PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Monday, December 15, 2014

Fuhhhh~ Fuhhhh~ *tiup habuk-habuk dekat blog

Assalamualaikum...

Punye lama Cik Hani tak update blog.....last update October...tahun ni tahun paling tak produktif untuk blog Cik Hani..okay la..tahun depan Cik Hani berazam untuk jadi lebih produktif untuk blog ni..cheewahhh~

Nasib baik blog ni tempat Cik Hani meroyan sorang2 luahkan perasan and simpan memori-memori busuk Cik Hani. Hahahaha!! Bukan nak cari follower atau stalker pun (eyh?) hahahaha!!

Okay..cerita penghujung tahun..Cik Hani buat compile sket ape yang dah berlaku..mana yang ingat la ek~

*************************

Kawen.

Okay baca tajuk tu tolong la jangan tanya bila Cik Hani nak kawen k. Tu title untuk my buddies yang dah kawen. Tahniah Khai, Shafex dan pasangan. Dah takde privileges untuk gedik2 gaduh and lepak sampai pagi dengan Khai and Shafex dah pasni. Memang la wife Khai tu kawan Cik Hani jugak tapi hormatlah perasaan dia jugak kan? Dia memang tak jeles dengan Cik Hani sebab Cik Hani pernah bagitau, orang gile je yang jeles dengan aku ni. Yelaaa...Cik Hani ni kan weng sket perangai. Diorang selalu lupe Cik Hani ni pompuan (ouchh~). So kalau nak jeles bila Cik Hani lepak dengan Khai ke Ejal ke, memang kompom sewel sebab jeles dengan orang gile. Hahahah!!

2 down, 1 more to go. Lepas ni turn Ejal. Yang ni sedih lebih sikit la sebab dengan Ejal la gaduh paling teruk. Hahahaha!! Mamat tu pi suh Cik Hani sponsor wedding dia..Siap bagi options hokay nak sponsor mana satu. Pilihan pertama : baju kawen. Gile!! Mak dia kan mak andam. Ade ke suh Cik Hani sponsor baju kawen. Pilihan kedua : goodies bag utk VIP, 300 beg plak tu. Gile banyak VIP dia!! Pilihan ketiga : honeymoon package, berpeluh dengar..Cik Hani kata Cik Hani beli kat Groupon cuti dalam negara je and transportation tak masuk. Hahahaha!!  

Haishhhh~ Lepas ni tak boleh nak pow hadiah besday dari Ejal lagi dah. 



Pangkat & Sambung Belajar.

Alhamdulillah...setelah sekian lama pending, Cik Hani dapat sambung belajar next year. Sambung Master dekat Universiti Malaya..Haishhhh~ Dah tua baru nak sambung Master..Hahahaha!! Then, tahun depan Cik Hani promoted as Head of Program (Early Childhood)...Alaaaaahai...makin kudut la pasni sebab busy.

By the way, Cik Hani buat home-based therapy for special needs. Takde la nak beria kata hebat ke hape tapi buat suka2 nak kerja balik dengan budak2. Lagipun parents diorang request untuk tolong ajar anak2 diorang. Tak sampai hati plak nak kata tak. Hehehehe~



Okay..sebenarnya baaaaaaaaanyak benda nak cita tapi lupa sebab tadi Cik Hani tido time lunch. Bangun teruih blank pale hots ni..Hahahahah!! Soo chao chin chao~

Thursday, October 2, 2014

Isu kenaikan harga minyak - Sakit hati dengan statement bodoh!

Assalamualaikum.

Copy and paste from my FB status regarding the increasing of petrol price.



Isu kenaikan harga minyak.

Pengiraan daripada aku yang ada Dyscalculia (kategori masalah pembelajaran yang berkaitan dengan nombor).

Katakan:

1 liter petrol boleh pergi sejauh 15 - 20km (bergantung kepada jenis kereta, cara penjagaan dan gaya pemanduan) = RM2.10
42 liter adalah tangki penuh untuk sesuatu jenis kereta (random ye. aku tibai je) = RM2.10 x 42 liter = RM88.20 untuk 630km (kiraan jarak paling minimum).

Katakan kau isi minyak full tank sebulan 6 kali (RM88.20 x 6 = RM529.20)

Bila petrol naik doposen:

1 liter petrol = RM2.30
42 liter x RM2.30 = RM96.60 untuk 630km

Sebulan kau isi minyak full tank 6 kali (RM96.60 x 6 = RM579.60)

RM579.60 - RM529.20 = RM50.40 lebihan yang kau kena bayar setiap bulan lepas ni. Jumlah tu mungkin sikit untuk kau tapi banyak untuk aku tau!! RM50 tu boleh tampung duit makan atau beli barang dapur untuk masak paling koman 2 minggu hokayyy (setakat makan sayur + udang 3 ke 4 ekor untuk aku sorang yang bujang ni ye! tu dah cubaan paling jimat la tu). Itu adalah belanjawan sebelum harga barang naik. Sekarang ni kompom orang cekik lagi rege barang sebab harga minyak naik katanya.

Jadi kalau kau kata, naik doposen je pun, kalau isi semalam macam la boleh tahan sampai kiamat, dan segala macam mak nenek lagi tu, tolong la simpan sikit bodoh tu untuk masa depan. Sekurang-kurangnya diorang cuba untuk jimat walaupun rm20 - rm30 untuk minggu tu.

Tak payah la nak bising suruh naik kenderaan awam pulak, sebab bukan semua tempat dekat KL ni easy access by public transport. Kalau ada pun stesen KTM ke Monorel ke LRT yang paling dekat pun, mungkin diorang kena menapak atau naik teksi atau bas (kos jugak kan?).

Tak payah sebok nak kata aku ni pro-pembangkang ke pro-kerajaan..Aku cuma sakit hati dengan orang bodoh yang cakap sesedap hati je. Jangan jadi bebal kata macam la dapat jimat sangat kalau isi semalam. Duduk kat KL ni minyak naik doposen, barang lain naik 2 3 hengget. Jadi memang aku berkira kalau minyak naik doposen. Sebab doposen tu aku dapat dengan hasil titik peluh aku sendiri.

Unless KAU nak bagi aku extra RM50 (setiap bulan sampai aku dah tak keje dekat KL ni) untuk tampung duit minyak aku lepas ni, aku akan delete status ni nanti.


Sekian,

dari Hani
yang mengalami Dyscalculia (sangat bengap bab kiraan).
pengguna petrol tegar sebab drive macam pelesit dekat KL + merempuh jammed tetiap hari.
yang jatuh dalam kategori miskin bandar.


#sakithatibacastatementbodoh

Saturday, August 9, 2014

Entry Padat Maksima Lagi (- -")

Assalamualaikum.....

Bapak laaaaa....bulan Julai langsung tak update blog ni. Adoiyai...ape la nasib blog picisan ni. Notebook ni sampai dah bersemut sebab jarang on dah (okay...cerita betul..bukan hiperbola...notebook ni semut dah siap buat playground keluar masuk celah keyboard)... Adessss~

********************

Bulan 7 ni banyak cerita duka sikit. Biasalah Cik Hani, masa bila tak meroyan? Hahaha!! Bulan 7 masa time kita tengah puasa tu, kitorang kat opis ni bertungkus lumus siapkan kerja macam orang gila, buat persediaan untuk student punye convocation...

Mak aihhhhh~ kelam kabut Ya Rabbi...tak pernah dibuat orang convo masa bulan puasa...Ate nak buat rope maneeee..Udah cakap boss gitu, keme ikut je ler...

Sakit jiwa ngadap boss nak dapatkan approval, cari catering services, last minute cancellation..macam2 hal la..

********************

Bulan Ramadhan ni bulan rahmat tapi dah 2 tahun berturut jugak dalam bulan rahmat ni Cik Hani kena ujian duka...perghhh!! sakit jiwa ni..Rasa nak pi bunuh orang dah...Hahahaha!! Mula la rasa nak update lagi entry pasal kenapa lelaki suke menipu?? Hahahaha!!!

To you, I'm gonna kill you! Bwahahaha!!

********************

Sekarang Cik Hani tengah main Tinder plak...macam seronok plak slide gambar orang..hahahaha!! Iman and Yaya pun dah terjebak dengan Tinder ni..tapi Yaya tak boleh nak main sebab fon dia tak boleh download Tinder...Korang try la main Tinder kalau nak dapat banyak kawan baru...Kawan merapu pun banyak dalam tu...Hahahaha!! Hati2 jugak main Tinder tu...Standard la kat mana2 social media mesti ada pervert and sex maniac. Hahahaha!!

********************

Khai dah kawen 01.08.2014 haritu....wuhuhuhuhu~ Gile sedih.....Lepas ni turn Shafex bulan 10..pastu EJal plakkkkk~ Huuuwaaaaaaa~ Best buddy semua dah kawen......Tak boleh dah nak gedik2 mengade2 nak pow hadiah birthday kat diorangggggg...bapak sedih weyhhhh~

Wednesday, June 25, 2014

Confronting a Heart Broken



Assalamualaikum,

For the first time ever, I managed to confront a lie without any drama or childish behaviours. I guess because of aging and I'm getting older. Haha.

Or..

I am just too tired with all of this. Too tired.
So I decided to just go with the flow.
No more fight back to defend what I loved.

Because what you love might not love you back as what you think.

Expected.
Nothing much change and it would not make any differences if I confront in negative ways.

Full stop.



Monday, June 23, 2014

Entry Padat Maksima untuk 2 bulan.

Assalamualaikum,

Haishhhh~ ape nak jadi la dengan blog ni. Sape punye blog ni? apesal outdated sangat? Wuhuhuhu~ Itulah imaginasi Cik Hani tiap kali mampu bukak je tak mampu nak update. Rase macam apesal susah sangat nak hapdet blog ni? Padahal cite berlambak-lambak nak share.

Okay, let's start with few important update (perhaps).

1. Birthday

Yeayyy!! Birthday Cik Hani..tapi bapak lama gile la baru nak bagitau! FInally, I turn to 20++ waisehhh!! Kengkonon rahsia...hahahahah!!

In addition to that, BELATED HAPPY BIRTHDAY to Chah my lil sis (7th May), my dad (20th May),and sedara mara yang lahir bulan 5 & 6 ni...wuhuhuhu~ Ramai sangat. May Allah bless all of you.

2. Hadiah Birthday
Okay, yang ni kena pow si Ejal dengan Khai. Bwahahahaha!! Memang muka tak malu nak tuntut jugak sebelum diorang kawen nanti. Dah kawen nanti, jangan cakap hadiah birthday, nak jumpa lepak sesama pun belum tentu dapat. Wuhuhuhu~ Ejal kata hadiah birthday tahun lepas tak boleh claim sebab dia pun tak dapat hadiah birthday dia last year. Yela...kang kitorang gaduh sampai babi-babi kat facebook. Hahahahaha!! Padan muka kitorang dua orang..Keh~ keh~ keh~

3. Kenduri
Congratulation to my both lovely cousins on your wedding. Semoga bahagia till jannah. Barakallah. Kenduri sorang kat Terengganu (on my birthday u'olls). Jauh berjalan sampai ke Terengganu nak pegi kenduri Wan. Then 2 weeks after that, Zura plak. Kenduri Zura kat Ipoh. Tu Cik Hani amik cuti and tolong la apa yang patut.

Kenduri Wan, baju diorang memang simple habis! Sempoi gile hokayyyyy!! Tak payah nak beria bagai baju sampai 7 ela kain belakang dia tu. Bwahahaha! Wife dia punye dress macam tutu skirt tu je. Memang smart. WIhihihi~

Kenduri Zura plak, my uncle dah buktikan yang kita boleh buat kenduri kawen paling simple. Tak payah susah payah nak berabes berhutang bagai untuk kenduri. Kenduri belah perempuan memang makan dah macam pot luck je. Adik beradik my mum ramai so sikit sorang sumbang apa yang patut so lauk memang banyak jenis. Memang macam pegi buffet kat hotel la variety dia. Kikiki~ Kenduri belah lelaki rasenye macam diorang buat tahlil je. Belah lelaki, pengantin siap pakai baju kurung biasa lagi. Memang awesome gile!!

4. Workload
Hokayyy..ni part paling tak best. Semester ni Cik Hani dapat 8 subjects. Memang rasa nak carut2 je. Penat kot. Kelas dari Isnin sampai Sabtu. Rase macam hape dah. Dah la dengan sesi and car boot sales lagi. Adoiyai. Makin kudut la Cik Hani pasni.

5. Car Boot Sales & Selfie
Okay, sekarang ni Cik Hani kemaruk dua mak nenek ni. Car Boot Sales yang biasa Cik Hani join is somewhere around Kota Damansara and Bangi. Gigih pagi-pagi buta dah bangun pegi CBS. Pukul 5am dah sanggup bangun nak pergi CBS sebab nak cop tempat cantik. Hahahaha!!

CBS ni seronok kalau kita sekadar nak abeskan masa and tak fokus sangat on profit. CBS punya konsep adalah menjual barangan-barangan terpakai SAHAJA. Jual la apa-apa yang boleh dijual.

CBS KD lagi strict, barang clear stok, barang abes pakai macam kosmetik semua tu pun tak boleh jual. Diorang memang bagi warning suh simpan. Kalau masih jual lagi, memang dia suh kemas and balik je. Wuhuhuhu~ CBS Bangi ni banyak sket tempat dia, Bandar Sri Putra, Sungai Buloh pun ada rasanya. Yang ni peniaga ramai tapi crowd pun boleh tahan banyak jugak.

Okay, so apa kaitan dengan selfie? Hahahahaha!! Cik Hani akan selfie di mana sahaja. Keh3~ Abes semua orang sekeliling Cik Hani dah terjebak just because they love my phone. Big screen semua orang  boleh muat dalam screen tu. WIhihihi~

Okay..cukuplah 5 cerita merapu ni je. Kang muntah hijau plak korang. Puhaahahaha~