best?? Cik Hani baru jer tambah lagi 1 angan-angan untuk buka Children Art Gallery. Mungkin akan kurang sambutan sebab kat Malaysia ni kita bukannya menghargai art ni semua. Art orang dewasa pun susah nak dihargai, apatah lagi art kanak-kanak. Tapi kadang2 tu Cik Hani rasa sedih bila tengok parents macam tak hargai lukisan anak-anak dia. Diorang buat dengan usaha. So, kalau Cik Hani buka galeri tu, at least Cik Hani boleh kutip art2 tu sume, alternately la kita pamerkan semua karya-karya tu. BEST KAN??

Thanx to BLOG SERIUS sebab bagi inspirasi pada Cik Hani untuk berimpian macam ni. Ahahaha~ 
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL = DUIT (IMPIAN TERLAKSANA) 
aminnn~

Tuesday, May 22, 2012

Papai Si Bongek.

Assalamualaikum.

Hari ini Cik Hani rasa sedih sangatttt~ Sayang Cik Hani, Si Bongek dah pergi tinggalkan Cik Hani. Ummi called pagi tadi kata Si Bongek dah mati. Sian Bongek. Sian ummi jugak sebab ummi ingat sebab dia rindu Cik Hani dia mati. Ntah la..

Walaupun sekejap dengan Si Bongek, walau selalu gaduh dengan dia, walau dia bising bila nak makan, Cik Hani tetap sayang dia.

Si Bongek pantang dengar bunyi plastik sebab dia tau dalam tu ada makanan. Even Ummi pun suke menyakat Si Bongek tu. Ummi nak jaga Si Bongek masa Cik Hani bawa dia balik kampung haritu. Kucing2 Ummi pun suke tengok and menyebok masa Ummi nak bagi Si Bongek makan. Tapi nak buat camne. Dah ajal dia. Sabar je la. Nama asal Bastard, Panggil Lil B, Last2 jadi Si Bongek. Apa apa pun, Cik Hani tetap sayang Si Bongek. Papai Bongek.

Gambar last Si Bongek masa Cik Hani bawak dia pergi jumpa Veterinar

Monday, May 21, 2012

RASA

Boleh tak kau rasa apa yang aku rasa sekarang?
Aku rasa sakit.
Aku rasa kecewa.
Aku rasa pedih.
Aku rasa takut.

Boleh tak kau rasa apa yang aku rasa sekarang?
Kita dah semakin jauh.
Kau dah semakin sibuk.
Aku pun semakin sibuk.
Semakin lama kita semakin menjauh.

Boleh tak kau rasa apa yang aku rasa sekarang?
Aku takut kehilangan kau.
Aku takut kau lupakan aku.
Aku takut bersendirian.
Aku takut hidupku kosong.

Boleh tak kau rasa apa yang aku rasa sekarang?
Boleh tak?
Boleh tak?

Aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.

Thursday, May 17, 2012

Si Bongek, Train, & Chef Randall

Assalamualaikum..

Hmm...memang jarang-jarang sekali la Cik Hani update blog ni kan...Sian dia..dah la blog picisan..Miahahaha~ Hokayyy~ Arini Cik Hani nak share pasal few of my activities for past few days or maybe week..Ehehehe~

10 May 2012
(Birthday Kak Farah) Bersihkan kandang Si Bongek and mandikan dia. Pergi KL Sentral sebab ingat nak balik naik train tapi dah penuh. So, naik lrt balik gi Puduraya (membawa bersama Si Bongek sepanjang perjalanan itu). Setelah berjaya mengharungi segala perhatian yang diberikan (sebab diorang terpikat dengan kegemokan Si Bongek dan asyik salah panggil Si Bongek hamster, terpaksalah bagitau "Ini Wonderpet" sebab most of them tak tau ape itu Guinea Pig) saya berjaya naik bas sampai ke Perak. TETAPI!! Pak cik driver bas tu tak ikut Bota or Kampung Gajah. Makanya, saya terpaksa turun di stesen bas Manjung. Hampagas! Masa beli tiket kata boleh turun Bota. Malam tu ada tahlil and doa selamat + kenduri arwah untuk semua family members kitorang yang telah pergi menemui Ilahi.


11 May 2012
Kalut2 pergi bank n lupe yang most bank tutup on lunch hours bcoz dat day is Friday. NICE~ (-   -"). Cik Hani juga membawa Si Bongek bersama sebab nak amik injection sebab bulu dia gugur. Memula sesat2 dulu sebelum jumpa Agro Bank kat Sitiawan tu. Pastu Agro Bank tutup. Demyu! Rush pegi Public Bank sebab nak kena bukak akaun baru for my Culinary class. Pastu patah balik pergi Agro Bank. Then pegi Veterinar bawak Si Bongek. Si Bongek sangat baik sebab dia x wat bising langsung masa Dr. inject dia. Good Boy! Malam nya pulak, Cik Hani berhempas pulas untuk melukis inai di tangan most of my kazen dari sekecik2 kazen ke sebesar2 Mak kazen (makcik2 aii leteww). Penat wehhh~

Hello Kitty kunun~

12 May 2012
My cousin get married. Hurray!! CONGRATULATION!! BUT!! Pagi2 dah sebok make up kan and bubuh bulu mata palsu for most of my kazen gak. Like a day before, dari sekecik-kecik kazen sampai sebesar-besar Mak kazen. Miahaha~ Lewat petang tu plak ada Photoshoot from D'Anjunglens Photography & Freak Monkey Shoot. Cik Hani brings together my 3 lurvely kazen to shoot together with me..Miahaha~

klik untuk tubesaran pusat. eh~ pesat!

13 May 2012
Bangun pukul 4.00am. Get ready and terus pegi Stesen Keretapi Batu Gajah and gerak balik KL sebab hari tu KERJA. IYE. CIK HANI KERJA HARI AHAD. (-   -")

 14 - 15 May 2012
Masuk kerja macam biasa. But, malam tu ada kelas culinary art. Humang aih~ rase macam dah nak tumbang. Naseb bek Chef tu comel~ wahahaha!

16 May 2012
Practical class for culinary. Chef siap bawak pembaris untuk ukur Cik Hani punye vegetables cutting. Apekah? (-    -")



17 May 2012
Bangun awal2 pagi and get ready. Then gerak pergi office amik Micheal. Pastu terus gerak pergi UKM sebab ada seminar. Bile balik dalam kul 12.15noon, ada briefiing for Master in Practice-Based. SUMPAH MEMANG DAH NGANTUK GILE SAMPAI TAKDE MOOD NAK MAKAN!

18 May 2012
OFF DAY!! YESSSS!!!!

19 May 2012
Ada Sport Day from Kits4Kids (my previous school) and Ck Hani jadi volunteer kat sana.

Monday, May 14, 2012

Hati kecewa, tapi berbunga-bunga.

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini macam biasalah, emosi Cik Hani tak stabil sket..macam x kenal plak Cik Hani kan selalu mengalami gangguan emosi x stabil..keh3~

TAPI....

Hati Cik Hani terus berbunga-bunga lepas dengar lagu ni...Sumpah tak tau kenapa...Terus rasa macam Shaheizy Sam ni nyanyi untuk Cik Hani, walaupun sebenarnya Shaheizy Sam kenal Cik Hani ni pun x..wahahaha!!

Sumpah comel dengar lagu ni walaupun diorang kata suara Yana Samsudin ni dah banyak di autotune kan..Tetap AWESOME lagu ni!! Tetap nak perasan yang Cik Hani la Yana Samsudin yang berduet dengan Shaheizy Sam..owhhh~ melted dengan lagu ni...ohohohoho!!



Video klip diorang ala-ala korea siap dengan macam snow sume tu...kikiki~ Tak sabar nak gi tengok movie dia nanti...Hati masih berbunge2 sebab dari tadi ulang lagu ni..kikikiki~

Sunday, May 13, 2012

Why he never reply your sms or return back your call?

Dear my bestie Farihah.

I've been thru dat phase..it juz he DOESN'T WANT to contact or having any kind of relationship with u anymore AND he doesn't want to explain or clarify about it. I've been waiting for him almost a year and within that time, I KEEP call, text, even browse his name on google/yahoo juz want to find him. Finally, ALLAH gave me an answer, I've found his blog contain his love story with other girl, starting from how he proposed till when they went for vacation at Bali. Me? Heart broken. But, at least ALLAH still loves me and never leave me. He gaves me an answer dat he is not the one for me.

Monday, May 7, 2012

Dyscalculia lagi.

Ya ampunnnnn~

Makin teruk Dyscalculia aku ni!!! Hari ni la 7 May 2012. Harini la birthday my lil sis. Not YESTERDAY. APEKAH??!! (--")

Entry Padat Maksima untuk May 2012

Assalamualaikum..

Ya Allah~ lamanya Cik Hani tak update blog! Punye la pemalas! Err...bukan malas, kurang rajin sebenarnya..(ayat cover line~ wahahah~) Cik Hani mane pernah tak bz. Hari2 Cik Hani bizi..Miahaha~ So..entry kali ni adalah entry padat maksima sebab dah lama tak update kan~

Karutan 1
Semalam birthday adik Cik Hani. Sian dia..kul 12.05 min baru Cik Hani wish..tu pun 12.05am on 8.5.2012. Birthday dia 7.5.. Ter bizi nak buat camne kan~ SOoo~ HAPPY BIRTHDAY MY LiL SiS!



Karutan 2
Hokayyy~ haritu Cik Hani balik kampung sebab dah lama x balik kampung..Then sempat lagi join photoshoot..wahahha~ Tapi itu bukan update utama untuk karutan ini~ Kikiki~ 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru je habes semalam. Cik Hani pergi 2 kali je masa 1 Mei 2012 (cuti kan~ haruslah pergi) and masa mini launch Sunan Musafir. Yaaaaa~ saya telah dipaksa rela untuk menjadi Ratu Sulaman. By the way, Sunan Musafir adalah pelengkap novel dwi-trilogi Bagaikan Puteri karya Tuan Ramlee Awang Murshid. Koleksi novel dwi-trilogi ni dah jadi macam fenomena novel2 Harry Potter. Karya abg RAM ni memang sangat berbeza dengan novel2 yang ada di pasaran. Uihh~ melobi nampak Cik Hani. Untuk pengetahuan readers, Cik Hani adalah HARDCORE untuk RAMFC. Dan sayalah yang berselubung semalam menjadi Ratu Sulaman (salah satu karektor dalam novel tu). Uihh~ jadi hotsettap jap semalam sebab ada gak yang nak tangkap gambar dengan Cik Hani semalam. Uih~ malu aii~ Siap ada yang kata "Ohh~ ni ke model yang jadi cover page novel Cinta Sang Ratu?" Awww~ cantikkkk sangat mata aii ni sampai layak jadi cover page tau~ kikiki~ Itu semua MT RAMFC punye pasal. Pukul 5++ tepon kata "Hani, esok kau jadi Ratu Sulaman" Cik Hani : Apekah? (-  -"). Ape2 pun, Cik Hani sangat seronok dapat kenal dengan RAMians sekalian. Diorang dah macam family Cik Hani. Cik Hani nanges pun diorang tau~ Wihihihi~ I SAYANG KORANG LEBEY LA~ Terimalah......gambar Cik Hani sebagai Ratu Sulaman. Make up and wardrobe adalah sendirian berhad..ngeh3~



Karutan 3
Cik Hani nak mintak cuti sebab Khamis ni ada tahlil n kazen Cik Hani kawen. Tapi masalahnya HR xde sorang pun dalam office diorang. Adoiyai~



Kesian. Err.. SEKIAN. TERIMA KASIH.