Assalamualaikum.
Dedikasi khas untuk KAMU.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog yang picisan lagi mengarut malah sudah semakin jarang di update. Saya sangattttt sibuk. Maaf blog. Kamu diabaikan. Maaf. Ada Idea tetapi Tiada Masa (alasan lapuk dan basi malah berkulat. bwahahaha!!).
Dedikasi khas untuk KAMU-KAMU.
Tahniah atas majlis MERISIK, BERTUNANG, PERKAHWINAN, RESEPSI, SAMBUT MENANTU, dan sebagainya lagi untuk kamu-kamu. Maaf tak dapat hadir. Masa betul2 mencemburui saya. Maaf teman, sahabat, kawan, saudara, saudari, cikeboom cikeboom.
Dedikasi khas untuk KAMU-KAMU & KAMU.
Kalau mahu rasa lempangan berapi atau tendangan beracun mahupun semburan makian berbisa, silalah bertanya soalan2 seperti "Kamu bila lagi nak kahwin?" "Tak kahwin lagi ke?" "Dah ada calon?" "Bila nak langsung?" "Bila nak makan nasi minyak?" "Bila lagi ...(nama ibu saya) nak terima menantu?" DAN SEGALA SOALAN YANG MEMBAWA ERTI LEBIH KURANG SAMA DENGAN SOALAN2 YANG TELAH DIBERIKAN. Tahukah kamu kenapa aku masih belum mahu berkahwin? Sila baca entry seterusnya nanti.
TERIMA KASIH.
#mode:banyakkerjatapimalasnakbuat.
1 comment:
salam aidilfitri....ramai2 amek berkat bulan syawal ni...
Post a Comment