PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, October 21, 2013

Relevankah memberi nasihat kepada orang yang sedang berputus asa?


Assalamualaikum,

Harini topik kita serius sikit ye. Moga-moga dapat membantu mereka yang sedang berputus asa mahupun insan2 yang ingin membantu individu yang sedang berputus asa.
 
Secara fitrahnya, individu yang berputus asa akan meluahkan dukacitanya itu kepada orang yang paling dekat dengan hatinya sama ada ahli keluarga mahupun sahabat karib. Namun, nasihat yang seringkali kita dengar (mahupun diberikan) kepada individu tersebut adalah :

Sabarlah, ada hikmah di sebaliknya. Itu semua ketentuan-Nya.
Allah itu Maha Adil. Dia uji sebab dia sayangkan kau. Sabarlah.
Kuatkan hati kau, bila kau bersabar Allah akan membalas semua itu dengan berita gembira.

Masih relevankah memberi nasihat dengan menyuruh mereka bersabar? Bukan mencabar ketentuan takdir atau mahu membuktikan bahawa sabar itu tidak perlu. Tapi, sedarkah kita bahawa mereka memerlukan sokongan kita, mereka berkongsi rasa dengan harapan kita mampu mengurangkan beban jiwa mereka?

Ya, mereka tahu mereka perlu bersabar, mereka tahu mereka perlu menerima takdir, tetapi hati mereka belum cukup kuat untuk semua itu. Cik Hani pernah berada di dalam dua-dua situasi ini, memberi nasihat kepada orang yang berputus asa dan menjadi orang yang berputus asa. Situasinya sangat berbeza.

Menjadi pemberi nasihat kadang kala membuatkan diri kita memandang rendah kepada orang berputus asa kerana mereka seolah-olah tidak mahu menerima takdir. Menjadi orang yang berputus asa pula adalah sangat mendukacitakan bilamana kita menyedari bahawa hidup itu tidak semudah yang diperkatakan dan orang disekeliling kita hanya pandai berkata-kata.

Selepas menjadi orang yang berputus asa, Cik Hani sedar bahawa orang-orang yang berputus asa memerlukan sokongan lebih dari sekadar menasihatkan mereka untuk bersabar.

Hanya individu yang melalui situasi itu yang mengerti situasi sebenar mengapa mereka sukar untuk melangkah pergi atau menjadi kuat dalam tempoh terdekat. Berkongsi duka belum mampu menjelaskan situasi mahupun punca sebenar. Hanya individu tersebut yang mampu mengubah dukacitanya itu kepada kekuatan hati.

Kita seharusnya tidak hanya menggalakkan mereka untuk bersabar tetapi kita harus menyatakan bahawa betapa teringinnya kita untuk melihat mereka gembira dan bahagia serta meninggalkan tompok dukacita itu. Hanya dengan keinginan mereka sendiri, mereka mampu bangkit dari putus asa itu.

Berikan mereka masa untuk menyendiri. Jangan terlalu memaksa mereka untuk bersabar dan menerima takdir. Ingatkanlah seperti mana Allah yang selalu ada untuk hamba-Nya, kita juga berusaha untuk sentiasa berada di sisi mereka. Mungkin kita tidak memahami situasi mahupun perasaan sebenar mereka yang sedang berputus asa, namun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memahami keadaan mereka.

Bertabahlah wahai hati-hati yang sedang berdukacita.
Kuatkan pasakmu wahai hati-hati yang sedang berputus asa.

No comments: