PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, January 20, 2013

Tips Menjadi Pengapit (yang berjaya)

Assalamualaikum.

Ada 2 pesanan penaja di sini ye.

Pertama : Sila jangan terkejut dengan layout and header buruk tu ye. Last minute punye editing tu. Plus mood yang tak bagus, dan pakai picmonkey je pun. Ngeh3~

Kedua : Sila jangan geli2 baca tajuk entry kali ni. Hahahaha!!

Untuk pengetahuan semua pembaca dan pengikut blog picisan Cik Hani ni (terima kasih), dah 4 kali rasanya Cik Hani jadi pengapit. Yeke? Macam dah terlebih pun ada. Ahahahaha!! Orang tua-tua cakap, kalau jadi pengapit lebih daripada 3x, kompom kawen lambat. Tidakkkkkkkkkkk!!!!! Naseb bek muka still nampak muda walaupun tak berape mude sangat. Ahahahahah!!

Okay, back to our topic. Sila abaikan karutan di atas. Since Cik Hani dah beberapa kali jadi pengapit, Cik Hani nak berkongsi la sedikit tips yang mungkin mmbantu korang2 yang nak jadi pengapit ni kan..ehehehehe~

1. Make up & Pakaian
     Ini antara perkara yang paling penting saat korang membuat keputusan untuk jadi pengapit. Korang kenalah tanya si pengantin ni, apa warna tema dia, or apa warna tema pengapit lelaki. Ada sesetengah pengantin, dia nak pengapit pakai baju sama warna tema dengan keluarga dia. Ada sesetengah tu plak, dah tetapkan pengapit pakai baju warna yang tertentu which is sama warna dengan pengapit lelaki tetapi berbeza warna dengan ahli keluarga dia. Sila pastikan yang warna tema baju korang sama dengan warna tema pengantin atau warna tema baju pengapit pengantin. Seelok-eloknya pakai baju yang ada poket or kalau boleh suai padankan dengan sling bag kecil tu lagi bagus. Sebabnya? Nanti Cik Hani terangkan.

     Untuk make up, seelok-eloknya make up la sikit. Tapi jangan OTT (over the top) and lawan pengantin punye make up. Agak2 la juga kan? Hehehe~ Sapa yang suke pakai fake eyelashes tu pun boleh pakai, tapi better pakai yang natural and bulu halus2 je instead of pakai yang bulu tebal ala-ala Che Ta tu kan..ehehe~ Kalau pengantin apply nude make up or light make up, adalah lebih afdhal sekiranya korang pakai foundation selapis je, apply 1 color for eye shadow, thin layer or black / brown eyeliner, sedikit blusher dan lip gloss. Tu pun dah memadai.


2. Makan
     Sila pastikan korang makan dahulu sebelum majlis bermula. Sarapan tu penting. Kalau boleh sarapan yang berat2 sket. Sila pastikan pengantin juga dah sarapan ye. Diorang ni kadang2 risaukan sangat pasal majlis sampai lupe nak makan. Time bersanding mana boleh makan. Dah masa makan beradab pun makan alahai....sikit bebenor. Huhuhu~


3. Barang-barang penting pengantin.
     Adalah penting untuk pengapit yang tolong pegangkan telefon bimbit pengantin. Biasanya orang akan telefon pengantin kalau diorang dah sesat ke tak jumpa jalan ke hape kan. Jadi, amatlah bagus sekiranya korang boleh ingat jalan-jalan kebenaran untuk ke rumah pengantin sebab biasanya diorang akan call time pengantin bersandinglah, time makan la, time make up la, dan macam-macam time lagi. Ahahaha!

     Alang-alang dah pegangkan telefon pengantin tu, bila pengantin tangkap gambar keluarga atau kawan2 secara berjemaah, silalah ringankan tulang untuk snap barang sekeping dua gambar menggunakan handphone si pengantin. Kesian diorang. Diorang pun nak juga gambar kenangan kan?

     Berdasarkan pengalaman juga, better pengapit sediakan tisu/span foundation tu untuk lap peluh, buang bunga rampai kat tangan pengantin, lap air mata pengantin dan sebagainya. Gula-gula pun sesuai untuk dibawa dalam 2 3 biji sebab bila kita kurang minum air, mulut kita cepat berbau. So, gula2 tu akan membantu korang and pengantin sebab orang ramai akan jumpa and tegur and peluk dan macam-macam lagi la. So, inilah antara sebab kenapa korang better pakai baju ada poket, sebab agak tak senonoh kalau pengapit berjalan sambil pegang gule2 kat tangan. Hehehe~

4. Lain-lain
     Sebagai pengapit, silalah tolong pengantin untuk tengok2 kan hantaran, bantal akad nikah, dan segala macam cekadak cekudut lagi. Masa Cik Hani jadi pengapit untuk akad nikah mak cik Cik Hani, 2, 3 kali berulang balik ke rumah sebab memula bunga tangan tinggal, pastu bantal akad nikah tinggal, pastu cincin untuk lelaki boleh tinggal. (-  -") Mujur jugak la rumah dengan masjid tak jauh sangat. Uhuhu~

     Untuk majlis dengan protokol, sila ambil perhatian yang lebih serius. Kebiasaan majlis dengan protokol ni bila melibatkan Dato' Datin Puan Sri Tan Sri dan segala macam pangkat lagi. Biasanya, majlis camni ni ade melibatkan rehearsal. Silalah hadir pada rehearsal tu ye. Untuk majlis dengan protokol juga, ada sesetengah tu, pengapit tak duduk sebelah sebab tempat tu diisi dengan VVVVVIP majlis. SOOooo, untuk situasi ini, takpe, masa berarak masuk dewan, jalan je macam biasa dengan pengantin, bila pengantin dah duduk, sila pastikan pakaian ke veil ke hape dalam keadaan sempurna sebelum tinggalkan pengantin. Bagitahu pengantin lokasi korang kat mana. Dalam setiap 10 min ke 15 min ke 30 min ke, datang balik pada pengantin and tanya la kalau dia perlukan pape macam tisu ke handphone ke kan. Check jugak make up and pakaian pengantin. Masa makan beradab camni, bunga tangan better PENGAPIT yang pegang ye.


Okayyy. Rasanya cukuplah kot banyak ni tips-tips dari Cik Hani. It just my 20 cents. Sapa2 yang nak kongsi pengalaman and petua petuwi, boleh la komen and share dengan Cik Hani ye.

Sekian dari saya,
Pengapit yang berjaya.


No comments: