PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~
Showing posts with label MeRePeK. Show all posts
Showing posts with label MeRePeK. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Fuhhhh~ Fuhhhh~ *tiup habuk-habuk dekat blog

Assalamualaikum...

Punye lama Cik Hani tak update blog.....last update October...tahun ni tahun paling tak produktif untuk blog Cik Hani..okay la..tahun depan Cik Hani berazam untuk jadi lebih produktif untuk blog ni..cheewahhh~

Nasib baik blog ni tempat Cik Hani meroyan sorang2 luahkan perasan and simpan memori-memori busuk Cik Hani. Hahahaha!! Bukan nak cari follower atau stalker pun (eyh?) hahahaha!!

Okay..cerita penghujung tahun..Cik Hani buat compile sket ape yang dah berlaku..mana yang ingat la ek~

*************************

Kawen.

Okay baca tajuk tu tolong la jangan tanya bila Cik Hani nak kawen k. Tu title untuk my buddies yang dah kawen. Tahniah Khai, Shafex dan pasangan. Dah takde privileges untuk gedik2 gaduh and lepak sampai pagi dengan Khai and Shafex dah pasni. Memang la wife Khai tu kawan Cik Hani jugak tapi hormatlah perasaan dia jugak kan? Dia memang tak jeles dengan Cik Hani sebab Cik Hani pernah bagitau, orang gile je yang jeles dengan aku ni. Yelaaa...Cik Hani ni kan weng sket perangai. Diorang selalu lupe Cik Hani ni pompuan (ouchh~). So kalau nak jeles bila Cik Hani lepak dengan Khai ke Ejal ke, memang kompom sewel sebab jeles dengan orang gile. Hahahah!!

2 down, 1 more to go. Lepas ni turn Ejal. Yang ni sedih lebih sikit la sebab dengan Ejal la gaduh paling teruk. Hahahaha!! Mamat tu pi suh Cik Hani sponsor wedding dia..Siap bagi options hokay nak sponsor mana satu. Pilihan pertama : baju kawen. Gile!! Mak dia kan mak andam. Ade ke suh Cik Hani sponsor baju kawen. Pilihan kedua : goodies bag utk VIP, 300 beg plak tu. Gile banyak VIP dia!! Pilihan ketiga : honeymoon package, berpeluh dengar..Cik Hani kata Cik Hani beli kat Groupon cuti dalam negara je and transportation tak masuk. Hahahaha!!  

Haishhhh~ Lepas ni tak boleh nak pow hadiah besday dari Ejal lagi dah. 



Pangkat & Sambung Belajar.

Alhamdulillah...setelah sekian lama pending, Cik Hani dapat sambung belajar next year. Sambung Master dekat Universiti Malaya..Haishhhh~ Dah tua baru nak sambung Master..Hahahaha!! Then, tahun depan Cik Hani promoted as Head of Program (Early Childhood)...Alaaaaahai...makin kudut la pasni sebab busy.

By the way, Cik Hani buat home-based therapy for special needs. Takde la nak beria kata hebat ke hape tapi buat suka2 nak kerja balik dengan budak2. Lagipun parents diorang request untuk tolong ajar anak2 diorang. Tak sampai hati plak nak kata tak. Hehehehe~



Okay..sebenarnya baaaaaaaaanyak benda nak cita tapi lupa sebab tadi Cik Hani tido time lunch. Bangun teruih blank pale hots ni..Hahahahah!! Soo chao chin chao~

Wednesday, June 25, 2014

Confronting a Heart Broken



Assalamualaikum,

For the first time ever, I managed to confront a lie without any drama or childish behaviours. I guess because of aging and I'm getting older. Haha.

Or..

I am just too tired with all of this. Too tired.
So I decided to just go with the flow.
No more fight back to defend what I loved.

Because what you love might not love you back as what you think.

Expected.
Nothing much change and it would not make any differences if I confront in negative ways.

Full stop.



Friday, April 4, 2014

Another Guibo's Story

Assalamualaikum.

Bwahahahaha!!

Okayyy..motif sangat nak ketawa tiba-tiba kan? Biasalah masih mood happy. Angau dengan si Guibo x abes lagi. Bwahahaha! Gataiiiiii~

Okay...semalam memag stress gila pasal kerja. Adalah isu dia. Kang tulis kat blog kang mana tau management ke atau ada sape-sape yang 'baik hati' pergi print screen ke hape kang, tak pasal je kang. Huhuhu~ So, dengar la Flyfm masa nak drive balik. Hujan dengan jammed memang kombinasi yang terbaik waktu tu.. -__-" Zher dengan Guibo buka line untuk pilih lagu. So, semangat la called sebab tengah jammed nak 'mam..' masa tu. Zher yang angkat call masa tu. Zher pun dah panggil nama Hani Suke Dia. Bwahahaha..abes kantoi nama fesbuk. Hahahah!!

So, Zher tanya how is my day..of coz laaaaa Cik Hani jawab bad day. Memang rasa nak benti kerja time tu. Huhuhuhu~ Pastu Zher put my call on hold. Bila dia jawab balik, dia kata to soothe me, Guibo will says romance hape benda ntah untuk tenangkan Cik Hani la konon.

Background music masa tu memang lawak gile. Hahahaha!! Psstt..Guibo call me sayang..hahahahaha!!! Perasan nak mati masa tu..Hahahaha!! Cik Hani dengan Zher dah ketawa-ketawa dah. Memula je sayang pastu Cik Hani balik. Dia dah abes cakap, Cik Hani kata WILL YOU MARRY ME? (gataaaaaaayyyyyyy) Hahahahaha!!!

Guibo cakap dia pemalu. Hahahaha!! Zher dah gelak abes dah masa tu. Tapi deal dia, Guibo kena tengok horror movie first. Ofkos la dia taknak. Bak kata Zher la, enough with eating chicken, don't date with a chicken. Keh3~

Then, Cik Hani request lagu One in a Million by Ne-Yo. Dedicated to my lovely mother for her belated birthday. So, bila bagitau date tu, Guibo pun cakap la sama dengan birthday dia. Zher dah gelak2 cakap you were meant to be together. Bwahahahah!! Siap sebut mother-in-law lagi. Adoi lawak..

Tapi disebabkan tu sume pre-record, masa on air tu diorang dah siap potong la. Cik Hani siap rakam okayyyyy~ So kalau takde mood nanti, dengar tu kompom ketawa..Hahahaha!!

Thank you Zher and Guibo. Both of you really make me smile. Never fail! Kelakar la korang. Suke! Suke! Suke!

Btw, ni kalau awek si Guibo baca ni, mau perang nanti. Jangan simbah asid kat saya. Saya peminat Guibo je. Berangan je lebih ni. Macam saya berangan pasal Gary Runningman tu. Hahahaha~

#sebarkansayang

Wednesday, April 2, 2014

Guibo (Flyfm) & Kang Gary (Runningman)

Assalamualaikum.

I am baaaaaaaackkkkkk~ Hahahahaha~ Fuhhh~ Fuhhhh~ Cleaning the dust in my blog. Hehehehe~

Durjana apakah yang membuatkan Cik Hani punya entry tajuk lagu ni? (-_-)?

Sebaaaaaaabbbbbbbbb...tadi Cik Hani dapat tangkap gambar dengan Guibo uollssss~ Ya Allah.....luckily my students were around. Kalau takkkkkkk~ memang lagi teruk aku melompat peluk2 Guibo.Why you are sooooooo cute Guibo?!!

Siap patah balik sebab nak tangkap gambar dengan Zher plak...Aaaaa~ melted dengan Guibo...

Dulu, Cik Hani pernah call pasal topik "apa yang perempuan suka ubah pada lelaki?". So Cik Hani kata la Cik Hani nak diorang settle down, cari kerja bagus2, beli rumah n kereta. So, kalau diorang tak kawen dengan Cik Hani pun at least diorang dah prepare untuk get married with another woman. So Guibo said he still wants to party. Cik Hani jawab balik "no worries, go ahead, party as much as you want. I don't mind as long as you know when to stop." Zher and Guibo dah ketawa. Guibo said he have to find me. Cik Hani jawab balik "come,let's start a date, cause I am single right now" Bwahahahaha!!

Jadi, apa kaitan dengan Gary plak? Well, If I buy a new teddy bear after this, I will name it with Guibo because I already have my own Gary so I want my own Guibo plak. Bwahahahaha~ Gataaaaaaaiiiii~

Psst..Guibo's birthday is same with my mum's birthday hokaaayyy~ Ohhh~ Perasan jap ada jodoh dengan Guibs..hahahahaha!!

Guiboooo.....will you marry me? (.^^.)Y




By the way, ni entry semalam tapi tak sempat nak post. Huhuhu~

Saturday, March 8, 2014

Double K stories.

Assalamualaikum.

Cik Hani tengah dalam kelas ni tapi dah bagi kerja dekat students. Suh diorang siapkan assignment. Hahahaha!! Baik terlebih lecturer ni.

Btw, this is short entry. Rasa terpanggil nak buat entry ni.

First,
Tahniah untuk my best buddy Khai yang dah tamat latihan polis. Yeayyy!! Lepas ni jadi abang polis la. Jangan libatkan diri dalam rasuah ye. Tak kira kerja polis ke, cikgu ke, nasihat ni untuk semua.

Second,
Dear you, cakap la apa pun, buat la apa pun, luka yang ada masih kekal. All your ignorance tu still stay in my heart, my mind, and my vein. I am not your second option. So do her. We just treat you as a friend. People may misjudge by thinking that we are get back together. But, I received enough shit from you. Dah banyak gila taik yang kau baling, yang kau palit pada aku. So, cukup-cukup la tu.
Aku tak boleh lepaskan DIA sebab aku rasa dia yang paling baik dan sempurna untuk aku, pendek kata he is the best for me. But YOU, you think YOU are the best for her, that is why you can't let her go. Just because you think you are the greatest and the perfect match for her. Can you see the difference now? Ada bezanya tak boleh lepaskan sebab dia paling bagus dengan rasa diri sendiri paling bagus. Sudah-sudah la dengan segala mak nenek tipu helah tu. Tak penat ke? Tolong kesiankan diri sendiri.
Yee, I nampak okay, boleh senyum dengan you, boleh ketawa buat lawak dengan you. But, don't you know that everytime I see your face, even heard your name been called, all your curses, accusations, bullshits, lies, pain, ignorance, semua tu macam wayang dalam kepala ni? SEMUA TU. Semua taik tu aku ingat.

Okay, baik aku stop kat sini sebelum semua aku carut. Haha.

Sunday, January 26, 2014

Stress is a Silent Killer.

Assalamualaikum.

Merujuk kepada tajuk entry kali ni, wahhhhh...ilimiah sangat tau....Hahahahaha! Okay, back to the point. Baru-baru ni, Dr. cakap Cik Hani kena depression a.k.a kemurungan. Yang paling best, Cik Hani pegi klinik, Cik Hani bagitau siap2 dengan Dr. yang Cik Hani kena panic attack and depression. Ketawa terus Dr. tu..hehehehe~

Dah 3 minggu sebenarnya Cik Hani depress and stress melampau-lampau. Macam-macam hal jadi. Sampai satu tahap Cik Hani rasa nak give up. Rasa penat sangat. Masalah kereta, masalah duit, masalah keluarga, masalah diri sendiri, regret with everything and every pain, dan penyumbang utama kepada stress Cik Hani adalah masalah kerja. The worst part is, mamat tu ingat Cik Hani kena depress sebab dia bercakap balik dengan lady tu. Adoiyai~ Lagi stress dengar statement tu.

For your information (even you might not read my blog because you remember nothing about me), I am having obsessive thoughts in the past few weeks. You and HIM (not her) were PART of the reason. Read properly please. PART OF THE REASON. BUT, I am NOT DEPRESSED because you talked to her or you already okay with her (in fact I am glad you were not ignoring her or pretending that she is not around you like how you did to me), I AM REGRETTING MY MISTAKE BY CHOOSING YOU TO BE PART OF MY LIFE AND YOU CHEATED ON ME AND KEEP LYING TO ME LIKE I AM NOTHING TO YOU!!!.

ohhhh~ Leganya dapat luahkan benda ni. Hahahaha! Serius, masa kena panic attack tu, memang rasa macam "habesla aku...tak penah-penah tak boleh control stress sampai depress macam ni" Bila dah okay sket baru pergi klinik jumpa Dr.

Takpe. Allah ada. Sabar je. Stress ni memang silent killer. Tak boleh biarkan. We have to find any ways to channel out our stress and redirect our mind. Jangan jadi macam Cik Hani. Simpan sume benda sorang2 sampai kena panic attack. Hahahaha!! Kalau pikir balik, macam lawak pun ade. Ape laaa...mujur study psychology, so all the symptoms tu Cik Hani dah tahu..hehehehe~

Jaga diri, jaga hati. Sebarkan sayang.

Wednesday, January 22, 2014

Loneliness

Assalamualaikum.

Baru berkesempatan nak update blog ni. Dah berkarat, berhabuk dah blog ni. Adesssss. Mujurlah blog ni untuk mengarut-ngarut je. Kalau blog ni dibuat untuk kejar follower, kompom dah lari sume follower. Hahahaha~

Lately Cik Hani rasa empty and lonely gileeee!! Tak tau nak cakap macam mana tapi memang rasa kosong. Rasa penat. Penat nak berpura-pura yang Cik Hani ni kuat. Penat sangat. Makin Cik Hani cuba sibukkan diri, makin rasa kekurangan dan kosong.

One of the reason, maybe because I still can't let him go. Someone that I really care. Someone that I really love. Memang susah nak lepaskan dia. Nak-nak lagi bila orang yang hadir lepas dia pulak buat taik. Cik Hani rasa macam susah nak cari balik 'sparks' tu. Cik Hani selalu rasa macam boleh ke jumpa lagi orang yang betul-betul faham Cik Hani macam dia? Boleh ke orang lain tahan and faham dengan perangai Cik Hani ni? Alangkan best buddy Cik Hani yang dah kawan 6, 7 tahun pun boleh gaduh sampai babi-babi sebab hal kecik je (hahahaha!!), ni kan plak nak start relationship yang ada komitmen sampai mati.

Bukan tak bagi peluang pada orang lain, tapi...entahla..susah nak terangkan.

Rasa macam nak lari je dari semua ni. Penat sangat!

Thursday, December 26, 2013

20 stupid things.

All of these are part of the things that keep running in my mind and heart now. Pant*k!

  1. Lepaskan.
    Mudah dilafaz, tak mudah dilaksanakan.
  2. Mari sebarkan kasih sayang. Jangan jadi extremist and racist.
  3. Terluka tapi masih pergi.
  4. I want to be the reason for your smile.
  5. Please AWARE my presence in your life.
  6. Acknowledgement & Ignorance. Fecking pain you Idiot!!
  7. Apa yang dicari dalam hidup?
  8. Mari berubah menjadi yang lebih baik. Susah. Tapi itu Jihad.
  9. Untuk terus kekal positif adalah sukar tetapi tidak mustahil.
  10. Biarkan ku hidup, dalam penyesalan ini.
    Terlambat kusedari.
  11. Biar semua tahu ku terluka.
  12. I am not strong enough.
  13. Tired of pretending that I am OKAY.
  14. I am NOT OKAY you idiot!!
  15. Tolonglah cabut balik semua duka dalam hati ni.
  16. Regret of making mistake in my life by falling in love with you.
  17. Sakit b*do*!!
  18. Tired with all dramas.
  19. Let's move on. Find a new job, find a new guy, find a new life. Wait. I don't need a guy now.
  20. Hai awak, saya suka dengan awak. Hahaha!!

Friday, October 25, 2013

Pesanan untuk Perempuan

Assalamualaikum.

Harini hati Cik Hani tergerak untuk menulis pasal perempuan. Sebab apa? Sebab Cik Hani pompuan la! Hahaha! Jangan serius sangat boleh tak? Cik Hani nak tulis pasal perempuan dan berdikari. Bukan megi kari. Okay tak lawak.

1. LESEN MEMANDU.

Haritu lagi Cik Hani nak bincang pasal perlunya perempuan sekarang untuk berdikari. Di saat mengharungi dunia yang semakin mencabar sekarang ni (skema kan?), sedar tak wahai kaum Hawa sekalian bahawa pentingnya kita berdikari? Ambil contoh paling senang, lesen kereta. Iye. Lesen kereta. Tahu tak betapa pentingnya kepada perempuan untuk ada lesen kereta DAN boleh memandu kereta sekarang ni?

Cik Hani ambil lesen kereta masa umur 17 tahun. Mule2 macam tak heran sangat pasal lesen kereta ni. Tapi, bila dah 'tercampak' belajar kat Sabah tu, rasa macam "Bapak ahh! Nasib baik dah ada lesen kereta." Macam-macam insiden yang membuatkan Cik Hani bersyukur ada lesen dan tahu memandu kereta. Masa best friend Cik Hani si Ros accident, kami berulang alik ke hospital, sewa kereta dan Cik Hani yang drive. Bayangkanlah, kita dah jauh dari family, dengan kawan-kawanlah kita bergantung harap.

Masa kat Sabah tu lagi best, bila Khai, Ejal, Pendi, Myteam (termasuk Shafex sekali rasenye) TAKDE LESEN!. SERONOKKKKKK SANGAT bila selalunya Cik Hani yang jadi driver diorang baik kat Sabah ke kat KL memang Cik Hani la yang drive. Masa dah kerja kat KL ni, barulah diorang amik lesen kereta. Tu pun MALAS LAGI nak drive (asyik aku je yang kene!).

Samalah situasi bekerja di KL ni. Ada lesen kereta membolehkan kita semua bergerak bebas. Bayangkan kalau adik beradik atau saudara mara kita accident di KL tengah-tengah malam dan kita yang paling dekat, nak datang membantu. Tapi kalau kita takde kereta, kan agak bahaya kalau nak naik teksi ke tempat kejadian. Takkan nak telefon kawan2 yang ada lesen untuk bawak kita pegi ke tempat tu?

Jadi, paham tak kenapa pentingnya lesen memandu dan kebolehan membawa kereta?


2. PENDAPATAN

Next, pentingnya kita sebagai perempuan ni untuk berkerja atau memiliki pendapatan sendiri. Cik Hani tak cakap la kita kena pergi kerja tempat grand2 kat office bagai sampai balik lewat malam. Cik Hani pun takde la nak cakap yang kita tak elok nak jadi suri rumah sepenuh masa. Buatlah apa pun, kerja sepenuh masa di office atau suri rumah sepenuh masa, asalkan ia mendatangkan pendapatan kepada kita.

Siapa cakap jadi suri rumah tak boleh dapat duit? Boleh. Buat bisnes dari rumah, kerja sambilan macam jahit langsir ke, jahit manik kat baju ke, buat kek ke, jual nasi lemak depan rumah ke, asalkan ada duit masuk dalam poket. Kita tak tahu masa bila kita memerlukan duit dengan jumlah yang banyak. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba (nauzubillah) suami kita ditimpa kemalangan, atau dibuang kerja? Dan kita bergantung sepenuhnya dengan dia sebagai punca mata pencarian? Susah kan? Susah bila kita terpaksa mula berfikir macam mana nak cari modal nak mula berniaga ke, nak jual ape ke. Susah.

**********************

Cik Hani menulis ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Cik Hani sendiri. Takde niat nak menyindir sesiapa. Ada dalam kalangan orang-orang yang terdekat dengan Cik Hani lalui benda ni semua. Payahnya diorang bila isteri/tunang/awek/kawan karib yang takde lesen. Risaunya Cik Hani fikir bila tengok perempuan yang tak bekerja dan lepak2 kat rumah meanwhile husband diorang kerja. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Baik kita bersiap sedia dari sekarang.

Tak salah menjadi perempuan yang berdikari dan tak bergantung sepenuhnya dengan lelaki. Bukannya hilang manja tu kalau kita berdikari pun.

Wednesday, October 23, 2013

Random #9 Susahnya la pakai smartphone

Assalamualaikum.

Di saat Cik Hani menulis entry ni, emosi Cik Hani berada dalam keadaan tidak stabil. Kesan makan ubat banyak sangat. Adoila doktor weyhhh~ Ubat apa Dr. bagi ni? Abes period, emosi, selera makan sume kacau ni. Adesss~ Penat la macm ni. Bila Allah tarik nikmat sihat tu, baru tahu erti penyesalan!.

Ape benda yang Cik Hani mengarut ni? Sila abaikan ye. Maapkan saya penunggu gua. Cerita pasal nikmat ni, baru-baru ni adik Cik Hani beli handphone baru. Handphone Cik Hani plak dah hilang masa pegi umrah haritu. Iyeee...handphone Galaxy Note Cik Hani tu dah hilang. Wuhuhuhu~ Sedih gile kot!! Semasa ketiadaan smartphone, ummi Cik Hani belikan handphone Ninetology. Bapak saket hati gile gune handphone tu. Beli pakai rebate rm200 untuk Pakej Komunikasi Belia tu. Kalau ikut ranking 'kecerdikan' macam ranking exam masa sekolah dulu, kompom handphone ni la paling tak cerdik, paling corot.

Bayangkanlah Cik Hani dah biasa pakai Galaxy Note, suddenly phone hilang. Masa kat Mekkah tu pakai handphone Nokia cokia biasa je. Nak online gune phone S2 adik. Masa tu pun Cik Hani dah complain "slow gile fon kau!". Bila pakai handphone Ninetology tu memang mencarut-carut je la kejenye..huhuhu~

Berbalik pada cerita adik Cik Hani beli handphone baru, dia beli Galaxy Note 3. Dia tanya la sikit pasal Note. Pastu dia cakap,

Adik : Yong, patut kau komplen masa pakai handphone aku kat Mekkah kau kata handphone tu slow. Bila aku dah pakai Note, bila pakai balik S2 tu, baru sedar memang slow handphone tu compared to Note. Padahal baru pakai Note bape hari je.

C.H : Kannnnnnn~ Baru kau tahu erti nikmat! hahaha!!

Kitorang ketawa-ketawa je masa tu. And, the best part is, tunang adik Cik Hani pun hilang handphone. So, Cik Hani pakai handphone adik S2, handphone Ninetology ni bagi tunang adik pakai. So, adik Cik Hani cakap, kalau Yong pun boleh sabar pakai handphone ni, maksudnya kau pun boleh. Hahahaha!! Nampak sangat Cik Hani kurang sabar. Cik Hani cakap kalau dia boleh sabar pakai handphone tu, InsyaAllah dia boleh join untuk ajar special needs children. Bwahahaahha!!

Ok. Tu je. Revolusi handphone.

Sekian carutan dan karutan saya untuk hari ini.

Tuesday, July 23, 2013

Missing My Buddies!

I really MISS the moments of having fun and getting support from my best buddies.

Assalamualaikum. Lupe plak tadi. Biasalah, kalau otak tengah celaru memang camni. Bila jadi camni, mule la rase rinduuuuuuu sangat dengan my buddies. Padan muke kitorang. Sape suh gaduh, langsung dah tak boleh lepak sekali. Paling close of course la Khai, Ejal, Shafex, Fendi and Myteam. SIla take note ye, memang Cik Hani lagi ramai kawan lelaki instead of girl. (-  -")

Tapi Myteam kat Johor so jarang jumpe. Fendi pun sama sebab dia sambung belajar. Myteam ni sengal2 sket and very close to Fendi. Fendi ni kitorg panggil badut sebab keje dia nganjeng orang je. Ade je orang yang kena kutuk dengan dia even diri aku sindri. Kuajjaqq!

Khai, Ejal and Shafex close gak. Shafex ni memang kalau depan2 dia tak banyak cakap sangat. Wat lawak pun muke selenge je. Tapi kalau Cik Hani takde.......hmmmm!! Khai ni dia macam abang2 sket dengan Cik Hani. Masa selalu gi Seremban dulu ada gak la lepak dengan dia. Ejal, I think ramai yang tahu kitorang memang close gile macam adik beradik dah. Tapi gaduh haritu la gaduh paling lama dalam sejarah. Bwahahaha!! Padan muke kau Ejal. Ngeh3! Khai sekarang dah sambung kat PULAPOL. Ejal plak dah bertunang (congratz buddy!). Shafex still dengan kerja lama dia tapi dah jarang contact pas Cik Hani gaduh dengan Ejal.

Cik Hani rindu gile masa Khai and Ejal tolong Cik Hani masa Cik Hani tengah kecewa. Seriously diorang memang kawan terbaik sampai syurga. Teringat masa lepak karaoke ramai2, bila Khai dapat tahu dulu yang Cik Hani kena tipu dengan my ex-boyfie, terus dia bagitau Ejal. Boleh2 plak diorang tanya nak gune parang ke tak? Adess~ Sumpah rindu momen2 tu. Lama tak lepak sama2 kan?

I hope all of you will be okay. Actually, I really miss you guys! Kindly help me to overcome this difficult stage.

Sunday, May 19, 2013

Stalker

Assalamualaikum...

Iye..bacalah tajuk entry kali ni. Cik Hani dah ade stalker sekarang. Blog picisan lagi mengarut ni pun ade orang stalk. Disebabkan itu, pasni Cik Hani nak hide entry jiwang2 tu jap. Padan muke ko Nizam. Entry kkhasssss untuk ko! Wahahaha!!

Nizam ni keje kat tempat keje lama Cik Hani kat Bangsar tu. Dia masuk pas Cik Hani berhenti. Tapi disebabkan dia dan saya 2 2 mesra alam muka kurang malu sket, slumber ayam je jumpe2 je bertekak. Ade je benda yang dibuat bahan kannn. Ntah macam mana terlepas link blog ni kat dia. Ceitt!! (-  -")

Tadi pergi jadi volunteer untuk Sport's Day Kits4Kids ni. Wallaweyhhhh~ Dah tinggi lampai students Cik Hani. Rindu gile dengan diorang....uhuhuhu~ Tadi memang kire macam lepaskan stress la kan sebab jadual asyik packed dengan keje je kan..kui3~

Cik Hani datang last minute untuk register jadi volunteer, naseb bek diorang okay. Sampai2 je terus buat bising. Miahahahaha!!! Tu yang dapat tau Nizam baca lagi entry2 kat blog ni. Adesss~ Bahaya sungguh! Hide balik entry2 jiwang ni. Entry emo2 xpe. Ahahaha!! LEn kali, kalau baca blog tu, diam2 je...jangan bagitau yang korang stalk blog blogger tu. Malu hokayyyy!! (-  -)

 

Sekian, terima kasih.

Saturday, February 9, 2013

Entry Padat Maksima 2013

Assalamualaikum.

Seperti biasa, blog ni dah berhabuk baru nak di update. Ngeh3~ Biasalah Cik Hani busy (alasan lapuk tapi feymes. Ngeh3~). Tak percaya?? Sila la baca shortlisted events Cik Hani ye.

3 Jan 2013 - Annual Dinner Smart Reader.
18 Jan 2013 - Berjimba-jimba dengan Kits4Kid's Family.
19 Jan 2013 - BACA@LRT RAMFC (Ramlee Awang Murshid Fan Club).
1 Feb 2013 - Karnival Buku Karangkraf.
2 Feb 2013 - Karnival Buku Karangkraf & Sin Yen's Wedding.
3 Feb 2013 - Karnival Buku Karangkraf.

Gigih tak? Gigih tak? Tu baru event yang besar2 je yang disenaraikan ye. Ngeh3~

1. Annual Dinner.
Nothing much happen. Seronok dapat berjimba2 dengan bebudak office. Okay la. Tapi sorang mamat ni kena sound dengan Cik Hani. Suke suki je nak pegang2 kan. Tangan tak boleh duduk diam. Memang kena sound la kannn...Bwahahaha~ Padan muka. Miang!!

2. Berjimba2 with Kits4Kid's family.
I miss them. So, kitorang plan untuk lepak together and Sin Yen nak bagi wedding invitation card. Kitorang boleh makan and lepak2 kat Delicious Bangsar Village sampai dekat pukul 10pm kot. Macam restoran kitorang je kan. Bwahahahaha!!

3. BACA@LRT.
Okay. Event ni sequel dari Gerakan BACA@ sebelum ni. BACA@ adalah gerakan untuk menggalakkan pembacaan buku di dalam LRT, KTM, Monorel, dan segala bagai pengangkutan awam lagi la. So, disebabkan Cik Hani Pom Pom Girl untuk Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (novelis thriller no. 1 di Malaysia), Cik Hani join event ni and Cik Hani angkut sekali 2 orang photog and adik Cik Hani sekali. Awesome kot!! Sampai masuk dalam Berita Harian. Cik Hani handle untuk games. Bestttttttt~

4. Karnival Buku Karangkraf.
Yang ni awesome gak! 3 hari Cik Hani berkampung kat Shah Alam tu. Gigih kot mengusung En. Kembang sekali. Miahahaha~ Hari Jumaat tu datang untuk tengok2 booth la. Jumaat tak ramai sangat orang lagi. Hari Sabtu memang dah agak busy la. Ramai gak manusia tapi Cik Hani sampai dalam tengah hari la. Macam2 kiotarang buat kat situ. Tu nanti next entry kayy...bwahahaha!

5. Sin Yen's wedding.
The most awesome moment kottt!! Happening gile sebab 2 table tu untuk Kits4Kids je. Staff yang baru masuk pun boleh cakap "ohh, ni ke Hani?" Amboi korang, gosip pasal hakak eyh?? Miahaha~ Table kitorang memang untuk halal foods. Tapi si Khairun dengan Zaidah asyik ketawa je. Time tu Ann tak sampai lagi sebab sesat (-  -"). Nizam plak datang bawak awek dia. Membahan je la cite dia. Ngeh3~ Btw, awek kau muke cam biasa tengok la. Waahahahaha!!
p/s : Rina, nanti aku cari balik print screen Playboy Persona tu ye. ehehehehe!!

**Maap. Entry ini hanya dipenuhi dengan tulisan. Malas nak bubuh watermark kat gambar so malas la nak attach gambar sekali. Wahahahaha!!

Wednesday, November 28, 2012

Untuk Cik Tea

Assalamualaikum.

Lama tak nampak Cik Tea di alam maya ni. (Motif sangat kan buat ayat cenggitu? ahaha~). Entry ini khas untuk CIk Tea. Terima kasih sebab sudi baca entry Officially tu. Melalui aplikasi NuffnangX, saya melihat komen Cik Tea di saat saya sedang menggoreng nugget di dapur. Nak balas kang takut hangus plak nugget2 tu kan...Ahahaha~ So, entry ini ditulis saat saya sedang bersantai di ruang tamu seusai saya menggoreng nugget. ENTRY INI JUGA KHAS UNTUK INSAN2 LAIN YANG INGIN MEMAHAMI ATAU MENGETAHUI PERIHAL SAYA DAN BEST BUDDY SAYA (which is I supposed to call my ex best buddy..wahahaha)

Dear Cik Tea,
Sesungguh-sungguhnya, memang dengan bersungguhnya, saya ingin menjelaskan bahawa saya tiada rasa cinta untuk buddy saya itu. Kami memang rapat. Tersangat rapat sehingga ramai dalam kalangan rakan2 kami menganggap kami menjalinkan hubungan yang serius. Oh tidak. Tidak sama sekali. Kami memang berkongsi suka duka, tawa derita, dan pelbagai rencah rasa lagi. Tetapi, untuk melangkah jauh sehingga melibatkan perasaan halus itu, mungkin tidak.

Saya tahu apa kelemahan dia, dia tahu apa kekurangan saya. 6 tahun bukan waktu yang singkat. Macam2 dah kami tempuh. Siapa bekas kekasih saya, bila kekasih dia merajuk, semua itu dalam poket kami berdua. Memang ramai yang pelik bila saya jelaskan mahupun menafikan perihal hubungan serius (seperti yang mereka sangkakan) kami. Kami cuma RASA SELESA dan JUJUR dalam bersahabat.

Jadi, bila kami bergaduh dan putus sahabat disebabkan salah faham yang kecil, memang terasa kesannya. Saya juga ingin jelaskan, PUNCA PERGADUHAN KAMI BUKANLAH DISEBABKAN DIA SUDAH MEMPUNYAI KEKASIH, MAHUPUN NIATNYA INGIN BERKAHWIN. Kami bergaduh hanyalah disebabkan salah faham. Menurut kata salah seorang teman rapat kami, mungkin disebabkan kami terlalu rapat sehingga perkara kecil menjadi punca kepada perasaan sentap yang teramat.

Sekian, terima kasih.

ohohohoho~


Officially..

Assalamualaikum..

Cik Hani officially :
makin sebok
makin penat
makin banyak kerja

Cik Hani juga officially :
nak benti keje
hilang sorang best buddy (believe it please).

But. Cik Hani officially :
dapat better offer
dapat new brother


Miahahahaha!! Sila abaikan pasal kerja Cik Hani ni. Banyak gile drama kat office ni. So tadi dah bengang sangat Cik Hani update status kaw2. And, salah seorang officemate Cik Hani datang and shake hand, pastu dia kata, I suke status u. Bwahahaha!! Sumpah sentap kerja kat sini. Meroyan rasenye sebab ade je halnye. Adesss~

By the way, regarding my best buddy, Yup. I lost him. We fight and now officially stop contacting each other. Sedih memang la sedih. Dah 6 tahun kawan kot. But, maybe dengan cara ni kitorang akan lebih happy. Malas dah nak explain kenapa gaduh dengan dia. For those yang asyik ingat kitorang couple, sila check kat fb dia ye. Dia planning to get married but of course NOT WITH ME. Stop PM me and ask about him because HE ALREADY DELETE ME FROM HIS FRIENDLIST. I HAVE NO IDEA WHAT IS GOING ON IN HIS LIFE NOW. AND I AM NOT EVEN KNOW WHO IS HIS GIRLFRIEND OR WIFE-TO-BE.

Thank you.

#sesi meroyan tamat.

Monday, October 8, 2012

Untuk KAMU dan KAU

Assalamualaikum.

Lately banyak masalah yang jadi. Lepas satu, satu datang. Cik Hani rasa penat sangat. PENAT SANGAT.

Bukan sengaja nak menjauh apalagi berahsia tidak mahu mengadu dan berkongsi rasa. Tapi bila air mata kau tumpah atas kesalahan aku, itu bukan sesuatu yang aku mahu. Malah paling aku pantang seumur hidup aku. Alangkan air matamu tumpah disebabkan orang lain juga aku dah macam nak gila. inikan pula tumpah disebabkan aku. Faham tak apa yang aku rasa sekarang? Aku sendiri tak tahu mahu terangkan apa yang aku rasa sekarang. Sedih, bengang, bersalah, gila, serba salah, semua ada dalam hati aku. Menjauh dari kamu itu sesuatu yang paling benci dan payah untuk aku lakukan. Tapi aku perlu. Aku perlu walaupun aku sendiri tak tahu atas sebab apa aku perlu menjauh. Tapi aku sangat memerlukannya.

Kau! Ye Kau! Aku salahkan KAU!! Walaupun aku yang berdosa, aku tetap salahkan KAU!! TERIMA KASIH BANYAK2 SEBAB BUAT AKU BEGINI SEBAB BUAT DIA BEGINI. ADA AKU KESAH APA YANG KAU RASA SEBAB DARI DULU KAU TAK PERNAH HORMAT APA YANG AKU RASA!!

Tuesday, August 28, 2012

Dedikasi KHAS UNTUK KAMU.

Assalamualaikum.

Dedikasi khas untuk KAMU.
 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog yang picisan lagi mengarut malah sudah semakin jarang di update. Saya sangattttt sibuk. Maaf blog. Kamu diabaikan. Maaf. Ada Idea tetapi Tiada Masa (alasan lapuk dan basi malah berkulat. bwahahaha!!).

Dedikasi khas untuk KAMU-KAMU.
Tahniah atas majlis MERISIK, BERTUNANG, PERKAHWINAN, RESEPSI, SAMBUT MENANTU, dan sebagainya lagi untuk kamu-kamu. Maaf tak dapat hadir. Masa betul2 mencemburui saya. Maaf teman, sahabat, kawan, saudara, saudari, cikeboom cikeboom.

 Dedikasi khas untuk KAMU-KAMU & KAMU.
Kalau mahu rasa lempangan berapi atau tendangan beracun mahupun semburan makian berbisa, silalah bertanya soalan2 seperti "Kamu bila lagi nak kahwin?" "Tak kahwin lagi ke?" "Dah ada calon?" "Bila nak langsung?" "Bila nak makan nasi minyak?" "Bila lagi ...(nama ibu saya) nak terima menantu?" DAN SEGALA SOALAN YANG MEMBAWA ERTI LEBIH KURANG SAMA DENGAN SOALAN2 YANG TELAH DIBERIKAN. Tahukah kamu kenapa aku masih belum mahu berkahwin? Sila baca entry seterusnya nanti.

TERIMA KASIH.
#mode:banyakkerjatapimalasnakbuat.

Tuesday, August 7, 2012

Teman Pengganti - S.E.D.I.H

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Hani nak cerita pasal lagu Teman Pengganti. Masa mula-mula Cik Hani dengar lagu ni, terus rasa menusuk sampai ke jantung. SUMPAH AWESOME LAGU NI!! Tu la yang Cik Hani cakap (sorang-sorang dalam kereta. haha~)

Masa dengar lagu ni, ade 2 orang yang betul-betul terbayang dalam kepala hotak Cik Hani ni. My best buddy & YOU. Yes. You. Somebody that I used to know. Somebody that I used to love. Tak tau kenapa rase tersentuh sangat dengar lagu ni. Ada certain lirik tu memang kena sangat dengan Dia. I have to let you go. Still trying. Biarlah. Huhu~ Ada certain lirik tu plak memang kena sangat dengan my best buddy. Now, I really wish that we will die together because I am afraid to stay alone without you to support me when I am down. Hmm..lirik yang warna merah tu mengingatkan Cik Hani pada si Dia, and lirik dalam warna biru tu khas untuk my best buddy. However, untuk memahami kodeksku yang kompleks tu khas untuk diorang. Only YOU and HIM that really understand my complex codecs.


TEMAN PENGGANTI.

Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,
Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.

Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Wednesday, August 1, 2012

Dilly Daily Dilemma

Assalamualaikum.

Semalam sebenarnya Cik Hani nak share pasal ape yang Cik Hani dengar dari Mix.FM. Kadang2 Cik Hani suke dengar Dilly Daily Dilemma sebab diorang tolong orang untuk at least find a way to solve their problem. TETAPI! Semalam merupakan kali pertama Cik Hani rasa diorang betul2 dapat membantu orang awam yang mengadu dengan diorang.

Kes semalam, ade girl ni, dia kawen tanpa restu ibu dia sebab ibu dia tak setuju dengan pilihan hati dia tu. So, kira macam terputus hubungan jugak la pas kawen tu. However, sekarang lelaki tu dah tinggalkan dia. Dia pun dah balik semula ke tempat asal dia (maybe sebelum tu dia stay oversea or outside from KL or far from her mother. Tak pasti sebab terlepas yang awal2 tu). Masalah dia ni sekarang dia takde keberanian untuk call mak dia and bagitahu yang dia dah balik (without him). Dia takde gut untuk contact mak dia so dia guna la DDD ni. That girl pass no. emak dia and they tried to call and wish magic will happen.

Masa called tu, mak dia cam surprised jugak la sebab tak sangka anak dia suh tepon through radio station. Tapi, conversation after that was so touching. Below are the dialogues (more or less are the same. Not 100% accurate).

Girl : Hi Ma.
Mother : Hi. Are you ok?
Girl : I am back now. He left me. (start almost want to cry).
Mother : OMG. Where are you now?
Girl : I stay just nearby you so that I am close to you.
Mother : How long you have been here? Why you never contact me?
Girl : It's been around 6 months. I am afraid to call you. I am afraid you don't want to pick up my call.
Mother : How could you think that? How could you think that I will not pick up your call? You have been around here but you did not contact me? My baby girl are on her own now for past 6 months. How could you think I will ignore you?
Girl : I am sorry ma.
**mother start to nag a bit about the guy that left her.
Mother : I go and pick up you and we go home okay?
Girl : Okay (crying). I am sorry ma cause l put you on air in national radio.
Mother : It's okay. I am glad at least they find a way to bring you back to me.

Masa ni, Cik Hani pun dah berair dah mata. Dok tahan nanges. Sedih sangat. Kasih sayang mak tu tak berbelah bahagi. Kita dah kecewa kan dia banyak kali pun dia still sayang kite tanpa diskriminasi. Dilly pun sampai tak mampu nak cakap dah sebab dia pun dah nanges. JD pun dah pesan jangan cakap lagi sebab nanti dia plak yang nanges. Sedih sangat masa tu. I am sure JD and Dilly must be so proud with the show because they managed to at least solve the problem by bring back the girl to her mother. They also said, they proud cause they choose the right solution by calling the mother.

KASIH SAYANG EMAK ITU INFINITI DAN TAK TERNILAI.

Wednesday, June 27, 2012

Menjadi UMMU HANI

Assalamualaikum..

Cik Hani baru sedar yang dah 20 hari Cik Hani berusia 26 tahun..Ahahahah~ Kehidupan Cik Hani? Alhamdulillah..Cik Hani bersyukur sebab Cik Hani masih bertenaga..Cuma tahap kecergasan tu dah kurang..Jadual Cik Hani makin padat sekarang..Memang terasaaa sangattt penatnya..Sampai satu tahap tu Cik Hani menangis sebab tak tahan dah penat sangat..

Sekarang jadual kerja Cik Hani dah bertukar..Kalau semester lepas Cik Hani punya kelas setiap hari Selasa and Sabtu, so my off day will be on Sunday and Monday..Tapi this semester, Cik Hani punye kelas on Wednesday and Sunday, so my off day will be on Friday and Saturday. Pelik sket jadual kerja and off Cik Hani. Diorang sampai tanya kot, takkan hari Ahad pun kau kerja? IYE. SAYA MEMANG BEKERJA PADA HARI AHAD. Ada 2 subjek, kelas dari pukul 2.00 p.m - 7.00 p.m. Penat tau~

In addition to my Edisi Penat, setiap hari Jumaat and Sabtu Cik Hani kena berada di Seremban. ARGHHH!! Off day Cik Hani abes kat situ je..Adessdessdess~ 

Itu belum dicampur dengan meeting yang diorang suggest untuk buat on EVERY WEDNESDAY. Gile bengang dengan company sekarang ni. Kaki AMPU, Kaki BODEK, TALAM DUA MUKA, BACK STABBER, semua cukup kat sini. Kerja dengan budak2 Autism pun tak stress camni. Paling2 kena gigit je. Setakat lebam tu takde hal la, kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit hati & menyampah dengan orang2 tua yang ada di sekitar Cik Hani ni. (-   -")

To conclude, ni la jadual kerja Cik Hani sekarang :

Isnin       : Kelas Diploma in Food Preparation and Culinary Art (Teori) 7.00 p.m. - 9.00 p.m.
Selasa    : Kelas Diploma in Food Preparation and Culinary Art (Teori) 7.00 p.m. - 9.00 p.m.
Rabu      : Academic Meeting 9.15 a.m. - 10.30 a.m.
               Kelas Diploma in Food Preparation and Culinary Art (Praktikal) 7.00 p.m. - 9.00 p.m.
Khamis  : Satu-satunya hari yang betul2 Cik Hani free dari kerja ofis or kelas. Ade pun, Cik Hani tetap pure2 x nampak..keh3~

Jumaat   : 10.00 a.m. Seremban 2

Sabtu     : 10.00 a.m. Seremban 2
                1.00 p.m. Seremban

Ahad     : Kelas - Children's Health 2.00 p.m. - 4.00 p.m.
               Kelas - Teaching Special Needs Children 4.00 p.m. - 7.00 p.m.


SANGAT PENAT MENJADI UMMU HANI.
(-  -")