PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Wednesday, October 9, 2013

MARI MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK

Assalamualaikum.

Lama jugak Cik Hani tak update blog ni. Alasan lapuk macam biasalah, sibuk. Ni tengah short sem so semua kelas memang padat gile. Cik Hani dah kerja dari Isnin sampai Ahad dah sekarang ni. Adessss~ Makin kurus lahaaaiii~

Okay, sekarang ni disebabkan Cik Hani masih dalam mode kecewa (gittewww), Cik Hani rajin plak blogwalking kat blog Aku Islam ni. Best gile. Banyak nasihat2 yang bagus untuk hati yang dah lama lalai ni. Sooooo, harini Cik Hani nak berkongsi pasal MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK. Kita selalu tak sedar kadang-kadang cara kita menegur orang tu tak sesuai, mungkin melukakan hati dia atau pun nasihat tu tak sampai. Maka, marilah kita sama-sama mempraktikkan cara yang telah dikupas dalam artikel kat bawah ni (ofkoz la Cik Hani kopipes je..kui3~)


Asasnya, memberi teguran dan sentiasa memperbaiki diri dan orang lain tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini.
Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.
Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif. Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur.
Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.

Sebelum Memberi Teguran, Sila Betulkan Niat
Apabila terdetik sahaja dalam hati bagi menegur kesilapan orang lain, maka ‘pause’ diri kita terlebih dahulu dan tarik nafas.
Betulkan niat supaya kita tidak terdorong untuk melampiaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hati di atas sikapnya.
Lazimnya, hati yang ikhlas memberi teguran akan lebih mudah diterima. Niat kita yang murni itu akan disampaikan oleh Allah dalam keadaan yang murni juga.
Ini berlawanan sekiranya niat kita memberi nasihat dengan tujuan – tujuan lain, bukan nya tujuan untuk membetulkan kesilapan untuk dibaiki.
.
Memberi Teguran dengan Teknik XYZ
Ahli psikologi bernama Haim Ginot mencadangkan satu teknik teguran yang diberi nama “Teknik teguran XYZ”.
Teknik ini menganjurkan kita menggunakan frasa itu semasa menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”
Contoh:
Amin apabila kamu buang sampah merata-rata di dalam bilik, saya berasa kurang selesa. Oleh itu, saya lebih suka sekiranya awak buang sampah di tong sampah yang disediakan. pasti awak dan saya berasa selesa dan gembira.
Kesimpulannya, apabila mahu menegur seseorang itu, maka kaedah “bawa berbincang” adalah kaedah terbaik. Elakkan daripada menyentuh peribadi pihak itu.
Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran itu.
.
Memberi Teguran Yang Tegas Dalam Santun
Gunakan konsep dua dalam satu iaitu tegas dalam santun. Gunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang.
Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya.
Kawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi.
Ini bertepatan dengan firman Allah kepada Nabi Musa dalam misinya berdakwah kepada Firaun,
Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut (Surah Taha, ayat 33 – 34)
Contoh :
Khairil, saya mintak maaf. Tetapi saya perlu sampaikan teguran ini kepada awak. Saya harap awak tidak lagi mengeluarkan kata – kata kesat pada rakan – rakan lain dan saya. Senang hati saya sekiranya awak dapat berubah.
.
Mula Dengan Sesuatu Yang Positif
Manusia mana yang suka ditegur?
Pernah saya dimarahi secara umum apabila lewat tiba ke bilik mesyuarat. Perasaan saya pada waktu itu begitu tidak puas hati walaupun saya sedar kesalahan saya.
Kewajaran “7 kritik 1 puji” dapat digunakan dalam konsep ini. Kita mengambil hati orang yang mahu ditegur, kemudian baru kita menjalankan niat kita tadi. Sebagai contoh:
“Kamu ini saya tengok memang bagus, sembahyang tidak tinggal, hormat ibu bapa, guru – guru sayang kamu, kacak pula. Tapi, satu sahaja yang aku tidak berkenan. Perangai kamu yang suka membuka aurat tu..”
.

Memberi Teguran Secara Hikmah

Cara menegur setiap orang adalah berbeza – beza. Cara menegur kanak – kanak dan orang dewasa juga adalah berbeza. Menegur berlainan jantina juga adalah berbeza.
Perhatikan Rules of Thumb ini
Apabila menegur cuba duduk di sebelah orang yang ditegur, bukan di hadapan. Kedudukan di tepi menyebabkan orang yang ditegur kurang berasa defensif berbanding kedudukan di hadapan.
Orang yang tinggi egonya, perlu diberi teguran secara cabaran yang dapat mencabar egonya sehingga dia mahu menunjukkan kebolehannya.
Kadangkala, ada orang yang membuat perangai kerana rasa tidak diperlukan. Orang sebegini perlu diberi lebih peluang memikul tanggungjawab yang lebih besar.

No comments: