PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Thursday, September 12, 2013

Status Halal Restoran Pelita


Assalamualaikum.

Kecoh jap gambar kat atas tu kan? Pasal Restoran Pelita ni halal ke tak sebenarnye.



Pasal kes gambar Restoran Pelita yang kecoh jap tu. Ni penjelasan dari orang yang membuat sedikit kajian. Beza antara orang bijak dan sengaja tunjuk bijak adalah USAHA DALAM MENCARI ILMU PENGETAHUAN. Orang bijak, dia berusaha untuk cari pencerahan maklumat tu betul ke tak. Orang tunjuk bijak main share je maklumat tu. Tak tau betul ke tak kan?

**********

Dari Tuan Zamri Mohamad
Setakat penyelidikan saya, mereka mempunyai kumpulan pengarah, termasuk Muslim.

Maklumat sehingga 2009, ia bukan bisnes warisan keluarga seperti perniagaan India Muslim lain. Ia bermula dari gabungan rakan kongsi

Pelita Samudera bermula dengan lapan rakan kongsi yang mempunyai kemahiran dan latar pendidikan yang berbeza.

Antara mereka merupakan pemimpin agama, arkitek, peniaga, pengurus perniagaan berasaskan makanan dan chef.

Mereka merupakan ahli lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Shamsuri Ahmad.

Rekod sehingga tahun 2003, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah memastikan sijil halal dikeluarkan selepas 12 orang pekerja dilatih dalam memproses bekalan ayam sebanyak 2,500 hingga 3,000 ekor ayam sehari untuk 10 cawangan restoran Pelita Samudera yang beroperasi pada ketika itu.

Jika foto digunakan seperti ini, sama seperti kita meletakkan foto orang Jepun pemilik AEON JUSCO sedang merasmikan tokong di sana ketika mana pelanggan majoriti Muslim membeli produk di AEON dan membeli sushi di sini.

***********

Dari Puan Sri Diah Shaharuddin
Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Zamri Mohamad. Ini info yang saya dapat. Restoran Pelita Nasi Kandar mempunyai 7 orang pemegang saham dalam syarikat ini iaitu:
- Dato’ Shamsuri bin Ahmad
- Dato’ Murugan Doraisamy @ Ramesh - muslim
- Uswath Khan bin Kirudu Mohamed – non muslim
- K. K. Sihabutheen bin Kirudu Mohamed - muslim
- Syed Abbas Ali bin Abdul Rahman - muslim
- S. Prebagaran Subramaniam – non muslim
- Azeem Qusairy bin Bardril - muslim
- Berdasarkan Profil Pengurusan ini 5 orang pemegang sahamnya yang lain adalah beragama Islam. >< Ahmad Anas Ismail.
- Pihak JAKIM tidak meletakkan syarat pemilik syarikat mestilah beragama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Oleh itu, isu ini sememangnya tidak wajar diperbesarkan.


Untuk pengetahuan korang, Tuan Zamri tu antara penggerak BACA@LRT and Puan Sri Diah tu adalah penulis novel and sekarang bertugas di Karangkraf. Seronok berkawan dengan orang-orang pandai yang memang suka buat research ni (cuma Cik Hani je tak lekat perangai tu. Bwahahaha!!) daripada deal dengan orang2 yang selalu tunjuk pandai ni.

So, kesimpulannya kalau anda rasa was was dengan restoran pelita ni hala ke tak, tak payah la pergi kalau tak yakin. Dalam Islam pun dah cakap kalau was was tu better jangan buat kan? Kalau Solat was was pun kita kena start or buat balik kan? So, the choice is yours.

No comments: