PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, December 7, 2008

8 CiRi LeLaKi YaNG DiHiNDaRi!

Amboi..sakan bace posting ciri2 wanita yang tak besh kan? skrang bace ni plak..ciri2 lelaki yang tak besh plak..Tidak dinafikan ayat-ayat power boleh mencairkan hati wanita tetapi kesannya tidak akan kekal lama jika lelaki-lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan di bawah ini. So guys, ambil nota dan beri markah kepada diri sendiri!

1. Panas Baran
Sifat ini menjadi senarai teratas yang dibenci oleh orang perempuan. “Kalau baru cakap sikit dah naik angin, salah sikit dah menengking, bukan kata saya, kucing pun benci,” “Silap-silap nanti tangan dia naik ke muka saya dan dengan anak-anak pun kita tidak boleh percaya dia,” (identiti dirahsiakan).

2. Mendesak
“Kena ikut cakap dia dalam segala hal. Bosanlah! Bukannya tak nak ikutkan apa yang dia mahukan tetapi setiap masa pun about him, him, him. Dia ingat dunia ni berputar sebab dia ke?” Sifat mendesak pasangan begitu merimaskan.

3. Gelojoh
Gelojoh masa makan merupakan ciri yang tidak digemari kaum wanita dan boleh menyebabkan perpisahan atau penolakan. “Dia bawa saya keluar makan dan apabila hidangan sampai, dia terus makan macam tiada hari esok. Macam dia tak pernah nampak udang dan ketam! Malulah!” Kata orang kalau gelojoh di meja makan, di bilik tidur juga sama perangainya. Euww!!

4. Selekeh, Busuk
Selekeh itu ada kalanya nampak menarik tetapi janganlah selekeh sampai macam dah tak mandi 2 tahun. Badan berbau, baju kotor, jeans kotor, rambut busuk. “Nak rock atau grunge, badan kena wangi babe! Selekeh busuk tak mainlah!” Kalau dulu pepatah menyebut “biar papa asal bergaya” apakata sekarang kita tukar kepada “biar selekeh tetapi bergaya” pula.

5. Bosan
Sifat bosan ini membosankan! “Ke mana pun saya ajak dia pergi, dia reluctant. Apa pun aktiviti yang saya cadangkan, dia tolak. Alah … Matilah dapat boyfriend macam ni,” Aktiviti bersama mengeratkan perhubungan dan kehadiran pasangan yang membosankan tidak membantu.

6. Mulut Lancang!
Biar zaman semakin moden, sopan santun perlu dikekalkan. Tidak perlulah extreme punya sopan tapi sekurang-kurangnya tahu adab ketika berkawan dan apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. “Jangan cerita tentang cinta atau perhubungan kalau perkataan yang keluar dari mulut dia sering memalukan diri saya,”

7. Perasan
“Masalah lelaki perasan ni memang susah nak ubat. Perasan cool, perasan hensem, perasan pandai, basically perasanlah!” “Tak payahlah nak perasan kerana kalau anda cool atau hensem atau bergaya, biar kami yang perasan,” (identiti responden dirahsiakan)

8. Kedekut
“Ya ampun!! Kalau dapat makan dia belanja tu kira macam menang loterilah! Selalunya ‘go dutch’ saja,”(maksudnya bayar sendiri sendiri). Hadiah hari istimewa tidak lebih RM20, kalau makan luar berjimat cermat order lebih sikit kena jeling. Kedekut ini penyakit dan jangan cari pasal mencari pasangan yang berpenyakit begini.

8 CiRi WaNiTa YaNG LELaKi HiNDaRi!

Wanita memang makhluk yang menakjubkan kerana wanita sering hadir dengan kecantikan, keluk badan yang menawan, kelembutan dan tingkahlaku yang berlainan daripada orang lelaki. Dalam pada masa yang sama, orang lelaki juga mempunyai taste dalam memilih teman wanita. Jangan disangka lelaki akan tertarik kepada setiap wanita yang mereka jumpa kerana mereka juga ada ciri-ciri wanita yang mereka tidak gemari lantas mereka hindari.

Cara Jalan Macam Jantan!
“Perempuan kalau jalan style lelaki memang tidak menarik langsung!” Lelaki tidak minta wanita jalan goyang pinggul atau melentuk-liuk terlalu menunjukkan ciri-ciri keperempuanan, tetapi elakkan daripada melangkah seperti orang lelaki. Biar ayu wanita tidak hilang apabila berjalan.

Katakan Tidak Kepada Bedak Sejuk!
“Saya cukup tak syok tengok orang perempuan pakai bedak sejuk apabila keluar rumah. Sekarangkan dah ada Maybelline…,” Tidak ada masalah jika mereka ingin menggunakan bedak sejuk di waktu malam di dalam rumah atas tujuan kecantikan kulit tetapi bukan untuk dilihat oleh orang awam.

Gedik, Getik!
Gedik atau getik ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada gadis-gadis yang bereaksi lebih emosi daripada yang sepatutnya. Contohnya, jika terdengar lawak jenaka, ketawa gadis ini akan mengilai-ngilai walaupun lawaknya tidaklah seberapa kelakar. Getik juga terjadi jika terlebih mengada dengan orang-orang lelaki di sekeliling. Bercakap dalam nada yang kuat dan manja-manja untuk mendapat perhatian orang sekeliling juga antara unsur si gedik. “Saya lebih rela dapat yang bisu daripada yang getik!”

Kurang Ajar, Tak Sopan!
“Paling tak manis kalau perempuan tak sopan kepada sesiapa saja”, “Kalau baru ditegur sikit melenting, menjawab dan perkataan yang keluar dari mulut itu yang tak manis belaka, tak payahlah buat isteri”. Lelaki sensitif kepada sikap wanita terhadap orang-orang tua, terutama sekali ahli keluarga.

Kebersihan Tidak Terjaga
Penampilan itu penting samada dalam kerjaya atau dalam mencari teman hidup. “Tengok jari, kuku tidak dipotong dan tidak bersih, tengok kaki pun sama. Kalau badan tak tahu jaga, rumahtangga macamana?”. Pewangi dan deodoran jangan lupa untuk dipakai, rambut perlu didandan bersih dan kalau pakai tudung, rambut perlu dibasuh selalu jangan sampai aroma rambut masam keluar ikut liang roma tudung.

Jaguh Merajuk
“Saya fahamlah orang perempuan memang suka merajuk tapi kalau setiap kali pergi dating saya kena habiskan masa pujuk dia, saya pun fed-up juga”. Lelaki memang boleh memujuk tetapi kekerapan memujuk lebih daripada aktiviti lain akan menjadikan lelaki tawar hati.

Berpakaian Menjolok Mata
Tidak dinafikan orang lelaki suka melihat wanita berpakaian seksi, tetapi bukan yang ingin dijadikan miliknya! Tidak kiralah apa pun alasan yang mereka beri, alasan itu adil atau tidak, tetapi yang jelas orang lelaki tidak gemar wanita yang berpakaian sehingga menjolok mata. “Macamana nak bawa jumpa keluarga, jumpa teman-teman kalau pakai baju yang saya sendiri pun malu nak pandang” . Walaupun tidak bertudung, pakaian perlulah sopan apabila berada di khalayak.

Bersifat Kasar
“Wanita itu menarik kerana kelembutannya. Biarlah sifat kasar ni lelaki je yang ada”. Gerak laku kasar seperti bercakap kasar, membuat kerja dengan kasar tidak digemari oleh kaum lelaki.

aduhai..part last sekali yang aku lemah ni...camne la nak ubah perangai rupe jantan aku ni? ahahaha~ sumbody help me!

TEKNiK MENGoRaT??

Mengurat merupakan satu kepakaran yang perlu ada pada orang lelaki atau wanita kerana tidak ramai insan yang dilahirkan dengan aura Mawi atau ketampanan Brad Pitt atau George Clooney. Rata-ratanya ramai yang mempunyai kadar tarikan tahap biasa sahaja di mana jika diri tidak diserlahkan kepada jantina berlainan, agak sukar untuk menarik perhatian mereka secara semulajadi. Kebolehan mengurat ini sepatutnya timbul secara natural di dalam diri manusia tetapi dalam pada masa yang sama, malu menyelubungi lantas tidak berani untuk memulai. Berikut merupakan taktik mengurat yang boleh diguna pakai oleh kaum lelaki untuk memikat wanita dalam tiga senario yang berlainan.

Senario: Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari
Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia ‘perasan’ dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??

Senario: Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali
Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana. Tuliskan “Call me”. Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti “Hi beautiful, call me,” dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.

Senario: Berkenalan Di Alam Maya Siber
Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya “Hello… Kat mana??” “Ada tak ni?” “Hellooooooo!!!!” Relaks… Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

Mengurat memerlukan keberanian dan kalau orang lelaki tiada keberanian, lupakanlah nak dapat teman wanita. Kalau ada Casanova atau Romeo di luar sana, kongsilah taktik mengurat dengan kite semua..ahaha~

LaKu KE PeReMPuan YaNG KuRaNG CiRi2 TRaDiSioNaL?

Actually, i found diz article at gua.com.my. Macam besh plak artikel ni.. So, same2 la kite bace n pikirkan...ahaha~

Di zaman di mana kaum lelaki mendominasi, ciri-ciri kaum wanita yang menarik pada ketika itu domestik sekali. Kepakaran di dapur umpama ujian SPM dalam menentukan kualiti bakal suami yang akan dimiliki. Ini terjadi kerana bakal ibu mertua selalu dihantar menjadi juri dan jika kurang rasa di dalam hidangan, surat sokongan sukar untuk diperolehi. Kebolehan menjahit baju sendiri jugak sangat dititikberatkan oleh si juri kerana dia mahu cucu-cucu dia nanti dapat merasa pakai baju cantik direka ibu mereka tanpa perlu berbelanja besar. Rajin beribadat, ringan tulang, bersopan santun semuanya diambil kira dalam menentukan calon isteri anak lelaki tersayang.

Masa beredar dan kaum wanita zaman sekarang lebih berpelajaran, lebih berdikari dan lebih suka pilih calon suami sendiri. Proses pemilihan pasangan tidak terletak di tangan ibu bapa lagi. Pandangan ibu bapa hanya akan diambil kira apabila kedua pasangan sudah setuju untuk berumahtangga. Persoalannya, adakah ciri-ciri wanita tradisional masih relevan di zaman ini dan masih laku di kalangan lelaki moden? Apakah implikasinya berteman wanita yang tiada kemahiran dalam tugas mengurus rumahtangga? Wanita zaman sekarang punya pilihan kerana mereka berpendapatan sendiri; tidak pandai ke dapur, beli sahaja. Mahu berbaju baru, tunjuk saja yang mana satu. Kepentingan kemahiran domestik sudah diabaikan dan terdapat begitu ramai anak gadis zaman ini yang tidak tahu walaupun menggoreng telur atau cara memasak nasi kosong dengan betul.

Seorang teman yang baru berumahtangga bangga apabila dapat menyediakan suami hidangan makan malam kentang goreng dan nugget ayam. Boleh pengsan ibu mertua jika melihat apa yang dihidang menantu. Yang seorang lagi menangis apabila ibu mertua suruh goreng ikan. Menggoreng ikan memerlukan beberapa tips seperti kunyit perlu ada, minyak perlu cukup panas supaya ikan tidak melekat. Tanpa pengetahuan ini, ikan goreng akan melekat dengan teruk atas kuali yang menyebabkan ikan menjadi sesuatu yang menakutkan di atas pinggan. Lelaki bukanlah makhluk yang rumit tetapi oleh kerana ramai di kalangan mereka telah dimanjakan ibu semenjak kecil, mereka lebih menggemari wanita yang mempunyai kemahiran rumahtangga. Setelah penat bekerja, makanan lazat panas terhidang di meja mengghairahkan. Anak-anak kemas terjaga dan rumah yang bersih melapangkan jiwa. Alasan mereka, kalau hari-hari kena makan di kedai, lebih baik jadi orang bujang je.

Pepatah “setinggi mana pun seorang gadis menuntut ilmu, akhirnya ke dapur jua” berbunyi negatif. Ianya harus ditukar kepada ini “walau setinggi mana pun seorang gadis menuntut ilmu, ilmu di dapur jangan diketepi,” bukankah lebih sedap begini. Sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri dan ibu, jadikan kepakaran rumahtangga itu sesuatu yang istimewa dalam mentadbir keluarga. Seronok dapat menjamu suami dan anak-anak dengan juadah yang dimasak sendiri. Tidak perlulah sampai ke tahap Chef Wan tetapi belajarlah melengkapkan diri dengan satu dua jenis masakan yang digemari suami sekurang-kurangnya. Semua wanita tidak dilahirkan mempunyai kemahiran ini dan mustahil jadi pakar dalam masa dua tiga hari. Oleh itu practice makes perfect. Jangan malas mencuba.

Resepi boleh didapati di Internet; www.gua.com.my juga menampilkan beberapa resepi mudah di ruangan Lifestyle. Bagi ibu mertua atau bakal ibu mertua, berikanlah sokongan dan kurangkan kritikan. Jika anda ingin anak lelaki anda makan makanan yang sering anda hidangkan, jangan teragak-agak untuk memberi resepi yang sebenarnya kepada bakal menantu. Bukannya anda nak buka restoran pun dengan resepi tersebut, jadi janganlah berahsia.

Mempunyai kemahiran domestik tidak menjadikan anda seorang wanita yang lemah, sebaliknya ianya menjadikan anda seorang wanita bekerja yang hebat dan dibanggakan oleh kaum keluarga. Kecantikan seorang wanita itu sering menjadi tarikan utama dalam memikat lelaki tetapi kemahiran domestik merupakan bonus yang dicari-cari oleh lelaki dan kesannya sangat positif dalam melayari bahtera rumahtangga, walaupun pada zaman serba moden ini.

7 CaRa MEMiKaT HaTi WaNiTa

Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka.

Lelaki: “KFC?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Carl’s Jr?”
Perempuan: “Tak nak lah”
Lelaki: “Then?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
dan perbualan ini balik ke asal.

Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita.
Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang anda sangkakan.


Jadi Diri Sendiri
Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dilakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu. Sebagai contohnya, anda tidak menjadi diri anda, sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka. Lantas, anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara-perkara yang diharapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta, tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat, berhenti! Wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau dalam erti kata lain, lelaki yang jadi diri dia sendiri.

Kawal Keadaan
Mungkin anda rasakan jika wanita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal keadaan, mereka akan suka. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka. Jangkaan ini tidak tepat kerana wanita suka kepada lelaki yang pandai kawal keadaan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya. Anda telah memilih dia dan dia harus gembira dengan hakikat itu.

Bijak Meredakan Ketegangan
Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang. Apabila tidak sependapat atau berdiskusi tentang apa-apa isu hangat, jangan biarkan emosi memandu anda. Biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada. Isu yang tidak selesai hanya akan menjadikan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan. Tunjukkan pada dia yang anda tidak terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan. Jika anda matang mengawal ketegangan, wanita akan tertarik kepadamu.

Imej Nakal
Imej budak baik atau anak emak tidak popular di kalangan wanita kecuali di kalangan ibu mereka. Wanita lebih tertarik kepada imej lelaki nakal. Jangan berpakaian umpama nak pergi temuduga apabila berjumpa dia. Biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi, biar renungan anda meremangkan bulu roma dia, biar kerlingan anda membuat dia rasa teruja.

Selamba & Selesa
Perasaan gementar, kalut, gelabah pada orang lelaki tidak digemari wanita. Mereka lebih menggemari orang lelaki yang selesa bersama dengan mereka, yang boleh berborak, berjenaka, berkongsi cerita, mendengar masalah mereka. Biarkan wanita yang gementar ketika ingin bertemu dirimu, biarkan dia yang gelabah dan berdebar-debar apabila berhadapan denganmu. Apabila anda cool dan selesa apabila bersamanya, anda nampak seksi sekali.

Jangan Gopoh
Apa-apa pun yang ingin anda dilakukan, jangan lakukan dengan gelojoh. Relaks, ambil masa dan sabar. Buat-buat macam anda tidak terdesak langsung dalam hidup. Wanita tidak gemari lelaki yang beriya-iya bagaikan tiada hari esok. Praktikkan kesabaran ini dalam semua aspek hidup anda, ketika makan terutamanya.

Yakin
Tiada apa yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang cukup yakin dengan dirinya. Elakkan terlebih yakin pula. Jangan teragak-agak atau sering tidak pasti dalam membuat keputusan. Jika wanita anda tidak tahu ke mana nak makan, perbualannya harus begini.

Lelaki: “Mana nak makan?”
Perempuan: “Tak tahu, ikut you”
Lelaki: “Carl’s Jr.”
Perempuan: “Ok” (mungkin dia tidak suka tetapi kerana anda yakin, dia akan ikut dengan hati yang rela kerana keputusan telah dilakukan dan anda bertanggungjawab ke atas keputusan itu)