PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~
Showing posts with label PiCTuRez. Show all posts
Showing posts with label PiCTuRez. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Confronting a Heart Broken



Assalamualaikum,

For the first time ever, I managed to confront a lie without any drama or childish behaviours. I guess because of aging and I'm getting older. Haha.

Or..

I am just too tired with all of this. Too tired.
So I decided to just go with the flow.
No more fight back to defend what I loved.

Because what you love might not love you back as what you think.

Expected.
Nothing much change and it would not make any differences if I confront in negative ways.

Full stop.



Wednesday, April 2, 2014

Guibo (Flyfm) & Kang Gary (Runningman)

Assalamualaikum.

I am baaaaaaaackkkkkk~ Hahahahaha~ Fuhhh~ Fuhhhh~ Cleaning the dust in my blog. Hehehehe~

Durjana apakah yang membuatkan Cik Hani punya entry tajuk lagu ni? (-_-)?

Sebaaaaaaabbbbbbbbb...tadi Cik Hani dapat tangkap gambar dengan Guibo uollssss~ Ya Allah.....luckily my students were around. Kalau takkkkkkk~ memang lagi teruk aku melompat peluk2 Guibo.Why you are sooooooo cute Guibo?!!

Siap patah balik sebab nak tangkap gambar dengan Zher plak...Aaaaa~ melted dengan Guibo...

Dulu, Cik Hani pernah call pasal topik "apa yang perempuan suka ubah pada lelaki?". So Cik Hani kata la Cik Hani nak diorang settle down, cari kerja bagus2, beli rumah n kereta. So, kalau diorang tak kawen dengan Cik Hani pun at least diorang dah prepare untuk get married with another woman. So Guibo said he still wants to party. Cik Hani jawab balik "no worries, go ahead, party as much as you want. I don't mind as long as you know when to stop." Zher and Guibo dah ketawa. Guibo said he have to find me. Cik Hani jawab balik "come,let's start a date, cause I am single right now" Bwahahahaha!!

Jadi, apa kaitan dengan Gary plak? Well, If I buy a new teddy bear after this, I will name it with Guibo because I already have my own Gary so I want my own Guibo plak. Bwahahahaha~ Gataaaaaaaiiiii~

Psst..Guibo's birthday is same with my mum's birthday hokaaayyy~ Ohhh~ Perasan jap ada jodoh dengan Guibs..hahahahaha!!

Guiboooo.....will you marry me? (.^^.)Y




By the way, ni entry semalam tapi tak sempat nak post. Huhuhu~

Wednesday, December 11, 2013

Iman, Kak Marlesa & Kak Oswa

Assalamualaikum.

Harini Cik Hani kene keje. Ye. Selangor je yang cuti. KL tak. Uhuhuhuhu~ Sedih. Jap lagi Cik Hani dengan adik Cik Hani nak pegi Jalan TAR nak buat inai and cari shawl untuk baju kitorang. Semalam Ummi dah call dah bagitau kata pelamin tak buat lagi. Hehehe~ Chillax mi, balik nanti Yong buat.

BTW, topik harini bukanlah pasal majlis perkahwinan adik bongsu Cik Hani yang bakal berlangsung hujung minggu ni, tapi nak cerita pasal officemate Cik Hani. Nama dia Nurul Iman tapi panggil Iman je. Dia ni sangatlaaaaaaaaaa comel. Muke dah la putih2 macam minah Arab. Dia ni comel2 perangai dia. Macam blur2 sket. Banyak istilah Melayu pasar yang dia tak paham macam nganjing, and etc.

Masa dia mule2 masuk, Cik Hani banyak gak la tolong dia. Boleh la tolong mana yang mampu. And, kitorang jadi close sebab dia and Cik Hani banyak kongsi rahsia. Haaaaa...rahsia ape tu tak boleh bagitau. Dah nama pun rahsia.

Ada satu insiden tu bila dia menangis dekat office sebab someone which is very stupid (sorry Iman. I panggil dia stupid. Hehehe), masa tu Cik Hani kat Sabah kot. Gelabah gile Cik Hani. Last-last mintak tolong another officemate untuk comfort kan dia. Gila tak risau! Kalau ikut hati, memang nak maki je orang yang buat dia nanges tu.

Dengan Iman ni, Cik Hani selalu teringat dengan best friend Cik Hani kat Sabah. Ros. Sama je personality diorang ni. Kat opis ni ada lagi 2 orang kakak yang memang awesome gile. Diorang ni weng weng masuk air sket. Tapi sumpah baik la. Kak Marlesa n Kak Oswa. Cakap dengan diorang ni kadang2 sakit hati gak sebab kadang2 diorang bagi jawapan yang sangat laaaa unexpected. (- -") Naseb baik la sayang kakak-kakak ni. Huhuhu~

Sooo...ni la gambar kami yang comel ni. Muka paling depan dan paling besor tu Kak Marlesa. Yang paling tak senonoh tu Cik Hani dan yang sopan tu Iman. Hahahaha!! Dalam gambar ni Kak Oswa takde sebab dia tengah shopping. Hahaha!!


Saturday, September 28, 2013

Wednesday, September 11, 2013

Jebat Ruffedge vs. Keadilan dah mati?

Assalamualaikum.

Topik harini berat sket. Rasanya ramai dah tahu pasal Jebat a.k.a Iwan Ruffedge telah dijatuhkan hukuman bersalah kerana merogol anak tiri dia dan dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan. Tersentap sangat dapat tahu berita ni sebab ada 2 3 kali jugak Cik Hani bertembung dengan dia masa event By Heart Clan. By Heart Clan antara kumpulan nasyid underground yang sangat aktif dan Jebat menjadi salah seorang mentor a.k.a tenaga pengajar a.k.a abang kepada bebudak BHC termasuklah adik Cik Hani. Dalam kalangan BHC memang dah tahu kisah sebenar pasal Abang Jebat ni. Kesian dia. Bukan salah dia. Tapi mahkamah dah jatuhkan hukuman.

Bila dikenang balik, agaknya besar kemungkinan kes2 rogol budak bawah umur kat Malaysia yang melibatkan cikgu-cikgi ke ustaz2 ke dan sebagainya mungkin sebahagian dari mereka menerima nasib macam Abang Jebat. Which is, diorang tak buat tapi bukti menjurus kepada diorang bila dikemukakan bukti dan saksi palsu. Kesian.

Cik Hani tak tahu nak terangkan macam mana tapi my first impression untuk Abang Jebat ni dia memang abang2 kot. Protective! Adik Cik Hani tak pernah plak mengadu kena harassment ke hape kan...Adik Cik Hani pompuan tau. Selalu je diorang training vocal la hape la kat studio, takde plak dia mengadu... Ntah la.

Banyak cerita di sebalik kes ni. Boleh baca kat Warung Kopi SeeSharpMinor


 Untuk Abang Jebat, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Saya doakan abang diberikan keadilan sewajarnya.

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday - Hari Kecewa

Baru sedar rupenye harini hari Rabu so sepatutnya Wordless Wednesday. 

Jadi, terimalah!! 
Wordless Wednesday versi kecewa, heartbroken, patah hati dan segala kesedihan lagi.














Sunday, January 20, 2013

Tips Menjadi Pengapit (yang berjaya)

Assalamualaikum.

Ada 2 pesanan penaja di sini ye.

Pertama : Sila jangan terkejut dengan layout and header buruk tu ye. Last minute punye editing tu. Plus mood yang tak bagus, dan pakai picmonkey je pun. Ngeh3~

Kedua : Sila jangan geli2 baca tajuk entry kali ni. Hahahaha!!

Untuk pengetahuan semua pembaca dan pengikut blog picisan Cik Hani ni (terima kasih), dah 4 kali rasanya Cik Hani jadi pengapit. Yeke? Macam dah terlebih pun ada. Ahahahaha!! Orang tua-tua cakap, kalau jadi pengapit lebih daripada 3x, kompom kawen lambat. Tidakkkkkkkkkkk!!!!! Naseb bek muka still nampak muda walaupun tak berape mude sangat. Ahahahahah!!

Okay, back to our topic. Sila abaikan karutan di atas. Since Cik Hani dah beberapa kali jadi pengapit, Cik Hani nak berkongsi la sedikit tips yang mungkin mmbantu korang2 yang nak jadi pengapit ni kan..ehehehehe~

1. Make up & Pakaian
     Ini antara perkara yang paling penting saat korang membuat keputusan untuk jadi pengapit. Korang kenalah tanya si pengantin ni, apa warna tema dia, or apa warna tema pengapit lelaki. Ada sesetengah pengantin, dia nak pengapit pakai baju sama warna tema dengan keluarga dia. Ada sesetengah tu plak, dah tetapkan pengapit pakai baju warna yang tertentu which is sama warna dengan pengapit lelaki tetapi berbeza warna dengan ahli keluarga dia. Sila pastikan yang warna tema baju korang sama dengan warna tema pengantin atau warna tema baju pengapit pengantin. Seelok-eloknya pakai baju yang ada poket or kalau boleh suai padankan dengan sling bag kecil tu lagi bagus. Sebabnya? Nanti Cik Hani terangkan.

     Untuk make up, seelok-eloknya make up la sikit. Tapi jangan OTT (over the top) and lawan pengantin punye make up. Agak2 la juga kan? Hehehe~ Sapa yang suke pakai fake eyelashes tu pun boleh pakai, tapi better pakai yang natural and bulu halus2 je instead of pakai yang bulu tebal ala-ala Che Ta tu kan..ehehe~ Kalau pengantin apply nude make up or light make up, adalah lebih afdhal sekiranya korang pakai foundation selapis je, apply 1 color for eye shadow, thin layer or black / brown eyeliner, sedikit blusher dan lip gloss. Tu pun dah memadai.


2. Makan
     Sila pastikan korang makan dahulu sebelum majlis bermula. Sarapan tu penting. Kalau boleh sarapan yang berat2 sket. Sila pastikan pengantin juga dah sarapan ye. Diorang ni kadang2 risaukan sangat pasal majlis sampai lupe nak makan. Time bersanding mana boleh makan. Dah masa makan beradab pun makan alahai....sikit bebenor. Huhuhu~


3. Barang-barang penting pengantin.
     Adalah penting untuk pengapit yang tolong pegangkan telefon bimbit pengantin. Biasanya orang akan telefon pengantin kalau diorang dah sesat ke tak jumpa jalan ke hape kan. Jadi, amatlah bagus sekiranya korang boleh ingat jalan-jalan kebenaran untuk ke rumah pengantin sebab biasanya diorang akan call time pengantin bersandinglah, time makan la, time make up la, dan macam-macam time lagi. Ahahaha!

     Alang-alang dah pegangkan telefon pengantin tu, bila pengantin tangkap gambar keluarga atau kawan2 secara berjemaah, silalah ringankan tulang untuk snap barang sekeping dua gambar menggunakan handphone si pengantin. Kesian diorang. Diorang pun nak juga gambar kenangan kan?

     Berdasarkan pengalaman juga, better pengapit sediakan tisu/span foundation tu untuk lap peluh, buang bunga rampai kat tangan pengantin, lap air mata pengantin dan sebagainya. Gula-gula pun sesuai untuk dibawa dalam 2 3 biji sebab bila kita kurang minum air, mulut kita cepat berbau. So, gula2 tu akan membantu korang and pengantin sebab orang ramai akan jumpa and tegur and peluk dan macam-macam lagi la. So, inilah antara sebab kenapa korang better pakai baju ada poket, sebab agak tak senonoh kalau pengapit berjalan sambil pegang gule2 kat tangan. Hehehe~

4. Lain-lain
     Sebagai pengapit, silalah tolong pengantin untuk tengok2 kan hantaran, bantal akad nikah, dan segala macam cekadak cekudut lagi. Masa Cik Hani jadi pengapit untuk akad nikah mak cik Cik Hani, 2, 3 kali berulang balik ke rumah sebab memula bunga tangan tinggal, pastu bantal akad nikah tinggal, pastu cincin untuk lelaki boleh tinggal. (-  -") Mujur jugak la rumah dengan masjid tak jauh sangat. Uhuhu~

     Untuk majlis dengan protokol, sila ambil perhatian yang lebih serius. Kebiasaan majlis dengan protokol ni bila melibatkan Dato' Datin Puan Sri Tan Sri dan segala macam pangkat lagi. Biasanya, majlis camni ni ade melibatkan rehearsal. Silalah hadir pada rehearsal tu ye. Untuk majlis dengan protokol juga, ada sesetengah tu, pengapit tak duduk sebelah sebab tempat tu diisi dengan VVVVVIP majlis. SOOooo, untuk situasi ini, takpe, masa berarak masuk dewan, jalan je macam biasa dengan pengantin, bila pengantin dah duduk, sila pastikan pakaian ke veil ke hape dalam keadaan sempurna sebelum tinggalkan pengantin. Bagitahu pengantin lokasi korang kat mana. Dalam setiap 10 min ke 15 min ke 30 min ke, datang balik pada pengantin and tanya la kalau dia perlukan pape macam tisu ke handphone ke kan. Check jugak make up and pakaian pengantin. Masa makan beradab camni, bunga tangan better PENGAPIT yang pegang ye.


Okayyy. Rasanya cukuplah kot banyak ni tips-tips dari Cik Hani. It just my 20 cents. Sapa2 yang nak kongsi pengalaman and petua petuwi, boleh la komen and share dengan Cik Hani ye.

Sekian dari saya,
Pengapit yang berjaya.


Tuesday, July 31, 2012

Ku mohon kekuatan hati.

Picture source : Encik Google.
Peng-edit : Saye la~ (O _ o)

Tuesday, July 17, 2012

My Best Buddy - Mr. Mohd. Rizal Bin Mohd. Sham

Assalamualaikum..

Sementara tengah ada mood nak update blog, baik hupdate bebanyak. Ahahaha!! 

Introducing, my best buddy :

Ejal Gile. Ahahaha!!

Kitorang banyak kongsi masalah, menangis sesama, ketawa sesama, marah sesama, gaduh pun sesama. Wahahaha!!

Sape yang nak jadi awek Ejal, boleh la contact Cik Hani. Cik Hani tolong adjustkan kay~ Wihihihi~

Wednesday, June 6, 2012

Apron dari Chef

Assalamualaikum..

Saat Cik Hani taip entry ni, Cik Hanihanya bersisa beberapa minit lagi sebelum Cik Hani meninggalkan Cik Hani yang berusia 25 tahun. Banyak suka duka yang Cik Hani dah lalui. Biarlah jadi memori.

Hari ni merupakan hari praktikal untuk kelas Diploma Culinary Cik Hani. Cik Hani boleh pulak tertinggalkan Chef Jacket Cik Hani dalam kereta. Dah sampai kat lif Times Square, baru Cik Hani perasan. Kereta plak Cik Hani park dekat KL Central. Apekah~ Dengan berbekalkan muka budget comel dan suara yang budget2 manja, Cik Hani bagitahu pada Chef. Chef plak dengan baik hatinya bagi Cik Hani pinjam jacket dengan apron. Awww~ Chef sangat baik. Buat saya makin jatuh cinta. Wahahaha!! Sangat perasan hokay!

Soo..masa dalam kelas memasak tu, macam biasalah, Cik Hani memang kaki buat bising punye. Ade je keje x senonoh yang dibuat.. Adess~ By the way, Chef puji mayonnaise & cocktail sauce kitorang sedap...Pastu Caesar Salad kitorang pun sedap.. Hurray!! Chef boleh plak bergurau2 dengan Cik Hani kat situ tau. Awww~ buat saya terperasan je la chef ni.. Wahahaha!!! *dush* *dush* -ketuk kepala sendiri- 

Chef suruh Cik Hani bawak balik and basuh dulu Chef Jacket and Apron tu. Time nak tunggu monorel, Cik Hani sms la Chef. 

"Hi Chef..Can I take the apron as my birthday present? Lalala~ -Hani Yang Baik-"

Chef  replied! "Haha. Ok!"

Gile rase nak melompat masa tu..wahahah!! Walaupun pendek, kesah hape..janji dapat apron.. Wahahaha!!

Awesome la..Memang I sayang U lebey la Chef..kui3~

ni la apron yang Chef Randall bagi..weee~ excited nak upload sampai x sempat2 nak bubuh watermark~


Thursday, May 31, 2012

Cerita mengarut di KLIA

Assalamualaikum.

Tadi pagi Cik Hani masuk kerja lambat sebab Cik Hani hantar ummi ke KLIA. Punyelah semangat Cik Hani keluar rumah pukul 3.30am, meng-hangkut bersama Ejal my best buddy ke KLIA. Sanggup tu pergi Putrajaya amik mamat tu dulu. Dah nak sampai KLIA dalam pukul 4.30am, telefon handphone Ummi, tapi Ummi tak angkat. Telefon adik, dia angkat. Tapi dengan suara baru bangun tidur. Apekah? (-  -") Rupanya diorang nak gerak dari rumah makcik (di Sungai Buluh) lepas subuh. Ceit!! Rasa bersalah plak dengan Ejal sebab gerak dia pagi2 buta. Nasib baik dia ok. SORRY EJAL~

So, kitorang decide untuk sambung tidur dalam kereta. Disebabkan Ejal panjang. Err..tinggi and comel, so dia tak boleh la nak baring dengan selesa. Setelah tukar posisi 2, 3 kali, Cik Hani suruh dia baring je kat seat belakang. Kan senang. Tapi still dia kena lipat kaki dia..ehehe~ Cik Hani susah nak lelap sebab tertunggu-tunggu diorang sampai. Last-last bila dah nyenyak, boleh pulak polis tu ketuk tingkap suh parking kat tempat lain. (-  -") Cik Hani pergi parking kat bay for taxi driver kat departure hall..Ehehehe~ So, setelah tawaf KLIA tu dalam 2 kali, Cik Hani park kereta kat exit parking Block C n sambung tidur. Ejal memang x sedar hape dah.

Dalam pukul 7.55am camtu, sms adik tanya current location. Diorang baru je sampai rupenya. Start enjin, terus drive and park balik kat bay teksi tapi kali ni park hujung sket. Siap bubuh no. telefon kalau2 polis tu baik hati nak call dulu sebelum saman. Wahahaha~ Bila masuk, menggagau gak la cari Ummi. Bila sampai, Ejal telah menjadi tumpuan. Boleh pulak kazen2 yang lain ingat he is my boyfriend. Apekah~ (-  -") One of my kazen, yang nak pergi umrah tu, sempat lagi menyakat.

Kazen : Yong, kamu dah amik no. tepon dari Yop Ayang? 
(Yop Ayang ni kazen kitorang yang baru je kawen last month)
Cik Hani : No. tepon ape plak?
Kazen : No. tepon orang khemah and sume2 tu. (sambil ketawa mengekek-ngekek)
Cik Hani : vavik. (-  -")

Apa-apa pun, Cik Hani dah mula rindu pada Ummi. Ummi cepat balik kay. Moga terus sihat and mampu tunaikan ibadah dengan sempurna. Doakan Yong, Chah, Adik, Ayah, Fikri, & Ejal kay~

Sayang UMMI~



Tuesday, May 22, 2012

Papai Si Bongek.

Assalamualaikum.

Hari ini Cik Hani rasa sedih sangatttt~ Sayang Cik Hani, Si Bongek dah pergi tinggalkan Cik Hani. Ummi called pagi tadi kata Si Bongek dah mati. Sian Bongek. Sian ummi jugak sebab ummi ingat sebab dia rindu Cik Hani dia mati. Ntah la..

Walaupun sekejap dengan Si Bongek, walau selalu gaduh dengan dia, walau dia bising bila nak makan, Cik Hani tetap sayang dia.

Si Bongek pantang dengar bunyi plastik sebab dia tau dalam tu ada makanan. Even Ummi pun suke menyakat Si Bongek tu. Ummi nak jaga Si Bongek masa Cik Hani bawa dia balik kampung haritu. Kucing2 Ummi pun suke tengok and menyebok masa Ummi nak bagi Si Bongek makan. Tapi nak buat camne. Dah ajal dia. Sabar je la. Nama asal Bastard, Panggil Lil B, Last2 jadi Si Bongek. Apa apa pun, Cik Hani tetap sayang Si Bongek. Papai Bongek.

Gambar last Si Bongek masa Cik Hani bawak dia pergi jumpa Veterinar

Thursday, May 17, 2012

Si Bongek, Train, & Chef Randall

Assalamualaikum..

Hmm...memang jarang-jarang sekali la Cik Hani update blog ni kan...Sian dia..dah la blog picisan..Miahahaha~ Hokayyy~ Arini Cik Hani nak share pasal few of my activities for past few days or maybe week..Ehehehe~

10 May 2012
(Birthday Kak Farah) Bersihkan kandang Si Bongek and mandikan dia. Pergi KL Sentral sebab ingat nak balik naik train tapi dah penuh. So, naik lrt balik gi Puduraya (membawa bersama Si Bongek sepanjang perjalanan itu). Setelah berjaya mengharungi segala perhatian yang diberikan (sebab diorang terpikat dengan kegemokan Si Bongek dan asyik salah panggil Si Bongek hamster, terpaksalah bagitau "Ini Wonderpet" sebab most of them tak tau ape itu Guinea Pig) saya berjaya naik bas sampai ke Perak. TETAPI!! Pak cik driver bas tu tak ikut Bota or Kampung Gajah. Makanya, saya terpaksa turun di stesen bas Manjung. Hampagas! Masa beli tiket kata boleh turun Bota. Malam tu ada tahlil and doa selamat + kenduri arwah untuk semua family members kitorang yang telah pergi menemui Ilahi.


11 May 2012
Kalut2 pergi bank n lupe yang most bank tutup on lunch hours bcoz dat day is Friday. NICE~ (-   -"). Cik Hani juga membawa Si Bongek bersama sebab nak amik injection sebab bulu dia gugur. Memula sesat2 dulu sebelum jumpa Agro Bank kat Sitiawan tu. Pastu Agro Bank tutup. Demyu! Rush pegi Public Bank sebab nak kena bukak akaun baru for my Culinary class. Pastu patah balik pergi Agro Bank. Then pegi Veterinar bawak Si Bongek. Si Bongek sangat baik sebab dia x wat bising langsung masa Dr. inject dia. Good Boy! Malam nya pulak, Cik Hani berhempas pulas untuk melukis inai di tangan most of my kazen dari sekecik2 kazen ke sebesar2 Mak kazen (makcik2 aii leteww). Penat wehhh~

Hello Kitty kunun~

12 May 2012
My cousin get married. Hurray!! CONGRATULATION!! BUT!! Pagi2 dah sebok make up kan and bubuh bulu mata palsu for most of my kazen gak. Like a day before, dari sekecik-kecik kazen sampai sebesar-besar Mak kazen. Miahaha~ Lewat petang tu plak ada Photoshoot from D'Anjunglens Photography & Freak Monkey Shoot. Cik Hani brings together my 3 lurvely kazen to shoot together with me..Miahaha~

klik untuk tubesaran pusat. eh~ pesat!

13 May 2012
Bangun pukul 4.00am. Get ready and terus pegi Stesen Keretapi Batu Gajah and gerak balik KL sebab hari tu KERJA. IYE. CIK HANI KERJA HARI AHAD. (-   -")

 14 - 15 May 2012
Masuk kerja macam biasa. But, malam tu ada kelas culinary art. Humang aih~ rase macam dah nak tumbang. Naseb bek Chef tu comel~ wahahaha!

16 May 2012
Practical class for culinary. Chef siap bawak pembaris untuk ukur Cik Hani punye vegetables cutting. Apekah? (-    -")



17 May 2012
Bangun awal2 pagi and get ready. Then gerak pergi office amik Micheal. Pastu terus gerak pergi UKM sebab ada seminar. Bile balik dalam kul 12.15noon, ada briefiing for Master in Practice-Based. SUMPAH MEMANG DAH NGANTUK GILE SAMPAI TAKDE MOOD NAK MAKAN!

18 May 2012
OFF DAY!! YESSSS!!!!

19 May 2012
Ada Sport Day from Kits4Kids (my previous school) and Ck Hani jadi volunteer kat sana.

Monday, May 7, 2012

Entry Padat Maksima untuk May 2012

Assalamualaikum..

Ya Allah~ lamanya Cik Hani tak update blog! Punye la pemalas! Err...bukan malas, kurang rajin sebenarnya..(ayat cover line~ wahahah~) Cik Hani mane pernah tak bz. Hari2 Cik Hani bizi..Miahaha~ So..entry kali ni adalah entry padat maksima sebab dah lama tak update kan~

Karutan 1
Semalam birthday adik Cik Hani. Sian dia..kul 12.05 min baru Cik Hani wish..tu pun 12.05am on 8.5.2012. Birthday dia 7.5.. Ter bizi nak buat camne kan~ SOoo~ HAPPY BIRTHDAY MY LiL SiS!



Karutan 2
Hokayyy~ haritu Cik Hani balik kampung sebab dah lama x balik kampung..Then sempat lagi join photoshoot..wahahha~ Tapi itu bukan update utama untuk karutan ini~ Kikiki~ 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru je habes semalam. Cik Hani pergi 2 kali je masa 1 Mei 2012 (cuti kan~ haruslah pergi) and masa mini launch Sunan Musafir. Yaaaaa~ saya telah dipaksa rela untuk menjadi Ratu Sulaman. By the way, Sunan Musafir adalah pelengkap novel dwi-trilogi Bagaikan Puteri karya Tuan Ramlee Awang Murshid. Koleksi novel dwi-trilogi ni dah jadi macam fenomena novel2 Harry Potter. Karya abg RAM ni memang sangat berbeza dengan novel2 yang ada di pasaran. Uihh~ melobi nampak Cik Hani. Untuk pengetahuan readers, Cik Hani adalah HARDCORE untuk RAMFC. Dan sayalah yang berselubung semalam menjadi Ratu Sulaman (salah satu karektor dalam novel tu). Uihh~ jadi hotsettap jap semalam sebab ada gak yang nak tangkap gambar dengan Cik Hani semalam. Uih~ malu aii~ Siap ada yang kata "Ohh~ ni ke model yang jadi cover page novel Cinta Sang Ratu?" Awww~ cantikkkk sangat mata aii ni sampai layak jadi cover page tau~ kikiki~ Itu semua MT RAMFC punye pasal. Pukul 5++ tepon kata "Hani, esok kau jadi Ratu Sulaman" Cik Hani : Apekah? (-  -"). Ape2 pun, Cik Hani sangat seronok dapat kenal dengan RAMians sekalian. Diorang dah macam family Cik Hani. Cik Hani nanges pun diorang tau~ Wihihihi~ I SAYANG KORANG LEBEY LA~ Terimalah......gambar Cik Hani sebagai Ratu Sulaman. Make up and wardrobe adalah sendirian berhad..ngeh3~



Karutan 3
Cik Hani nak mintak cuti sebab Khamis ni ada tahlil n kazen Cik Hani kawen. Tapi masalahnya HR xde sorang pun dalam office diorang. Adoiyai~



Kesian. Err.. SEKIAN. TERIMA KASIH.

Thursday, October 27, 2011

Strawberrytelle

sila klik gambar untuk tumbesaran pusat~ eh...pesat!

Baiklah, kali ni Cik Hani cilok gambar plak. Memule dulu Cik Hani copy gambar yang I Hate You tu je..Tapi tadi mase blogwalking, jumpe plak gambar2 yang lain. Tapi owner blog tu bubuh link blog dia so Cik Hani copy sume gambar, edit bubuh dalam 1 page je n nak tempek gak link blog Cik Hani... (lalalala~)

Original owner untuk kartun ni adalah Miss Strawberrytelle. Comel woo dia ni...Pandai lukis kartun plak tu... Ade lagi 2, 3 keping kartun dia yang Cik Hani copy.. (mode : admire her now!)

Sunday, July 3, 2011

Rasa Mahu Menangis~

Congratz to Aini for your engagement. Sekarang ni Cik Hani tengah bertungkus lumus nak siapkan hand made wedding card utk dia. Ohohoho~


Sekitar majlis pertunangan Aini :

- Majlis yang saaaangat simple. Tak payah susah2 nak pikir and buat berdulang-dulang barang hantaran segala bagai.
- Pihak lelaki 1 dulang (cincin + duit). Pihak perempuan 3 dulang (kek, buah, & coklat). Hantaran Aini pun Cik Hani yang gubah sesikit & modify from her sis punye kotak hantaran. Sempoi gila. (sorry tak dapat nak tunjukkan bukti..excited sampai lupe tangkap gambar..ahaha~)
- Aini pakai baju kakak dia, shawl from my collection, make up by me. Tu pun jenuh paksa dia pakai fake eyelashes tapi dia tak nak. Ohohoho~
- Rancangan asal, pihak lelaki datang 1 kereta sahaja but end up dengan 4 biji kereta. Kui3~
- Asalnya tak nak buat kenduri besar2 pun but agains, its end up dengan 1 khemah, nasi jagung, ayam masak merah, soto ayam, tembikai, cheese & chocolate cakes, kenduri doa selamat lepas maghrib & majlis pertunangan lepas isya'.

tak payah cakap banyak, tgk gambar2 ni...

tak berkenan sangat gambar ni sebab muka Cik Hani cam berlagak gile...Dah la pakai shawl tak iron..adess~ (-____-")

santek kan... (^^,)

Aini & Her Fiancee

I wish her happiness forever~

One happy family at home.

**credit to photographer..err..Timmy ape ke nama dia ek..adesss~ takpela..nanti tanya Aini balik..kikiki~


Date of Engagement : 25 June 2011
Date of Wedding (InsyaAllah) : 01 October 2011

p/s : ape kaitan dgn tajuk entry ni? macam xde kaitan je...kikiki~

Wednesday, February 2, 2011

Jom Join Contest Teddy Bear by Lyeanna Wana!

Assalamualaikum..

Tadi blog walking kat blog MizzNina91, nampak plak banner teddy bear cute kan, terus tergerak nak join contest ni..keh3~ Rasanye ni kali ketiga kot join contest..(tapi tak pernah menang..kih3~) So kalau menang ni memang bertuah gile la..ohoho~




Yang wat contest ni Lyeanna Wana. Syarat nak join contest ni senang je...(directly copy paste from her blog)

  • Memule, wat entry title "Contest Teddy Bear by Lyeanna Wana"
  • Then letak header comel tuh kat entry anda
  • Jawab soalan berikut
  • ~ 1. Kenapa anda nak teddy bear?
  • ~2. Nak teddy bear kaler ape??
  • Pastu, letak alamat umah anda ye?? law nk private, anta kat mcg FB Wana..sile add dulu ye?
  • Post link entry anda kat ruangan komen entry ni

entry title : done! (ayat memaksa org join...keh3~)
header comel : done! (sebesar2 header Cik Hani bubuh..kih3~)
jawab soalan 1 : kenapa anda nak teddy bear?
huk alohh~ walaupun Cik Hani dah berumur 25 tahun, tapi Cik Hani masih tidur dengan teddy bear...(kantoi..kih3~) Cik Hani memang suke gile dengan teddy bear..memang haram hukumnya buat teddy bear as perhiasan, tapi Cik Hani buat teddy bear as bantal peluk...keh3~ nama tedy bear Cik Hani ---> Che Tap..baru2 ni dapat kawan baru, nama dia Si Cacat..Che Tap & Si Cacat ni kawan baik dengan Cik BuBu..masalah sekarang ni, Cik BuBu & Si Cacat ni tak sekufu dengan Che Tap..Diorang bukan dilahirkan sebagai teddy bear yang sempurna..Kesian gak dengan Che Tap tak dapat pasangan yang sekufu..So, kalau Cik Hani menang contest ni, at least Che Tap takde la kesepian lagi...cheewahhh!!

ni la diorang...comel tak? ehehe~

jawab soalan 2 : nak teddy bear kaler ape?
hmm...kaler ape ek? tak kesah la asalkan jangan kaler pink...alergik sket kaler pink ni...kaler cream/kuning cair tu ok kot...ada la ala2 feminin sket..Che Tap dah kaler gagah perkasa dah...pasangan dia nnt biarla ala2 teddy bear yang ayu sket..kih3~
alamat rumah : PM kat Yana. done!
post link entry : within 5 minutes from now.done!

now..Cik Hani nak tag :
Senior Cik Hani : Kak Atie
Adik Cik Hani : B!b
Kazen Cik Hani : Cik Ami

\(^-^)/ oyehh!!

Wednesday, January 12, 2011

Resepi Orang Bujang - Ayam Masak Belacan Ala Thai

Assalamualaikum..

Wahh....entry Cik Hani ni macam menyelerakan je kan...miahaha~ Arini Cik Hani nak kongsi resepi yang Cik Hani & roomate Cik Hani masak, invent, modify, campak2, main bedal, masa weekends aritu...Wahaha~ Macam biasa, resepi orang bujang Cik Hani ni sangat mudah & sesuai untuk orang bujang lagi2 kalau orang bujang tu takde peti ais macam umah sewa Cik Hani ni...kih3~

Bahan-bahan :
Isi ayam (potong kecik2)
Bawang putih (dipotong kecik2)
Cili (nak pedas pakai la cili api)
Serai (dipotong halus2)
Sayur sawi jepun/sawi katik/pak choy.
* Belacan
* Kicap Cair
* Sos Tiram
* Sos Ikan
* Gula

Cara memasak :
Memule, goreng isi ayam tu dlu..Tak perlu masak sampai garing sebab kite nak masak lagi sekali..Untuk resepi asal ni, diorang gune pork..xkan kite nak gune plak kan...ohoho..Kalau xnak gune ayam, gune daging pun bleh..tapi daging tu kena hiris nipis2..Sementara tu, bahan2 yg bertanda * tu boleh la dibancuh..Means, campurkan sume and gaul sampai sebati..



Then, panaskan minyak. Tumis bawang putih & serai.


Masukkan ayam


Bubuh cili (kalau nak pedas, tumis cili ni awal2 skali masa kita tumis bawang putih n serai tadi)


Tuangkan bancuhan kicap & belacan tadi n gaulkan sampai rata.



Masukkan sayur, gaulkan lagi.



Hidangkan.


Wallaa~ sedapppp sangat.....
Selamat mencuba~ \(^-^)/