PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, October 25, 2013

Pesanan untuk Perempuan

Assalamualaikum.

Harini hati Cik Hani tergerak untuk menulis pasal perempuan. Sebab apa? Sebab Cik Hani pompuan la! Hahaha! Jangan serius sangat boleh tak? Cik Hani nak tulis pasal perempuan dan berdikari. Bukan megi kari. Okay tak lawak.

1. LESEN MEMANDU.

Haritu lagi Cik Hani nak bincang pasal perlunya perempuan sekarang untuk berdikari. Di saat mengharungi dunia yang semakin mencabar sekarang ni (skema kan?), sedar tak wahai kaum Hawa sekalian bahawa pentingnya kita berdikari? Ambil contoh paling senang, lesen kereta. Iye. Lesen kereta. Tahu tak betapa pentingnya kepada perempuan untuk ada lesen kereta DAN boleh memandu kereta sekarang ni?

Cik Hani ambil lesen kereta masa umur 17 tahun. Mule2 macam tak heran sangat pasal lesen kereta ni. Tapi, bila dah 'tercampak' belajar kat Sabah tu, rasa macam "Bapak ahh! Nasib baik dah ada lesen kereta." Macam-macam insiden yang membuatkan Cik Hani bersyukur ada lesen dan tahu memandu kereta. Masa best friend Cik Hani si Ros accident, kami berulang alik ke hospital, sewa kereta dan Cik Hani yang drive. Bayangkanlah, kita dah jauh dari family, dengan kawan-kawanlah kita bergantung harap.

Masa kat Sabah tu lagi best, bila Khai, Ejal, Pendi, Myteam (termasuk Shafex sekali rasenye) TAKDE LESEN!. SERONOKKKKKK SANGAT bila selalunya Cik Hani yang jadi driver diorang baik kat Sabah ke kat KL memang Cik Hani la yang drive. Masa dah kerja kat KL ni, barulah diorang amik lesen kereta. Tu pun MALAS LAGI nak drive (asyik aku je yang kene!).

Samalah situasi bekerja di KL ni. Ada lesen kereta membolehkan kita semua bergerak bebas. Bayangkan kalau adik beradik atau saudara mara kita accident di KL tengah-tengah malam dan kita yang paling dekat, nak datang membantu. Tapi kalau kita takde kereta, kan agak bahaya kalau nak naik teksi ke tempat kejadian. Takkan nak telefon kawan2 yang ada lesen untuk bawak kita pegi ke tempat tu?

Jadi, paham tak kenapa pentingnya lesen memandu dan kebolehan membawa kereta?


2. PENDAPATAN

Next, pentingnya kita sebagai perempuan ni untuk berkerja atau memiliki pendapatan sendiri. Cik Hani tak cakap la kita kena pergi kerja tempat grand2 kat office bagai sampai balik lewat malam. Cik Hani pun takde la nak cakap yang kita tak elok nak jadi suri rumah sepenuh masa. Buatlah apa pun, kerja sepenuh masa di office atau suri rumah sepenuh masa, asalkan ia mendatangkan pendapatan kepada kita.

Siapa cakap jadi suri rumah tak boleh dapat duit? Boleh. Buat bisnes dari rumah, kerja sambilan macam jahit langsir ke, jahit manik kat baju ke, buat kek ke, jual nasi lemak depan rumah ke, asalkan ada duit masuk dalam poket. Kita tak tahu masa bila kita memerlukan duit dengan jumlah yang banyak. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba (nauzubillah) suami kita ditimpa kemalangan, atau dibuang kerja? Dan kita bergantung sepenuhnya dengan dia sebagai punca mata pencarian? Susah kan? Susah bila kita terpaksa mula berfikir macam mana nak cari modal nak mula berniaga ke, nak jual ape ke. Susah.

**********************

Cik Hani menulis ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Cik Hani sendiri. Takde niat nak menyindir sesiapa. Ada dalam kalangan orang-orang yang terdekat dengan Cik Hani lalui benda ni semua. Payahnya diorang bila isteri/tunang/awek/kawan karib yang takde lesen. Risaunya Cik Hani fikir bila tengok perempuan yang tak bekerja dan lepak2 kat rumah meanwhile husband diorang kerja. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Baik kita bersiap sedia dari sekarang.

Tak salah menjadi perempuan yang berdikari dan tak bergantung sepenuhnya dengan lelaki. Bukannya hilang manja tu kalau kita berdikari pun.

1 comment:

jejari kucing said...

bagus cik Hani, cayalah!