PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, December 15, 2014

Fuhhhh~ Fuhhhh~ *tiup habuk-habuk dekat blog

Assalamualaikum...

Punye lama Cik Hani tak update blog.....last update October...tahun ni tahun paling tak produktif untuk blog Cik Hani..okay la..tahun depan Cik Hani berazam untuk jadi lebih produktif untuk blog ni..cheewahhh~

Nasib baik blog ni tempat Cik Hani meroyan sorang2 luahkan perasan and simpan memori-memori busuk Cik Hani. Hahahaha!! Bukan nak cari follower atau stalker pun (eyh?) hahahaha!!

Okay..cerita penghujung tahun..Cik Hani buat compile sket ape yang dah berlaku..mana yang ingat la ek~

*************************

Kawen.

Okay baca tajuk tu tolong la jangan tanya bila Cik Hani nak kawen k. Tu title untuk my buddies yang dah kawen. Tahniah Khai, Shafex dan pasangan. Dah takde privileges untuk gedik2 gaduh and lepak sampai pagi dengan Khai and Shafex dah pasni. Memang la wife Khai tu kawan Cik Hani jugak tapi hormatlah perasaan dia jugak kan? Dia memang tak jeles dengan Cik Hani sebab Cik Hani pernah bagitau, orang gile je yang jeles dengan aku ni. Yelaaa...Cik Hani ni kan weng sket perangai. Diorang selalu lupe Cik Hani ni pompuan (ouchh~). So kalau nak jeles bila Cik Hani lepak dengan Khai ke Ejal ke, memang kompom sewel sebab jeles dengan orang gile. Hahahah!!

2 down, 1 more to go. Lepas ni turn Ejal. Yang ni sedih lebih sikit la sebab dengan Ejal la gaduh paling teruk. Hahahaha!! Mamat tu pi suh Cik Hani sponsor wedding dia..Siap bagi options hokay nak sponsor mana satu. Pilihan pertama : baju kawen. Gile!! Mak dia kan mak andam. Ade ke suh Cik Hani sponsor baju kawen. Pilihan kedua : goodies bag utk VIP, 300 beg plak tu. Gile banyak VIP dia!! Pilihan ketiga : honeymoon package, berpeluh dengar..Cik Hani kata Cik Hani beli kat Groupon cuti dalam negara je and transportation tak masuk. Hahahaha!!  

Haishhhh~ Lepas ni tak boleh nak pow hadiah besday dari Ejal lagi dah. 



Pangkat & Sambung Belajar.

Alhamdulillah...setelah sekian lama pending, Cik Hani dapat sambung belajar next year. Sambung Master dekat Universiti Malaya..Haishhhh~ Dah tua baru nak sambung Master..Hahahaha!! Then, tahun depan Cik Hani promoted as Head of Program (Early Childhood)...Alaaaaahai...makin kudut la pasni sebab busy.

By the way, Cik Hani buat home-based therapy for special needs. Takde la nak beria kata hebat ke hape tapi buat suka2 nak kerja balik dengan budak2. Lagipun parents diorang request untuk tolong ajar anak2 diorang. Tak sampai hati plak nak kata tak. Hehehehe~



Okay..sebenarnya baaaaaaaaanyak benda nak cita tapi lupa sebab tadi Cik Hani tido time lunch. Bangun teruih blank pale hots ni..Hahahahah!! Soo chao chin chao~