PENGuMuMaN!!

Emosi yang tak stabil adalah perkara biasa dalam hidup saya sekarang~ (o_O✿)

Time kasih coz sudi singgah ke blog picisan lagi mengarut ni. Blog ini adalah blog peribadi saya sendiri. Maka sebarang pendapat, statement, gambar2, dan segala-galanya yang di hakktuihhkan adalah milik tuan tanah blog ini (saya la tu) melainkan sumbernya dinyatakan oleh saya sendiri.

Anda boleh 'copy & paste' artikel yang anda suka. TETAPI, sila KREDITkan kembali kepada blog saya.

Blog ini juga TIDAK mengamalkan konsep, "I Follow U so U KENA FOLLOW Blog I".

Jadi, sama-samalah kita memeriahkan dunia blog!! [xde kaitan kot~ ahaha]

Psssstt...my English memang ke laut sket. Hahahaha~

Sunday, January 30, 2011

Jauhi 'Ujub Moden

Assalamualaikum..

Artikel ini Cik Hani temui di dalam majalah, err...naskhah suratkhabar I Luv Islam..Artikel ini sangat menarik dan bagus untuk dikongsi sesama ummah...Semoga kita semua beroleh manfaat daripada sedikit ilmu yang Cik Hani dapat..Artikel ini disalin 100% daripada naskhah tersebut ( I Luv Islam - 14 - 20 Januari 2011, ms 27)

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...."

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


1. Blog & "Followers"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?


2. "Like" di Facebook

Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai berasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.


3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.


4. Komen Gambar di Facebook

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan. [Pada Cik Hani, komen gambar ni, tak payah kire cun ke x cun, kacak ke x kacak, bile org puji kite cun/comel/cute/kacak/bergaya pun mesti kite dah kembang kn? eaay....jangan nak tipu...baik ngaku...kih3~]


5. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di Facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu. malahn jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!


6. Berdakwah di Facebook.

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak merapu. Yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas da'ie!


Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

Wallahu'alam. (^^)7

Thursday, January 27, 2011

Kesian Ummi~

Kesian ummi.

Mereka buat dia menangis,
Dia tetap senyum.
Mereka buat dia kecewa,
Dia tetap ketawa.
Mereka lupa jasa dia,
Dia tetap tenang.
Mereka buang dia,
Dia tetap sayang.

Kubu apakah yang berada di hatimu ummi?
Sehingga masih tabah diperlakukan sebegitu?
Sekuat manakah tembok kasihmu ummi?
Sehingga sanggup diperlakukan sebegitu?
Setinggi manakah menara sabarmu ummi?
Sehingga rela diperlakukan begitu?

Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Aku tak sanggup melihat ummi bersedih lagi.
Sudah-sudahlah menyakiti hati ummi.
Dia juga manusia biasa.
Berikanlah senyuman, hadirkanlah kegembiraan.
Kerana dia satu-satunya ummi yang aku ada.

[pesanan untuk diri sendiri & mereka yang mungkin lupa jasa bonda, ibu, ummi, mama, emak, mummy atau apa sahaja panggilannya]

Wednesday, January 26, 2011

Perkara yang aku paling benci pasal blog

Assalamualaikum...

Entry akan dimulakan dengan karutan yang berbaur mereng dan sewel..apekah?
Dah lama Cik Hani tak update blog..minta maaf la sebab busy sangat2...
Lagipun Cik Hani mengalami tekanan emosi yang maha dahsyat..Besar kemungkinan Cik Hani mengalami Depression or Bipolar Disorder.. (T-T)
[pepandai je diagnos diri sendiri kan? kih3~]

Dalam tak sempat update blog ni, sempat jugaklah Cik Hani blogwalking, bersiar2 sambil meratah sambal ikan bilis (takde kaitan) ke blog-blog yang ade di muka bumi ni..Tapi, ade beberapa perkara yang akan membuatkan Cik Hani akan klik ikon x pada blog tu...Cik Hani takdelah nak cakap blog Cik Hani hebat gile kan..Follower pun baru 50 lebih je..Tapi bila terkena beberapa perkara ni, wat Cik Hani rase geram sangat nak gi bw balik kat certain2 blog..Antaranya :

1) Music kat blog
Yang ni la paling annoying skali. Dulu memang la Cik Hani pun bubuh gak widget music player ni..Budget cool habes la sebab blog ade lagu, tapi percaya la...TAK COOL LANGSUNG~ Tambah2 lagi kalau lagu tu lagu yang tetibe starting dia macam nak gi perang, bingit sangat2! Ade jugak blog yang Cik Hani bukak je, terus dengar "WELCOME TO **** BLOG" Gile kuat nak mati okay..Dah la masa Cik Hani BW tu tgh2 malam sunyi, mau tak terkujat Cik Hani tetibe kuar suare lelaki cakap mende tu? Kalau player tu ade function pause, okay la lagi kn..Ni bantai yang xde ikon pause, siap ada yang hide lg player tu...Adoii~ memang kompom2 Cik Hani akan pangkah blog tu tanpa sempat visit lelama..Rasenye dah ramai blogger yang sentuh pasal isu ni, tapi ntah la...Dah la memang Cik Hani suka bukak byk2 tabs..Bile tetibe kuar lagu yang kuat2 tu, memang mabuk la nak mencari satu2 blog mane yg kuarkan lagu tu..

2) Disable right click
Pasal ni, Cik Hani sebenarnya takde la kesah sangat...Korang nak disable right click tu, disable je la..Tapi xpayahlah bubuh/keluarkan windows dgn ayat yang bukan2..Lagi bagus kalau xde langsung windows tu..Just disable je la kan? Cik Hani pernah BW kat 1 blog ni, biasa la, disebabkan Cik Hani suke sangat bukak tabs bebanyak niat di hati nak baca next post dia by opening new tabs, tetibe kuar small windows dia mencarut2 "Fu*k u mother Bit*h xxx tuuuttt" (malas nak sambung). Agak2 kalau korang kena camtu, mara x? Tu belom kire yang buat ayat budget2 comel "Sorry, xboleh copy, no, no, no, (^-^)Y" "Hoi!! nak curik gambar aku ke?" Adoi~ kalau taknak orang curik gambar ko, tak payah la bubuh dalam blog..Sedangkan blogger terkenal BEN ASHAARI pun tak disable right click tau..Hanis Zalikha yang cun melecun tu pun takde la gelabah nak mati pasal right click ni kan? Contoh macam blog Cik EPAL tu, dia memang disable right click tapi bile kite nak right click, xde la kuar windows yang ngarut2 kan? Pastu dia bubuh watermark sebesar2 alam kat pictures dia...Kan senang...kalau orang copy gambor dia pun, terang2 ada muke dia..

3) Prinsip follow memollow
Ni pun antara perkara yang Cik Hani agak annoying. Terus terang cakap, Cik Hani SANGAT TAK SUKA konsep, ''I dah follow blog you, so you KENA FOLLOW BLOG I BALIK" OMG...sangat annoying tau..Maaf la pada sape2 yang terasa..Tapi ape sebenarnya tujuan kite berblogging? Nak feymes ke? Follower byk tapi entry tak menarik tak gune gak kn? Cik Hani lagi prefer kalau org tu nak follow sebab entry2 kite, bukan sebab nak suruh kite follow dia balik...Tak salah nak tinggalkan link, memang Cik Hani akan buat kunjungan balas ke blog tu, tapi plzz la jangan suh Cik Hani follow blog korang..Cik Hani akan follow kalau Cik Hani rasa Cik Hani sukeee sangatt blog tu..Lagipun follow tu pun kan salah satu widget gak...Memang la kalau follower ramai nampak cam gempak je kan, tapi kalau entry tak menarik pun tak best gak kn? Sooo...pada sesiapa yang follow blog Cik Hani picisan lagi mengarut ni, thanx banyak2...Cik Hani sangat menghargai sokongan korang tu..Cik Hani doakan korang dapat lebih banyak follower.. :) Tapi kalau pasni ade yang unfollow, xpela...Cik Hani redha.. :p

4) Blog berat gile + widget bukan2

Ni ade gak kaitan dengan konsep follow memollow ni..Dah la suh Cik Hani follow balik, bile Cik Hani gi visit, nak tunggu blog dia loading, mak aih......Sabar je la....memang kengkadang tu, Cik Hani terus pangkah, sebab lama sangat nak tunggu...So sorry la pada mana2 blog yang Cik Hani tak dapat view tu...berat sangat la..Hmm..kengkadang tu, yang bagi berat sebab bubuh widget yang bukan2~ Pada Cik Hani sangatttt mengarut~ Haish~ malas nak cakap..pepandai la tengok & evaluate sume gadget/widget/cekadak yang ade kat blog tu.. (^^)7

Kesimpulannya :
Cik Hani tau blog Cik Hani ni pun bukannya hebat mana pun...Sebab tu la nama blog ni pun Picisan Lagi Mengarut..Sebab memang betul blog picisan pun..Cik Hani suke suki berblogging pun sebab nak redirect pemikiran Cik Hani daripada mengarut n wat keje yang merepek2. Daripada mengarut kat luar, lebih baik berkongsi cerita, meluahkan perasaan kat blog picisan ni kan? Hik3~ (^^)Y Cik Hani tak kisah kalau follower tak ramai, trafik tak tinggi, blog tak ''canggih'' atau ''cool'', sebab pada Cik Hani berblogging ni seronok sebenarnya kalau kena pada cara gayanya..

Saturday, January 22, 2011

Adess~

Assalamualaikum.

Entry ini akan dimulakan dengan tangisan...
Waaaaaa~ Waaaaaaa~
Ape la masalah blog Cik Hani ni...
Tetibe profile dia tak kuar...
Nak follow org pun dah tak boleh dah ni...
Adoi~ Baru nak follow blog Doraemon Lurve tapi profile plak tak kuar...
Cik Hani baru tolong best frenz Cik Hani ni buat blog...
Baru je create blog untuk Rose, nak follow tetibe tak dapat plak~
Adess~ Waaaaaaaaaaaa~ (Nanges lagi~)

Tolong la Cik Hani wehh~

Tuesday, January 18, 2011

Aku tidak mahu kamu tahu

Aku tidak mahu kamu tahu

Siapa kata kamu tidak cantik?
Cantik itu sangat subjektif.
Kamu mungkin tak secantik dewi remaja,
Tapi kamu tetap manis & manja di hati aku.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Bergembiralah bersama insan2 yang ada disisimu.
Hargailah masa bersama mereka selagi mana ada waktu.
Tiada ku ragu akan pekerti dan perilakumu.
Aku cuma takut andai aku kehilangan kamu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau kamu degil, kamu masih mahu menerima teguranku.
Walau kamu keras kepala, kamu masih merajuk dengan gurauanku.
Walau kamu pemarah, kamu masih menangis bila terluka.
Aku tetap akan suka kamu bila kamu terus begitu.
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Walau siapa pun kamu,
Walau apapun yang kamu lakukan,
Aku juga ikhlas sayang kamu,
Mungkin itu yang kamu tidak tahu.

Setegar mana hatimu redha andai Allah menghapuskan semua perasaanmu itu,
Setabah itu jugalah aku harap aku akan menerima semua peraturan yang Allah takdirkan.


[karya balas untuk Aku Ikhlas yang diilhamkan oleh Allah]