:: Khas untuk Ayah ::
Bila aku sedih,
Aku cari Ummi.
Bila aku gembira,
Aku kongsikan dengan Ummi.
Bila aku marah,
Aku ceritakan dengan Ummi.
Bila aku kecewa,
Aku menangis dengan Ummi.
Malah,
Bila aku mahu wang,
Itu juga aku pinta dari Ummi.
Seolahnya aku lupa dengan kehadiran Ayah.
Kasihan Ayah.
Maaf.
Tiada niat meminggirkanmu.
Tiada niat menjauhimu.
Tiada niat melupakanmu.
Malu membatasiku.
Perasaanku juga membatasiku untuk terus mendekatimu.
Tanpa kau ketahui,
Tanpa aku juga sedari,
Sejauh mana pun aku pergi,
Sepantas mana aku berlari,
Urat darahku tetap mengalir darahmu.
Malah, kita juga berkongsi udara yang sama.
Selamat Hari Lahir.
Semoga Ayah panjang umur.
Semoga Allah terus mengurniakanmu kekuatan & kesihatan yang berpanjangan.
Semoga Allah juga terus memberimu ketabahan & kesabaran melayani kerenah anak-anakmu.
Selamat Hari Lahir.
From :
Anak-Anak Ayah Yang Sudah Besar Tapi Masih Berperangai Macam Anak Kecil. (^^,)
No comments:
Post a Comment