Hati ku sakit.
Dunia kita berbeza.
Cara kita mengintepretasikan dunia juga berbeza.
Pendapat kita tak sama.
Aku dengan egoku.
Dan kamu dengan marahmu.
Ku lontarkan pendapat.
Dan kau lontarkan hujah.
Andai kau tahu apa yang aku rasa pasti kau tahu kenapa ku berduka.
Andai ku faham isi hatimu.
Pasti ku tahu mengapa kau bertingkah begitu.
Aku mahu faham kamu.
Kamu juga perlu faham aku.
Memang ini caraku.
Pada kau, aku selalu berfikiran negatif.
Pada ku, itu pendapat ku, perasaan ku, pandangan ku.
Mengapa dunia kita berbeza?
Mengapa kita harus bertingkah?
Mengapa?
Dan mengapa masih wujud rasa cinta antara kita meskipun dunia kita berbeza?
Buang saja rasa cinta itu.
Bakar saja rasa rindu itu.
Biar kita tak perlu lagi bertingkah.
Kerana secara zahirnya dunia kita berbeza.
Meskipun dalam hati kita ada cinta.
No comments:
Post a Comment