PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, November 28, 2012

Untuk Cik Tea

Assalamualaikum.

Lama tak nampak Cik Tea di alam maya ni. (Motif sangat kan buat ayat cenggitu? ahaha~). Entry ini khas untuk CIk Tea. Terima kasih sebab sudi baca entry Officially tu. Melalui aplikasi NuffnangX, saya melihat komen Cik Tea di saat saya sedang menggoreng nugget di dapur. Nak balas kang takut hangus plak nugget2 tu kan...Ahahaha~ So, entry ini ditulis saat saya sedang bersantai di ruang tamu seusai saya menggoreng nugget. ENTRY INI JUGA KHAS UNTUK INSAN2 LAIN YANG INGIN MEMAHAMI ATAU MENGETAHUI PERIHAL SAYA DAN BEST BUDDY SAYA (which is I supposed to call my ex best buddy..wahahaha)

Dear Cik Tea,
Sesungguh-sungguhnya, memang dengan bersungguhnya, saya ingin menjelaskan bahawa saya tiada rasa cinta untuk buddy saya itu. Kami memang rapat. Tersangat rapat sehingga ramai dalam kalangan rakan2 kami menganggap kami menjalinkan hubungan yang serius. Oh tidak. Tidak sama sekali. Kami memang berkongsi suka duka, tawa derita, dan pelbagai rencah rasa lagi. Tetapi, untuk melangkah jauh sehingga melibatkan perasaan halus itu, mungkin tidak.

Saya tahu apa kelemahan dia, dia tahu apa kekurangan saya. 6 tahun bukan waktu yang singkat. Macam2 dah kami tempuh. Siapa bekas kekasih saya, bila kekasih dia merajuk, semua itu dalam poket kami berdua. Memang ramai yang pelik bila saya jelaskan mahupun menafikan perihal hubungan serius (seperti yang mereka sangkakan) kami. Kami cuma RASA SELESA dan JUJUR dalam bersahabat.

Jadi, bila kami bergaduh dan putus sahabat disebabkan salah faham yang kecil, memang terasa kesannya. Saya juga ingin jelaskan, PUNCA PERGADUHAN KAMI BUKANLAH DISEBABKAN DIA SUDAH MEMPUNYAI KEKASIH, MAHUPUN NIATNYA INGIN BERKAHWIN. Kami bergaduh hanyalah disebabkan salah faham. Menurut kata salah seorang teman rapat kami, mungkin disebabkan kami terlalu rapat sehingga perkara kecil menjadi punca kepada perasaan sentap yang teramat.

Sekian, terima kasih.

ohohohoho~