PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Friday, December 6, 2013

Random #12 Kasih Sayang & Hati Terluka

Assalamualaikum.

Untuk bulan 12 yang sebok nak mam ni, Cik Hani update semampu yang boleh la ye. Ini entry padat maksima. Sila baca dengan penuh sabar.



********************


STATUS FACEBOOK CIK HANI UNTUK PAGI NI.

Hidup saya dipenuhi dengan kasih sayang. Selain daripada biological family dan keluarga angkat yang entah merata alam bersepahnya, saya ada :

keluarga besar RAMFC yang bagi jawatan Pom Pom Girl (sampai mati). Dengan diorang, memang ketawa bersama, menangis bersama. Pergi Sabah pun bersama-sama. Hahaha.

Pastu saya ada ramai kawan gile macam Ainaa, Aeni, Alin (kawan baru), not forgotten my crazy brothers (Ejal, Khai, Shafex, Fendi, Myteam, Alang, Angah. Adesss..panjang plak list nye. Sorry takleh bubuh semua).

Saya juga ada keluarga Kits4Kids. Yang banyak mengajar saya tentang anak-anak syurga. Yang bagi banyak pengalaman yang membantu kehidupan dan pembelajaran saya. Kena gigit, kena tendang tapi tetap sayang. Hehehehe~

Dan, PALING PENTING!! Saya ada TEDDY BEAR. Bwahahahaha!! Kat rumah saya ada En. Kembang, Mr. Rokk & Che' Tap. Kat office saya ada En. Kuncup. Betapa seronoknya bergolek-golek tengok tv dengan diorang. Hahahahaha!!

Jadi, apedehal kalau ditinggalkan kekasih atau kahwin lambat sekali pun? Saya masih dikelilingi dengan kasih sayang. Allah pun kaya dengan kasih sayang. Aturan Dia dah cukup sempurna. Sabar je. Ujian tu macam gula dalam kopi. Kalau xde, pahit. Hahahaha!!

Salam Jumaat~ 



******************************


KENAPA SAYA TOLONG ORANG YANG DAH LUKAKAN HATI SAYA?

Sebab sedikit rasa sayang tu masih ada. TAPI lebih kepada rasa simpati. Sebab Cik Hani TAHU macam mana sakit dan pedihnya jiwa, jantung, hati, limpa dan rasa sangat kesian dengan diri sendiri bila lalui semua benda ni sorang-sorang. Cukup la Cik Hani sorang je lalui sume sakit tu sorang-sorang. Nak share dengan family pun tak boleh. Nak share dengan best friends pun bukannya boleh cerita semua. Benda ni melibatkan banyak pihak. Masa tu rasa SUMPAH down gila. Kalau iman tak kuat memang mau bunuh diri ke tak pun gila meroyan sensorang. Gila! Sakit dia ALLAH je yang tahu. Tapi bila Dia tahu aturan yang terbaik untuk hamba-Nya. Bila si dia down, Cik Hani tak sampai hati nak tengok dia jatuh sorang-sorang. Bukan berlagak baik. Tapi memang Cik Hani macam tu. Ntah la. Kembali bersama? Memang tak la (Insya Allah). Masih berbekas lagi di hati dengan apa yang dia dah buat, apa yang dia dah cakap. Kalau diingatkan balik, pandang muka dia pun tak hingin. Tapi luka tu Cik Hani simpan jauh-jauh. Cik Hani cuma niat nak tolong bangunkan dia balik je. Cukup-cukupla tu bersedih dan bergelumang dengan tahi sendiri. Bangunlah sayang. Itu untuk kebaikan kamu sendiri. Bukan untuk aku. Tapi untuk KAMU. JAGA DIRI, JAGA HATI.


********************************

Habis. Sekian.

No comments: