PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Thursday, October 2, 2014

Isu kenaikan harga minyak - Sakit hati dengan statement bodoh!

Assalamualaikum.

Copy and paste from my FB status regarding the increasing of petrol price.



Isu kenaikan harga minyak.

Pengiraan daripada aku yang ada Dyscalculia (kategori masalah pembelajaran yang berkaitan dengan nombor).

Katakan:

1 liter petrol boleh pergi sejauh 15 - 20km (bergantung kepada jenis kereta, cara penjagaan dan gaya pemanduan) = RM2.10
42 liter adalah tangki penuh untuk sesuatu jenis kereta (random ye. aku tibai je) = RM2.10 x 42 liter = RM88.20 untuk 630km (kiraan jarak paling minimum).

Katakan kau isi minyak full tank sebulan 6 kali (RM88.20 x 6 = RM529.20)

Bila petrol naik doposen:

1 liter petrol = RM2.30
42 liter x RM2.30 = RM96.60 untuk 630km

Sebulan kau isi minyak full tank 6 kali (RM96.60 x 6 = RM579.60)

RM579.60 - RM529.20 = RM50.40 lebihan yang kau kena bayar setiap bulan lepas ni. Jumlah tu mungkin sikit untuk kau tapi banyak untuk aku tau!! RM50 tu boleh tampung duit makan atau beli barang dapur untuk masak paling koman 2 minggu hokayyy (setakat makan sayur + udang 3 ke 4 ekor untuk aku sorang yang bujang ni ye! tu dah cubaan paling jimat la tu). Itu adalah belanjawan sebelum harga barang naik. Sekarang ni kompom orang cekik lagi rege barang sebab harga minyak naik katanya.

Jadi kalau kau kata, naik doposen je pun, kalau isi semalam macam la boleh tahan sampai kiamat, dan segala macam mak nenek lagi tu, tolong la simpan sikit bodoh tu untuk masa depan. Sekurang-kurangnya diorang cuba untuk jimat walaupun rm20 - rm30 untuk minggu tu.

Tak payah la nak bising suruh naik kenderaan awam pulak, sebab bukan semua tempat dekat KL ni easy access by public transport. Kalau ada pun stesen KTM ke Monorel ke LRT yang paling dekat pun, mungkin diorang kena menapak atau naik teksi atau bas (kos jugak kan?).

Tak payah sebok nak kata aku ni pro-pembangkang ke pro-kerajaan..Aku cuma sakit hati dengan orang bodoh yang cakap sesedap hati je. Jangan jadi bebal kata macam la dapat jimat sangat kalau isi semalam. Duduk kat KL ni minyak naik doposen, barang lain naik 2 3 hengget. Jadi memang aku berkira kalau minyak naik doposen. Sebab doposen tu aku dapat dengan hasil titik peluh aku sendiri.

Unless KAU nak bagi aku extra RM50 (setiap bulan sampai aku dah tak keje dekat KL ni) untuk tampung duit minyak aku lepas ni, aku akan delete status ni nanti.


Sekian,

dari Hani
yang mengalami Dyscalculia (sangat bengap bab kiraan).
pengguna petrol tegar sebab drive macam pelesit dekat KL + merempuh jammed tetiap hari.
yang jatuh dalam kategori miskin bandar.


#sakithatibacastatementbodoh