PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~
Showing posts with label RaNDoMz. Show all posts
Showing posts with label RaNDoMz. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Random #12 Kasih Sayang & Hati Terluka

Assalamualaikum.

Untuk bulan 12 yang sebok nak mam ni, Cik Hani update semampu yang boleh la ye. Ini entry padat maksima. Sila baca dengan penuh sabar.



********************


STATUS FACEBOOK CIK HANI UNTUK PAGI NI.

Hidup saya dipenuhi dengan kasih sayang. Selain daripada biological family dan keluarga angkat yang entah merata alam bersepahnya, saya ada :

keluarga besar RAMFC yang bagi jawatan Pom Pom Girl (sampai mati). Dengan diorang, memang ketawa bersama, menangis bersama. Pergi Sabah pun bersama-sama. Hahaha.

Pastu saya ada ramai kawan gile macam Ainaa, Aeni, Alin (kawan baru), not forgotten my crazy brothers (Ejal, Khai, Shafex, Fendi, Myteam, Alang, Angah. Adesss..panjang plak list nye. Sorry takleh bubuh semua).

Saya juga ada keluarga Kits4Kids. Yang banyak mengajar saya tentang anak-anak syurga. Yang bagi banyak pengalaman yang membantu kehidupan dan pembelajaran saya. Kena gigit, kena tendang tapi tetap sayang. Hehehehe~

Dan, PALING PENTING!! Saya ada TEDDY BEAR. Bwahahahaha!! Kat rumah saya ada En. Kembang, Mr. Rokk & Che' Tap. Kat office saya ada En. Kuncup. Betapa seronoknya bergolek-golek tengok tv dengan diorang. Hahahahaha!!

Jadi, apedehal kalau ditinggalkan kekasih atau kahwin lambat sekali pun? Saya masih dikelilingi dengan kasih sayang. Allah pun kaya dengan kasih sayang. Aturan Dia dah cukup sempurna. Sabar je. Ujian tu macam gula dalam kopi. Kalau xde, pahit. Hahahaha!!

Salam Jumaat~ 



******************************


KENAPA SAYA TOLONG ORANG YANG DAH LUKAKAN HATI SAYA?

Sebab sedikit rasa sayang tu masih ada. TAPI lebih kepada rasa simpati. Sebab Cik Hani TAHU macam mana sakit dan pedihnya jiwa, jantung, hati, limpa dan rasa sangat kesian dengan diri sendiri bila lalui semua benda ni sorang-sorang. Cukup la Cik Hani sorang je lalui sume sakit tu sorang-sorang. Nak share dengan family pun tak boleh. Nak share dengan best friends pun bukannya boleh cerita semua. Benda ni melibatkan banyak pihak. Masa tu rasa SUMPAH down gila. Kalau iman tak kuat memang mau bunuh diri ke tak pun gila meroyan sensorang. Gila! Sakit dia ALLAH je yang tahu. Tapi bila Dia tahu aturan yang terbaik untuk hamba-Nya. Bila si dia down, Cik Hani tak sampai hati nak tengok dia jatuh sorang-sorang. Bukan berlagak baik. Tapi memang Cik Hani macam tu. Ntah la. Kembali bersama? Memang tak la (Insya Allah). Masih berbekas lagi di hati dengan apa yang dia dah buat, apa yang dia dah cakap. Kalau diingatkan balik, pandang muka dia pun tak hingin. Tapi luka tu Cik Hani simpan jauh-jauh. Cik Hani cuma niat nak tolong bangunkan dia balik je. Cukup-cukupla tu bersedih dan bergelumang dengan tahi sendiri. Bangunlah sayang. Itu untuk kebaikan kamu sendiri. Bukan untuk aku. Tapi untuk KAMU. JAGA DIRI, JAGA HATI.


********************************

Habis. Sekian.

Wednesday, November 13, 2013

Random #11 Tipu & Tak Jujur

Assalamualaikum.

Masih dalam kecelaruan emosi. Oleh itu, sila jawab pertanyaan di bawah :

  • Apa korang akan buat kalau orang yang korang percaya tipu korang?
  • Apa korang akan buat kalau kawan korang tak jujur dengan korang?
  • Apa yang korang akan buat bila dapat tahu yang kawan korang tu dah tipu korang tapi dia still buat muka slumber and tegur n cakap2 dengan korang macam xde pape yang berlaku?
  • Apa yang korang akan buat kalau korang jumpa orang yang pentingkan diri sendiri?


Tipu dengan tak jujur tu sama je konsep dia. Lebih kurang. Tipu tu memang dia dah niat nak menipu dari awal lagi. Tak jujur tu bila dia ada niat nak bagitau perkara sebenar tapi dia simpan dulu. Tapi konsep dia sama. TIPU.

Kalau korang dapat kawan macam ni, apa yang korang nak buat? Cik Hani dah penat dengan semua ni. Tapi, salah sendiri gak. Sendiri cari pasal. Sendiri nak tahu sendiri tanggung la luka tu.

Payah nak terangkan situasi dan punca sebenar entry ni. Semua masalah dulu datang balik dalam otak ni macam wayang. Babik! I hate this situation.

Thursday, November 7, 2013

Random #10 Lari

Assalamualaikum.

Harini rasa caca marba balik. Rasa nak lari je dari semua ni. Rasa nak apply kerja ke sambung belajar ke dekat oversea. Mana-mana la. Asalkan dapat lari dari sini. Rasa nak pergi jauh dari Malaysia ni. Allahumma Yassir Wa La Tu'assir.

Wednesday, October 23, 2013

Random #9 Susahnya la pakai smartphone

Assalamualaikum.

Di saat Cik Hani menulis entry ni, emosi Cik Hani berada dalam keadaan tidak stabil. Kesan makan ubat banyak sangat. Adoila doktor weyhhh~ Ubat apa Dr. bagi ni? Abes period, emosi, selera makan sume kacau ni. Adesss~ Penat la macm ni. Bila Allah tarik nikmat sihat tu, baru tahu erti penyesalan!.

Ape benda yang Cik Hani mengarut ni? Sila abaikan ye. Maapkan saya penunggu gua. Cerita pasal nikmat ni, baru-baru ni adik Cik Hani beli handphone baru. Handphone Cik Hani plak dah hilang masa pegi umrah haritu. Iyeee...handphone Galaxy Note Cik Hani tu dah hilang. Wuhuhuhu~ Sedih gile kot!! Semasa ketiadaan smartphone, ummi Cik Hani belikan handphone Ninetology. Bapak saket hati gile gune handphone tu. Beli pakai rebate rm200 untuk Pakej Komunikasi Belia tu. Kalau ikut ranking 'kecerdikan' macam ranking exam masa sekolah dulu, kompom handphone ni la paling tak cerdik, paling corot.

Bayangkanlah Cik Hani dah biasa pakai Galaxy Note, suddenly phone hilang. Masa kat Mekkah tu pakai handphone Nokia cokia biasa je. Nak online gune phone S2 adik. Masa tu pun Cik Hani dah complain "slow gile fon kau!". Bila pakai handphone Ninetology tu memang mencarut-carut je la kejenye..huhuhu~

Berbalik pada cerita adik Cik Hani beli handphone baru, dia beli Galaxy Note 3. Dia tanya la sikit pasal Note. Pastu dia cakap,

Adik : Yong, patut kau komplen masa pakai handphone aku kat Mekkah kau kata handphone tu slow. Bila aku dah pakai Note, bila pakai balik S2 tu, baru sedar memang slow handphone tu compared to Note. Padahal baru pakai Note bape hari je.

C.H : Kannnnnnn~ Baru kau tahu erti nikmat! hahaha!!

Kitorang ketawa-ketawa je masa tu. And, the best part is, tunang adik Cik Hani pun hilang handphone. So, Cik Hani pakai handphone adik S2, handphone Ninetology ni bagi tunang adik pakai. So, adik Cik Hani cakap, kalau Yong pun boleh sabar pakai handphone ni, maksudnya kau pun boleh. Hahahaha!! Nampak sangat Cik Hani kurang sabar. Cik Hani cakap kalau dia boleh sabar pakai handphone tu, InsyaAllah dia boleh join untuk ajar special needs children. Bwahahaahha!!

Ok. Tu je. Revolusi handphone.

Sekian carutan dan karutan saya untuk hari ini.

Monday, October 21, 2013

Relevankah memberi nasihat kepada orang yang sedang berputus asa?


Assalamualaikum,

Harini topik kita serius sikit ye. Moga-moga dapat membantu mereka yang sedang berputus asa mahupun insan2 yang ingin membantu individu yang sedang berputus asa.
 
Secara fitrahnya, individu yang berputus asa akan meluahkan dukacitanya itu kepada orang yang paling dekat dengan hatinya sama ada ahli keluarga mahupun sahabat karib. Namun, nasihat yang seringkali kita dengar (mahupun diberikan) kepada individu tersebut adalah :

Sabarlah, ada hikmah di sebaliknya. Itu semua ketentuan-Nya.
Allah itu Maha Adil. Dia uji sebab dia sayangkan kau. Sabarlah.
Kuatkan hati kau, bila kau bersabar Allah akan membalas semua itu dengan berita gembira.

Masih relevankah memberi nasihat dengan menyuruh mereka bersabar? Bukan mencabar ketentuan takdir atau mahu membuktikan bahawa sabar itu tidak perlu. Tapi, sedarkah kita bahawa mereka memerlukan sokongan kita, mereka berkongsi rasa dengan harapan kita mampu mengurangkan beban jiwa mereka?

Ya, mereka tahu mereka perlu bersabar, mereka tahu mereka perlu menerima takdir, tetapi hati mereka belum cukup kuat untuk semua itu. Cik Hani pernah berada di dalam dua-dua situasi ini, memberi nasihat kepada orang yang berputus asa dan menjadi orang yang berputus asa. Situasinya sangat berbeza.

Menjadi pemberi nasihat kadang kala membuatkan diri kita memandang rendah kepada orang berputus asa kerana mereka seolah-olah tidak mahu menerima takdir. Menjadi orang yang berputus asa pula adalah sangat mendukacitakan bilamana kita menyedari bahawa hidup itu tidak semudah yang diperkatakan dan orang disekeliling kita hanya pandai berkata-kata.

Selepas menjadi orang yang berputus asa, Cik Hani sedar bahawa orang-orang yang berputus asa memerlukan sokongan lebih dari sekadar menasihatkan mereka untuk bersabar.

Hanya individu yang melalui situasi itu yang mengerti situasi sebenar mengapa mereka sukar untuk melangkah pergi atau menjadi kuat dalam tempoh terdekat. Berkongsi duka belum mampu menjelaskan situasi mahupun punca sebenar. Hanya individu tersebut yang mampu mengubah dukacitanya itu kepada kekuatan hati.

Kita seharusnya tidak hanya menggalakkan mereka untuk bersabar tetapi kita harus menyatakan bahawa betapa teringinnya kita untuk melihat mereka gembira dan bahagia serta meninggalkan tompok dukacita itu. Hanya dengan keinginan mereka sendiri, mereka mampu bangkit dari putus asa itu.

Berikan mereka masa untuk menyendiri. Jangan terlalu memaksa mereka untuk bersabar dan menerima takdir. Ingatkanlah seperti mana Allah yang selalu ada untuk hamba-Nya, kita juga berusaha untuk sentiasa berada di sisi mereka. Mungkin kita tidak memahami situasi mahupun perasaan sebenar mereka yang sedang berputus asa, namun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memahami keadaan mereka.

Bertabahlah wahai hati-hati yang sedang berdukacita.
Kuatkan pasakmu wahai hati-hati yang sedang berputus asa.

Friday, October 18, 2013

Post lama yang dah di'publish' balik. Random #8

Assalamualaikum.

There is nothing I want to hide. This is my blog so this is part of my world. Blog ni jadi saksi suka duka cinta luka tawa tangis Cik Hani selama ini. Dah nama pun blog picisan lagi mengarut. Selamat membaca entry-entry lama Cik Hani. Moga jangan ada yang terluka, especially YOU. Read at your own risks. Muntah hijau ke, geli geleman ke, histeria ke, SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Dear you,

There are 3 posts that I republish again :
1. Dalam Hati Ada Taman
2. First Date
3. Bear With It Hani


Monday, July 29, 2013

Random #7

Assalamualaikum.

My emotional condition are getting worst. Oh Allah, kindly guide me. Give me enough courage and strength to go through this difficult stage.



Wednesday, June 26, 2013

Entry Padat Maksima Versi Jerebu

Assalamualaikum.


Dah lama tak update blog ni..Siannnnnn diaaaaaa~ So harini Cik Hani nak buat entry padat maksima..Bwahahaha!!

1. Student & Blog.
Dari semalam rasanya students Cik Hani mintak tolong Cik Hani ajar untuk setup kan blog diorang. Alahai~ Dah lama dah Cik Hani tak godeh2 blog ni. Mana la ingat. Ajar je la semana yang mampu. Diorang punya assignment kena buat blog. Kui3~ Menggagau nak buat. Miahaha~ (Tak baik gelakkan students sindri).

2. Hari yang baik.
Harini dari pagi tadi Allah tolong permudahkan semua. Alhamdulillah. Dari malam semalam lagi Cik Hani happy. Happy because of him. Awwww~ (Gatal!) Pastu happiness tersebut diteruskan dengan jerebu yang agak kurang berbanding hari sebelumnya. Pastu dapat breakfast dari Kak Oswa. Dah la memang kebulur pagi tadi. Pastu borang claim sume Prof. dah signed. Order Pizza plak as lunch. Pastu Ummi plak call kata Visa dah approve insyaAllah fly 1 Julai ni. ALHAMDULILLAH YA ALLAH~

3. Students kena marah.
Padan muka korang. Tak pernah tengok Miss Hani marah kan? Padan muke. Semua kena. Main2 la lagi. Do not take me for granted.

4. Kek Coklat Moist Kurang Kasih Sayang
Haritu Cik Hani buat Kek Coklat Moist. Resipi cedok kat internet tapi Cik Hani derhakakan resipi tu. Bwahahaha!! SEDAP NAK MATI rase dia..SEBAB MOISSSSSSSSSSSTTTTTTTT SANGATTTTTTTTT. Tak sempat nak tangkap gambar banyak2 sebab asyik ngap je kek tu. Resipi dia simple gile sebab tak pakai butter/marjerin, telur and susu. Yessss. TANPA 3 bahan tersebut.

Nah resipi kek coklat moist kurang kasih sayang (TANPA butter / marjerin / telur / susu pekat atau cair)


Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
    ** Kalau pakai self raising flour, tak payah bubuh baking powder and soda bikarbonat.
  • 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
    ** ikut suko den bubuh tak sampai 1/2 cawan pun. ehehehe~
  • 2 cawan gula icing
    ** diderhakakan lagi jadi 1 1/2 cawan gula je.
  • 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh.
    ** Cik Hani pakai Nescafe 3 in 1 regular (paket merah).
  • 2  1/2 cawan air panas
    ** Cik Hani pakai air mineral sebab ingat Ummi penah pesan kalau dah godak2 pukul bancuhan tu dia dah tangkap angin. So kalau masuk air panas nanti angin tu sume kuar. (rasenye la~).
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
    ** Minyak jagung tak cukup so Cik Hani campur minyak jagung and minyak masak. Ehehe~
  • 2 sk cuka
    ** Cuka takde so Cik Hani perah limau. Ehehehe~
  • 2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan. Cik Hani tak tapis pun. Kacau je dengan whisk sampai dia sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu  bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

SEDAP GILERR WEYHHH!!! THANK YOU KAK DAYANGJACK FOR THIS OWHSEM RECIPE!

Bila dah siap, kek ni kurang manis sket. (Padan muke sendiri sebab pandai2 alter resipi orang). So Cik Hani melted kan cooking chocolate (double boiled technique) pastu sebab kek Cik Hani ada 2 lapis sebab masa tu tak muat loyang and loyang ada 1 je. So dengan seronoknye Cik Hani buat kek 2 lapis. Tengah2 dengan atas dia Cik Hani bubuh coklat tu. Coklat rice pun xde. Sebab tu kek tu kek kurang kasih sayang. Ohohoho~ Janji sedap.



Okayyy~ Tu Je untuk entry kali ni.. Ehehehe~

Monday, April 29, 2013

Random #6

Assalamualaikum.

Miahahaha~ (motif tau first update ayat ketawa..ngeh3)

Cik Hani telah berazam untuk update 2 entry je setiap bulan untuk tahun ni. DASAR BLOGGER PEMALAS!! Ngeh3~

Saat entry ni ditulis, Cik Hani amik masa yang agak lama untuk menghabeskan entry ni sebab taip gune iPad member so dengan sesuke hati je iPad ni tukar perkataan2 Cik Hani gune autocorrect. Keypad locked betul!! Suke suki je tukar. Arghhh!!! Sesuke jadi sensual, suki jadi Suji, suke ati mak pak dia je. I HATE YOU AUTOCORRECT!!

Okay. Entry random ni memang akan cite pasal random things happen in my life la. So far Alhamdulillah, masih bernyawa dan sihat. Sakit sesikit tu biasala..kifarah dosa..huhuhu~ btw, sila abaikan entry2 emo or bunge2 cinta yang ada dalam blog ni ye. Ngeh3~

Okay...tu je...papai~

Saturday, February 23, 2013

Random #5

Assalamualaikum.

Pernah tak korang semua rasa sakit hati yang tak dapat nak diungkapkan? Rasa sayu, pedih, pilu, tertekan yang bercampur baur sampai korang pun tak tau macam mana nak terangkan dan korang sendiri pun tak faham apa yang korang rasa tu sebenarnya marah ke kecewa ke hape. Pernah tak? Pernah tak korang rasa macam tu? 

Itulah apa yang Cik Hani rasa sekarang.

Wednesday, November 14, 2012

Random #4

Assalamualaikum..

Pok3~ Tepuk habuk2 dan sawang2 yang ada kat blog Cik Hani ni. Ya ampunnnnnn~ Lama gile tak menaip. Maafkan saye....

Biasalah, macam-macam hal yang berlaku lately. Stress kat tempat kerja, kena pindah office baru, bergaduh dengn best buddy, notebook rosak. Damn..sebut pasal notebook, disebabkan notebook Cik Hani dah rosak dan Cik Hani telah membeli Asus Vivobook, I am officially Windows 8 user. Bwahahahaha!! Soooo berlagak  proud! Miahahaha~

Okay...nak iron baju dulu..Kejap lagi nak keluar..

#motifsangatkanupdatepasalnotebookbaruje..wahahahha!!

Thursday, October 25, 2012

Random #3

Vavik tu bukan untuk kau! Aku tension kat tempat kerja ni tau tak?? Pindah2 barang sume ni. Aku stress kat tempat kerja la bengong! Status tu bukan untuk kau! Daripada aku tak panggil kau vavik baik aku panggil kau babi terus kan lepas baca instagram kau tu. Puas hati sekarang??!!

Saturday, October 20, 2012

Random #2

Asslamualaikum. Just a very short update from me. I received a news from my best friend. I should be happy. But then I realized that deep inside my heart I feel SOOOOOO SAD. Is it consider good news or not? Good news for you but not for me I guess. Regardless my stupid feeling, I just want to say CONGRATULATION DARLING. I wish you all happiness in the world. My last wish is : I hope we can celebrate our birthday together, last before your happy day. I will miss you darling. Thank you for being a very good friend for me. Always stand by me. Thank you darling.
Let me be an owl. (. .*)Y

Thursday, October 18, 2012

Random #1

Kalaulah kau mampu memahami apa yang aku rasa sekarang. #kauyangtakmengerti.P.E.N.A.T