PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, June 26, 2013

Entry Padat Maksima Versi Jerebu

Assalamualaikum.


Dah lama tak update blog ni..Siannnnnn diaaaaaa~ So harini Cik Hani nak buat entry padat maksima..Bwahahaha!!

1. Student & Blog.
Dari semalam rasanya students Cik Hani mintak tolong Cik Hani ajar untuk setup kan blog diorang. Alahai~ Dah lama dah Cik Hani tak godeh2 blog ni. Mana la ingat. Ajar je la semana yang mampu. Diorang punya assignment kena buat blog. Kui3~ Menggagau nak buat. Miahaha~ (Tak baik gelakkan students sindri).

2. Hari yang baik.
Harini dari pagi tadi Allah tolong permudahkan semua. Alhamdulillah. Dari malam semalam lagi Cik Hani happy. Happy because of him. Awwww~ (Gatal!) Pastu happiness tersebut diteruskan dengan jerebu yang agak kurang berbanding hari sebelumnya. Pastu dapat breakfast dari Kak Oswa. Dah la memang kebulur pagi tadi. Pastu borang claim sume Prof. dah signed. Order Pizza plak as lunch. Pastu Ummi plak call kata Visa dah approve insyaAllah fly 1 Julai ni. ALHAMDULILLAH YA ALLAH~

3. Students kena marah.
Padan muka korang. Tak pernah tengok Miss Hani marah kan? Padan muke. Semua kena. Main2 la lagi. Do not take me for granted.

4. Kek Coklat Moist Kurang Kasih Sayang
Haritu Cik Hani buat Kek Coklat Moist. Resipi cedok kat internet tapi Cik Hani derhakakan resipi tu. Bwahahaha!! SEDAP NAK MATI rase dia..SEBAB MOISSSSSSSSSSSTTTTTTTT SANGATTTTTTTTT. Tak sempat nak tangkap gambar banyak2 sebab asyik ngap je kek tu. Resipi dia simple gile sebab tak pakai butter/marjerin, telur and susu. Yessss. TANPA 3 bahan tersebut.

Nah resipi kek coklat moist kurang kasih sayang (TANPA butter / marjerin / telur / susu pekat atau cair)


Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
    ** Kalau pakai self raising flour, tak payah bubuh baking powder and soda bikarbonat.
  • 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
    ** ikut suko den bubuh tak sampai 1/2 cawan pun. ehehehe~
  • 2 cawan gula icing
    ** diderhakakan lagi jadi 1 1/2 cawan gula je.
  • 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh.
    ** Cik Hani pakai Nescafe 3 in 1 regular (paket merah).
  • 2  1/2 cawan air panas
    ** Cik Hani pakai air mineral sebab ingat Ummi penah pesan kalau dah godak2 pukul bancuhan tu dia dah tangkap angin. So kalau masuk air panas nanti angin tu sume kuar. (rasenye la~).
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
    ** Minyak jagung tak cukup so Cik Hani campur minyak jagung and minyak masak. Ehehe~
  • 2 sk cuka
    ** Cuka takde so Cik Hani perah limau. Ehehehe~
  • 2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan. Cik Hani tak tapis pun. Kacau je dengan whisk sampai dia sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu  bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

SEDAP GILERR WEYHHH!!! THANK YOU KAK DAYANGJACK FOR THIS OWHSEM RECIPE!

Bila dah siap, kek ni kurang manis sket. (Padan muke sendiri sebab pandai2 alter resipi orang). So Cik Hani melted kan cooking chocolate (double boiled technique) pastu sebab kek Cik Hani ada 2 lapis sebab masa tu tak muat loyang and loyang ada 1 je. So dengan seronoknye Cik Hani buat kek 2 lapis. Tengah2 dengan atas dia Cik Hani bubuh coklat tu. Coklat rice pun xde. Sebab tu kek tu kek kurang kasih sayang. Ohohoho~ Janji sedap.



Okayyy~ Tu Je untuk entry kali ni.. Ehehehe~

Friday, June 7, 2013

Superman

I have to beat The Superman.
I have to be as better as The Superman.
So that I can get an attention from everyone.
Especially from him.

Happy Birthday To Myself.
Celebrate it with laughs and tears.
Celebrate it with smiles and cries.

Just keep moving forward. -Robinson-