PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Tuesday, August 7, 2012

Teman Pengganti - S.E.D.I.H

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Hani nak cerita pasal lagu Teman Pengganti. Masa mula-mula Cik Hani dengar lagu ni, terus rasa menusuk sampai ke jantung. SUMPAH AWESOME LAGU NI!! Tu la yang Cik Hani cakap (sorang-sorang dalam kereta. haha~)

Masa dengar lagu ni, ade 2 orang yang betul-betul terbayang dalam kepala hotak Cik Hani ni. My best buddy & YOU. Yes. You. Somebody that I used to know. Somebody that I used to love. Tak tau kenapa rase tersentuh sangat dengar lagu ni. Ada certain lirik tu memang kena sangat dengan Dia. I have to let you go. Still trying. Biarlah. Huhu~ Ada certain lirik tu plak memang kena sangat dengan my best buddy. Now, I really wish that we will die together because I am afraid to stay alone without you to support me when I am down. Hmm..lirik yang warna merah tu mengingatkan Cik Hani pada si Dia, and lirik dalam warna biru tu khas untuk my best buddy. However, untuk memahami kodeksku yang kompleks tu khas untuk diorang. Only YOU and HIM that really understand my complex codecs.


TEMAN PENGGANTI.

Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,
Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.

Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

No comments: